Search This Blog

Friday 29 April 2011

Minggu Kegagalan

Aaaaahhhh!!! Tension... minggu ini, nak buat benda semua tak jadi....

1. Jurnal --> sangkut bahagian analisis data
2. Data --> interpretasi juga sangkut...
3. Bab 1 --> masih belum cukup konkrit
4. Bab 2 --> Masih ada part yang perlu diamend
5. Bab 3 --> dah mula garap semula
6. Bab 4--> dah mula tulis
7. Prototaip --> tempoh pembangunan dah tamat tapi masih tak jadi..
8.Tulis paper konferen masih belum translate lagi...

Jika berterusan situasi ini, maka pakai ghuyup ajelah cita-cita ini... Mudah-mudahan ada kekuatan dalam menangani permasalahan ini.Ameeen.

Thursday 28 April 2011

Cikgu Zaharah Mat Nawi (SKSB-1983)

Sebagaimana biasa pertemuan dengan Fidah & Baiey di UPM untuk update kerja. Wah! Fidah dah berjaya tulis Bab 3... cuma sedikit konfrantasi dengan supervisor. Baiey lagi jauh lompatannya. Beliau dah tulis Bab 4. Aku... nangis beb... masih tergantung. Prototaip sangkut, penulisan semuanya 'half bake'.

Lepas pertemuan itu aku ke SMK Sri Serdang. Satu temujanji telah di buat dengan seorang guru di situ.Alangkah gembiranya, pertemuan yang dinanti-nantikan... Cikgu Zaharah... guru kelas Djh 6 Merah di SKSB. Beliau panggil ku 'Encik Nazul'... Ya ampun mana mungkin seorang guru yang mendidik aku dengan penuh gigih sehingga aku kecapi kejayaan hari ini, memanggil aku 'Encik'...Aku balas panggil saja 'Nazul', Maka berlangsunglah perbualan panjang, mengingatkan nostalgia lama. Kita minum bersama...  Aku lihat diwajahnya terpacar garis-garis kegembiraan. Aku renung wajahnya  betul-betul. Dengan tulus aku ceritakan famili, kerjaya, nostalgia lama. Tidak ketinggalan juga beliau menceritakan liku-liku kehidupannya. Hampir setiap guru yang menerjah ke kantin sekolah untuk memenuhi tembolok mereka pada ketika itu disapanya. 'Hei... Ini student masa saya di sekolah rendah dulu... datang cari saya'. Apatah lagi apabila beliau dapat tahu sebahagian besar pelajarnya telah berjaya..Sebak jugak hatiku. Cuma tak aku tunjukkan gelinangan air mata yang penuh dikelopak mata. Aku hanya senyum tak putus-putus. Bila tiba aku nak bayar.. dengan tegas beliau nyatakan...'Biar saya yang bayar!' Lalu aku berlalu meninggalkanya buat seketika. Dan insyaallah akan bertemu semula pada 29 Mei 2011, jam 2 ptg.

Aku betul-betul gembira di atas pertemuan ini. Nak aje aku menjerit. Beliau mungkin tidak dapat menyebut satu persatu nama anak muridnya kerana bilangannya tak terkira. Tetapi itulah pengorbanan seorang guru. T..E..R..I..M..A.. K..A..S..I..H.. C..I..K..G..U..!


"Ya Allah, tiada daya dan upaya ku melainkan dengan kekuasaanmu saja. Ampun nilah dosaku, ibu bapaku, isteri dan anak-anakku dan tidak ketinggalan guru-guru yang pernah mendidikku, terutama Cikgu Zaharah dan keluarganya. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yang diredhai sebagaimana jalan-jalan yang pernah dilalui oleh para solohin, sidiqin dan para shuhada'. Ya Allah permudahkan urusanku dalam aku mencari ilmu ini, berikanlah keberkatan dan panjangkalah kepada guru yang aku sayangi ini, Cikgu Zaharah, perkenankanlah segala permohonannya, berikannya kesejahteraan, kemuliaan dan kebahagian dalam hidup disamping keluarganya yang tercinta. Lanjutkan usianya dalam iman, murahkan rezeki yang berkat baginya, permudahkan segala urusannya". Ameen ya Rabbal 'Ngalamin.

