Search This Blog

Thursday, 24 June 2010

Pembentangan Proceeding: ITSIM10 - 15,16 & 17 Jun

Ini merupakan pengalaman pertama bentang paper di peringkat international. Terima kasih pada supervisor dan rakan SSME serta semua pensyarah yang menyokong dalam menjadikan pembentangan ini berhasil. Bukan le pandai sangat tetapi tak sangka juga sebenarnya kita boleh buat kalau sungguh-sungguh. Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah dah lama tak jumpa. Kita kena kerja lebih keras lagi. Group SSME pun bulan ni baru sekali jumpa.


Pembentangan Propasal : Kak Su (IPRM)

Semalam Kak Su bentang proposal. Ramai dikalangan kita yang hadir untuk support. Dari kiri (Norabeerah IBMM, Muniza-IPBA, Balkeese -BPG, datng dari Colorado, US, Kak Wan-IPRM). Alhamdulilah lulus. Kita semua ni kena kerja keras. Hoi, kekawan semua, kita ni dah diambang Sem 4. Buat kerja betul-betul. masing-masing tahu apa nak buat.
 

Sunday, 13 June 2010

Pembedahan Jantung & ITSIM10

Sudah lama tidak menulis dalam belog ini rasanya. Nak kata sibuk sangat lepas pertemuan dengan Baiey dan Fidah tempohari, tak juga. Namun akhir-akhir ni sibuk ulang alik ke HUKM, hampir setiap petang. Ayahanda telah dimasukkan ke hospital sejak 3 Jun yang lalu kerana sakit jantung. Penyakit ini telah dapat dikesan sejak beberapa bulan yang lalu dan dijangka akan melakukan pembedahan pada 10 Jun. Beliau sepatutnya perlu berada diwad untuk persediaan pada 7 Jun. Tetapi oleh kerana agak kerap serangan itu, maka ia dimasukan lebih awal.

Pasukan pembedahan telah menangguhkan pembedahan itu sehingga 14 Jun ini. Ia berikutan beberapa penelitian akhir yang perlu dipastikan. Insyaallah, pembedahan akan dijalankan pada hari tersebut selepas jam 7 pagi. Dr telah menemui keluarga dan memaklumkan prosedur pembedahan pada pagi ini. Semoga perjalanan pembedahan berjalan dengan baik. Mohon sama-sama mendoakan yang terbaik.

Walaubagaimanapun urusan research aku tetap berjalan. Walaupun akhir-akhir ini pertemuan dengan Fidah dan Baiey tidak dibuat namun aku teruskan dengan kumpulan SSME. Kumpulan SSME kini akan berdepan dengan satu pembentangan di ITSIM10, KLCC pada 15-17 Jun. Ini merupakan pembentangan paperku yang pertama. Gerun juga kerana ini merupakan pengalaman pertama dan perlu dibentang dalam bahasa Inggeris. Mudah-mudaha OK. Semoga aku mendapat input yang berguna supaya dapat meneruskna kajian ini.

Kadang-kala aku naik pening juga. Orang lain buat kajian daripada tiada benda untuk wujudkan sesuatu produk. Sedangkan kajian aku bermula dengan produk yang sedia ada dan mengkaji kenapa ia idak digunakan sepenuhnya. So pendek kata kena buat innovasi. Mudah-mudahan aku bertemu dengan innovasi yang ingin aku lakukan.