Search This Blog

Wednesday 27 July 2011

ICEEI 2011 di Bandung, Indonesia

Ini merupaka kali 3. pembentangan diperingkat international yang aku hadiri. Untuk rekod, ia sudah melebihi daripada cukup. Seterusnya aku kena usahakan penulisan jurnal yang high impact. Ini merupakan prasyarat kedua sebelum viva. 

Latihan pembentangan ini amat bagus untuk memantapkan kajian. Bila diperingkat internasional, barulah kita dapat lihat... apalah sangat kajian ini. Tapi itu tidak penting, yang proses pembelajaran yang dilalui. Terima kasih yang tidak terhingga kepada supervisor Dr Yazrina dan Dr Muriati yang tidak putus-putus berikan sokongan. Semoga Allah SWT sentiasa menambah-nambahkan rahmat dan rezeki yang berkat buat mereka sekeluarga.

Konferen ini diadakan di Institut Teknologi Bandung. Ini merupakan institut yang bertaraf universiti. Ia agak terkenal bukan sahaja di Asia Tenggara malahan seluruh dunia. Berada di tengah-tengah kota Bandung atau Paris Van Java. Masyarakatnya berbangsa Sunda yang lemah lembut. 

Bersama-sama ini gambar peserta dalam bilik seminar. Hampir 500 paper telah dibentangkan. Terdapat juga beberapa soalan yang perlu diambil perhatian.
i. Adakah bilangan responden mencukupi
ii. Bagaimana pula unsur spritual value, boleh dijadikan nilai tambah dalam kajian ini.

Kedua-dua perkara ini perlukan perhatian. Inilah sedikit perkembangan dalam siri pengajian ini. Sentiasa aku berdoa semoga pengajian ini akan berakhir dengan jayanya. Semoga kejayaan ini akan aku infaqkan semula untuk agama, bangsa dan tanah air.

"Ya Allah, peliharakanlah hambamu ini. Permudahkanlah laluan dalam menuntut ilmuMu ini. Jadikan ilmu yang digali ini satu ilmu yang manfaat- ilmu yang menjadikan aku lebih hampir dan takut dengan kekuasaanMu, lebih bertaqwa dalam mengabdikan diri kepadaMu, mohon kau pandu setiap detik dan langkah hidupku supaya sentiasa tetap dalam limpahan keberkatanMu dan jangan kau biarkan diriku ini menentukan hidupku sendiri walaupun seketika cuma ataupun lebis singkat dari itu. Aku berikrar sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanyalah untukMu Ya Rabbal Ngalamin"