Sunday 24 April 2011

Belajar : Kena Paksa

Dalam banyak hal kita santai. Tapi dalam bab belajar ni KENA PAKSA. Untuk mencapai kejayaan tiada jalan pintas, kena usaha, bersungguh-sungguh, selebihnya kena banyak berdoa. Yang penting niat kena ikhlas.
Horatio Alger Jr (1832-1899) menyatakan 12 key point untuk berjaya





1 – Never Give Up 
2 – Control Your Emotion 
3 – Be Prepared To Strive For Success
4 – Be Responsible 
5 – Have A Burning Desire 
6 – You Must Have A Plan 
7 – Always Concentrate In Your Work 
8 – You Must Have A Clear Goal
9 – I Am Talented 
10 – You Have To Pay For It 
11 – Be Ready To Learn 
12 – Success Require No Secrets

Cuma cadanganya lebih terletak kepada usaha sendiri semata-mata tanpa bersandarkan kepada Qada' & Qadar serta kebergantungan kepada ALLAH SWT. (Subhanallah Walhamdulillah Wallahu Akbar)

Saturday 23 April 2011

Program!!!!!

Hampir seharian aku duduk depan nb hari ni... tapi nampaknya protoype ni masih belum berhasil lagi. Walaubagaimanapun aku dapat belajar beberapa perkara hari. Mudah-mudahan kesungguhan ini, membuahkan hasil. No Pain, No Gain... No Risk, No Glory...Ini kata-kata semangat dalam pembelajaran ini.
Hai teman-teman seperjuangan semoga kalian juga akan berusaha dan sentiasa sisipkan doa kejayaan untuk golongan yang belajar ini jua.

Ameen

Fikirkan Boleh 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Friday 22 April 2011

Strive For Success

Dah lewat malam ni... tapi untuk mencapai cita-cita, inilah pengorbanan yang harus dilalui... Semoga suboh esok tak terlepas. Insyaallah.

Seharian belajar Drupal... kini proses design apperance untuk learner, instructor & policy maker.
Tumpuan utama esok pada poloy maker & instructor. Sehingga kini masih lagi belajar bagaimana nak memahirkan diri dengan Drupal. Mudah-mudahan ada lorong untuk kejayaan.

Wednesday 20 April 2011

Tugasan Penting

1. Siapkan jadual A--> C --> V sebagai persediaan bengkel. (polisi mker.. ok.. pelajar.. 70% ok.. pensyarh.. 0%... bila lagi)
2. Buat surat untuk MOE
3. Tulis definisi operasi dan letakkan dalam Bab 1 (cari penulisan sebelum yg telah dibuat)
4. Analisis kerangka Bab 2.
5. Bab 3 - Methodologi sent to SV
6. Dah 2 hari tak tengok prototaip... janji hari tu 30h siap tapi dah tinggal < 10 hari... apa citer ni...
7. Bab 4 : Study case dah tulis bila nak send to Svisor
8. Analisis Laddering guna MECAnaalyst... study... bila nak beli yg origanal
9. Paper ke Bandung.. Traslator tgh fokus pada proposal sebab nak kena bentang dlm 6 hr lagi


"Ya Allah.. tanggungjwab ini berat... hanya padamu aku mohon bantuan."... Ameen

Sunday 17 April 2011

Writing Workshop

Bengkel ini telah dijalankan pada 12-13 Apr yang lalu di BM1, FTSM. Terlebih dahulu ingin saya panjat kesykuran kehadrat ILLAHI kerana kekuasaannya dan hidayah daripadanya bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya. Tidak ketinggalan kelapangan masa yang diberikan olehNYA kepada koordinator program iaitu PM Dr Yazrina Yahya & Dr Muriati Mukhtar dalam membimbing kami sepanjang tempoh ini. Didoakan semoga Allah Azza Wajjala  dapat memberi kesejahteraan dan kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Ameen.


Penulisan akademik merupakan proses yang perlu diteruskan. Atas kesedaran itu, koodinator program merangkap supervisor sentiasa mengambil berat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan semua anak seliaannya berjaya. Di peringkat ini, beberapa strategi telah digarapkan sebagai tugasan. Bagi pihak diriku... berikut saranan yang diberikan

1. Persediaan untuk bengkel 'Ladddering Technique'
2. Mula menulis jurnal
3. Bina prototype
4. Penulisan Bab secara sedikit demi sedikit
5. Lihat semula gantt chart
6. Semak semula objektif

Bagi diriku usaha perlu dilipat gandakan..super duper triple...Komitmen supervisor cukup jelas.


"Ya Allah semoga engkau sentiasa memberikan ku semangat yang kental dalam menempuh pentas dan rentas pembelajaran ini. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat aku jadikan landasan dalam usahaku mencari TAFAQQUH FIDDIN "

*Gambar atas-kiri : Antara peserta kursus
*Gambar tengah-kiri: Bersama supervisor