Search This Blog

Sunday 28 December 2008

Urusan Tikar Bantal

Sejak daftar tempohari masih lagi belum memulakan sebarang pembacaan. Pada 24/12/2008 satu perjumpaan antara pelajar-pelajar baru postgradute dengan TNC. Antara nasihat beliau yang terpahat dihati ialah "....persiapkan target pada semestar 2 2008/09 ini untuk sempurnakan proposal". Hati berdegup tau. Sehingga kini aku melalui bebeberapa cabaran awal yang perlu di lepasi dengan segera :

1. Pindah rumah dari kuaters kerajaan ke rumah sewa.
2. Urusan persekolahan anak-anak.
3. Urusan mengemas rumah selepas pindah.

Semua cabaran mudah ini akan aku sempurnakan sebelum 5hb. Insyaallah. Selepas itu aku kena jumpa penyelia sebelum 10 Jan 2009 kerana beliau akan ke Kanada. Takkan nak jumpa penyelia nak tunjuk muka belas ihsan lakkan. So kenalah buat pembacaan sikit. Yang penting kini adalah isu dan pembacaan bahan dalam 5 tahun sebelum ini. Buat masa ini cadangan tajuk secara ringkas ialah " Metodologi pembangunan objek pembelajaran" akan di perbaiki lagi.

Friday 19 December 2008

Sambung belajar

Pada 18/12/2008 yang lalu merupakan hari pendaftaran untuk program PhD. Aku daftar di FTSM, UKM Bangi. Ramai le kawan-kawan. Harap selepas 3 tahun kami semua akan menamatkan pengajian ini dengan jayanya.

Tuesday 16 December 2008

Bengkel ICT di Bangkok - 2007


Bersama perwakilan dari Brunei & Indonesia





Bergambar dengan tenaga pengajar di Annurachuaprasit School



Makan di Siam Niramit, pentas teater yang terbesar di dunia




Berjalan-jalan di Pat Pom. Next time pergi kawasan ni kena bawa bini, BAHAYA!!!



Makan di atas feri sambil menyusuru Sg Chao Praya




Kenalan sepanjang program Kursus Di Windsor Hotel, Bangkok.

Monday 15 December 2008

Galeri




Ketika mengemudi Kapal STS Puteri Mahsuri



Anak-anak di atas feri Pulau Pangkor

Di Jeti Pulau Pangkor



Bersama isteri dan Huzaifah (anak ke 5) di jeti Pulau Pangkor

Seminar Penyelidikan 2008


Seminar Penyelidikan Pendidikan:
Nak cerita dengan kawan-kawan semua. Saya telah ikuti program ini selama 12 minggu. Best tau. Proposal dalam kursus ini saya telah panjangkan untuk temuduga PhD. Sekarang saya akan meneruskan pengajian tak lama lagi. Semoga Berjaya

Kenangan di IPTEKNIK - 1996

Bermula tahun 1996 kali pertama menjejakkan kaki ke IPTeknik (sebelum ini Maktab Perguruan Teknik) sebagai pelatih. Mengikuti pengajian Diploma Pendidikan dalam bidang Teknologi Maklumat. Kumpulan KPLI TM 06 merupakan kumpulan pertama dalam bidang Teknologi Maklumat di maktab ini pada ketika itu.

Terdapat 15 pelatih pada asalnya namun menyusut seorang demi seorang sehingga pada akhir tahun tersebut hanya tinggal 11 orang sahaja. Dalam 11 orang itu 4 orang lelaki dan 7 orang perempuan.