Search This Blog

Wednesday 23 May 2012

Cabaran minggu ini...

Ada rezeki aku upload lagi foto-foto yang ada. Minggu ni & minggu lepas jumpa supervisor. Dapatan minggu lalu, pertemuan dengan DR MM, antara proses pemantapan penulisan dan model yang diberi penekanan

1. Model yang dibentuk perlu dibaiki, pertemuan pada 15/5/2012 memberikan impak yang besar kepada perubahan rekabentuk model. Tindakan telah dibuat. Dr YY dah tengok pada 22/5/2012. Namun masih lagi belum memperolehi feedback. Model ini penting untuk penrsoalan kajian yang kedua dan penerokaan konkrit fitur operasi yang hendak ditonjolkan dalam prototaip @ persoalan ketiga.

2. Oleh kerana pembangunan model ini masih lagi kurang mantap, maka proses penulisannya juga masih tergendala. Untuk meningkatkan motivasi, DR MM cadangkan tulis jurnal, ada scopus & BM. Jurnal Teknologi... Dah call, masih ada kekosongan untuk keluaran September  2012... SO CEPAT. penulisan jurnal ini bukan tujuan melengkapkan kuota viva... tetapi untuk bangki9tkan idea penulisan bagi bab 5.

3. Penulisan bab pula kena giat lagi. Tapi cabarannya kini, idea tidak kunjung tiba. DR MM dah mula buat semakan pada Bab 2,3,4. Cuma masih perlukan ulasan DR YY. Walau bagaimanapun, antara komen

i. Bab 2: Baiki posisi paragraph dan subtopik
ii. Bab 3: Agak minimum, hanya kalihkan dapatan Kappa ke bahagian Bab 4
iii. Bab 4 : Tidak banyak komen, tunggu DR YY. Dah submit, DR YY minta tempoh lagi seminggu
iv. Bab 5: Work in progress
v. Bab 6: Prototaip, perlu bantuan programmer.
vi. Bab 7: Masih belum mulakan apa2.
v. Bab 1: Patutnya dah mula garap kembali

Sasaran kerja:
i. Bab 2: sebelum pertemuan SSME pada 4/ Jun / 2012
ii. Bab 3: Sebelum Jumaat ni...
iii. Bab 4 : Tunggu  aje lah
iv. Bab 5 : Rearrange ke bentuk jurnal
v. Bab 6 :  Buat call, minggu depan
vi. Bab 7: dah mula boleh semak tesis2 org lain...at least buat sub topik
vii. Bab 1: Buat setiap malam 1 perenggan

AKU PERLUKAN CUTI SEKEJAP, REHATKAN MINDA, JUMPA IBUBAPA, LIHAT KESUSAHAN ORANG LAIN.

"Ya Hayyu Ya Qayyum bika astaghis...(3x) Permudahkan urusanku, supervisorku, eluh teman dan taulanku, yang bersama-sama dalam merentasi pentas ilmu ini. Berikan kesihatan tubuh badan bagi kami, kecerdasan minda, ketajaman fikiran, kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab & amanah, ketekunan dalam penulisan, keikhlasan dalam menuntut ilmu yang manfaat ini, ketaqwaan kepadaMU...Ya Rabbal Ngalamiin"...Ameeen

Wednesday 16 May 2012

Ziarah Misr Ummu Dunia

 Alhamdulillah, sepanjang cuti belajar ni (Mac lalu), ada rezeki sikit boleh bawa keluarga mengerjakan umrah& ziarah. Ini gambar bersama ahli kumpulan di satu daripada tempat perkara yang ajaib di dunia. Piramid yang dibina di zaman Firaun
 Berlatarbelakang 3 buah piramid yang besar, Keluarga En. Zamri & aku.. kami aje dah 13 orang
Bergambar di Masjid Ali Basyar... bab sejarahnya susah sikit nak cerita... tapi ini kisah dizaman Salehidin Al Ayubi. Masjid ini berhampiran dengan kubu Salehudin Al Ayubi... Saluhidin Al Ayubi tiad istana sekalipun telah memerintah meliputi beberapa negara.
Berasama anak daraku, di Kubu Qeitbey, di Iskandariah bertentangan dengan Laut Mediterranean.

Insyaallah ada peluang & ruang aku nak upload lagi gambar & cerita... bagi melahirkan rasa syukur & nikmatnya. Semoga Allah memperluaskan lagi rezeki kami sekeluarga supaya ada peluang untuk mencari kerendahan hati dibumi Allah ini.

Notis Penyerahan Tesis

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas beberapa bulan untuk memperbetulkan abstrak, maka notis penyerahan tesis dapat dihantar semalam. Sebelum itu ada pertemuan SSME group. Semasa itu akau membentangkan dapatan RQ1 & RQ2... RQ1 no komen tapi RQ 2 banyak yang harus diperbetulkan. RQ1 tak komen bukanlah bermaksud betul, tapi sebahagian besar audiens tak faham & SV belum habis lagi semak. Tat kala ini aku bersyukur banyak kerana gerak kerja aku sentiasa dipantau oleh SV2. SV1 dah sibuk dengan tugas di perhubungan antarabangsa.
Di antara komen dalam RQ 2 @ Bab 5 ialah penulisan & lukisan model yang ditonjolkan. Apa bersyukur banyak atas bantuan yang diberikan hampir ahli group yg hadir. SV siap belanja makan nasi lemak lagi. Terima kasih semua.
Lepas ni perlu berusaha untuk siapkan Bab 6 @ RQ3... Notis penyerahan tesis itu penting untuk mencari pemeriksa... Harap-harap pemeriksa dalam & luar yang dipertemukan memudahkan urusan aku selepas ini...satu lagi mudah-mudahan boleh sambung cuti lagi..

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunilah aku dan ibubapaku, kaum kerabatku, penyelia-penyeliaku.. mudah-mudahan kami semua beroleh rahmat, hidayah, dan keredhaanMu di atas semua usaha yang dilakukan. Kurniakan kami kesihatan, semoga aku dapat menyempurnakan amanah ini sebaik yang mungkin... Ameen"

Wednesday 9 May 2012

Bab 4

Alhamdulillah setelah berhempas pulas beberapa bulan, semalam dapat send Bab 4 draft kali pertama. Diharapkan penghantaran ini dapat membuka jalan untuk bekerja bagi menyelesaikan bab-bab yang lain. Semoga kekuatan, kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan yang diberikana oleh Allah SWT dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memikul amanah ini.

Hari ini fokus untuk Bab 5. Penulisan perlu tertumpu kepada "How to used this model". Kepada Allah jua saya berharap supaya dilimpahkan taufik & hidayat untuk saya mengalirkan idea ke bentuk penulisan. Semoga berjaya.

"Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Bijaksana dalam mentadbir sekelian makhluk, Yang tidak pernah tidur sekalipun mengantuk, Aku bertawassul di atas nama-namaMu yang mulia, diatas segala kebaikkan yang paling ikhlas, aku memohon semoga Kau bantulah aku untuk menyempurnakan pengajian ini"