Search This Blog

Monday 31 May 2010

KLCC

Selepas pertemuan dengan supervisor, aku teru lakukan interview pada keesokkan harinya. Tujuannya jelas untuk melihat kesahan soalan dan sejauhmana soalan-soalan yang dimenifestaiskan dari satu teknik itu boleh digunakan.
26 Mei aku bentang dalam SSME group. Alhamdulillah nampaknya ada sedikit perkembangan cuma tak pasti sejauhmana matlamat tercapai.
27 Mei jumpa Fidah dan Baiey di KLCC. Saja ubah selera. Jalan di kedai buku Jepun tu kejap dan lepak kat food court RASA. Hampir 2 jam kami di situ.
Natijahnya:
1. Soalan temuduga perlu diubahsuai supaya lebih 'open ended'
2. Prepare powerpoint untuk bentang pada 2 jun dalam SSME group
3. Seterusnya prepare untuk ITSIM
4. Prepare penulisan untuk journal.

Baiey akan ke Terengganu, bentang di UMT dan Fidah ke UK serta melawat Europe. 2 in 1, makan angin dan ada majlis di UK. Aku kat UK juga tapi UKKKKKKM!

"Ya Allah sesungguhnya apa jua yang dilangit dan dibumi serta di antara keduanya milikmu yang abadi. Aku bersyukur di atas segala nikmat yang kau pinjamkan pada ku, keluargaku dan seluruh kaum kerabatmu. Di atas keberkatan mu, rahmatmu, pemurahmu, kasihmu dan sayangmu, aku memohon agar kau sempurnakan pengajianku ini dengan ilmu yang manfaat untuk aku sebarkan bagi memperkasakan Islam dan menyelamatkan umat Muhammad yang lain. Berikan kejayaan dalam pengajian untuk ku, rakan-rakan yang seperjuangan denganku. Peliharakanlah kesejahteraan keluargaku, rakan taulanku, pensyarah-pensyarah yang membimbingku, limpah kurniakan segala kemurahan rezekimu kepada kami semua, dan jadikan kami terus bertaqwa padamu mengikut sunnah Rasulmu.Amin Ya Rabbal Ngaaalamin"   

Monday 24 May 2010

Pilot Test

Minggu ni aku dah siapkan satu soal selidik. Supervisor dah menampakkan keceriaan diwajahnya. Beliau minta aku terus cari responden. Mulakan segera. kena cepat dan analisis hasilnya. Masa berjalan begitu pantas. Ni dah sem 3. tinggal lagi 3 sem sebelum mula bertugas. Pengajian ini pelu dihabiskan mengikut tempoh.

Insyaallah akan ku usahakan segera, Bae dgn Fidah senyap aje. Mungkin minggu ni kita akan jumpa untuk check perkembangan. Ada beberapa aspek untuk teliti dengan lebih kritikal.

Thursday 13 May 2010

SSME Group meeting

Semalam sarat dengan ilmu yang dikongsikan oleh PM Dr Shanudin, Dr Yaz dan Dr Muriati. Pertemuan itu melibatkan pembentangan dari Cik Nora & Elle. Tak pasti aku punya turn bila pulak. Tapi kini aku tengah berusaha juga ni.

Intipati pertemuan, berkaitan performance objective, TOC dari Cik Nora & Elle. Nampaknya mereka makin yakin sdengan setiap kali pembentangan. Aku juga menyerahkan kerangka konseptual pada Dr Yaz. Dia nampak agree tapi aku tgah nak foce untuk masukkan ke dalam satu journal. Dalam kes aku pulak aku nak kenalpasti lagi performance objective...

Hari ni Dr Yaz temuduga untuk AP. All the best.

Thursday 6 May 2010

Buli!!!!

Athar Saidina Umar Al Khattab AlFaruok " Andaikata sabar & syukur itu ditukar kepada 2 ekor unta, nescaya aku tak kesah naik yang mana-mana"

Ini paper ITSIM punya hal, dugaan betul. Aku dah hantar permohonan pada 26 Apr 10 lagi, tapi tiba-tiba namaku tak tersenarai dalam tajaan fakulti, yang lain hantar lewat daripada aku dapat. Sedih juga. Namun alhamdullillah, dengan izin Allah, Dr Azlina, Dr Juzaiddin , Dr Yaz, Pak Abu dan Kak Pora bantu, nama aku tersenarai dapat juga walaupun dah lepas tarikh.

Inilah pengalaman pertama hantar international paper. Banyak sikit dugaan. Lain kali mungkin lebih mudah. "Learn through experience"

Kita doa sikit " Ya Allah, sesungguhnya di sebalik penciptaan langat dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaranmu, bagi siapa yang mahu berfikir. Maka dengan rahmat dan kebesaranmu aku memohon permudahkan diriku, rakan-rakan seperjuangan ku menempuh badai, gelombang dan kesukaran dalam menuntut ilmu ini sehingga kami dapat mengecapi kejayaan yang kami inginkan. Piliharalah iman dan ketaqwaan, kesihatan dan kesajateraan untuk, kami sekeluarga, ibubapa kami, penyelia-penyelia projek kami, dan seluruh yang membantu kami dalam merentasi JIHAD ILMU ini, Amin ya rabbal alamin"

Wednesday 5 May 2010

Banquet, UPM

Sudah lama kami tidak bertemu di Banquet, UPM. Fidah, Baiey dan aku mengadakan pertemuan seperti biasa. Agendanya sama aje, makan bincang masalah peribadi, perjalanan hidup seketika setelah sekian lama tidak berjumpa dan perkembangan research. Di sini perbincangan kami agak privasi.

Fidah ke Pulau Perhentian, ambil Sijil Diver sambil bercuti dengan keluarga. Baeiy pula apa haaa... lupa. Aku sibuk dengan kemas rumah, abah masuk hospital, kad kredit kena block (bukan tak bayar, haa) dan pelbagai lagi.

Sesi kedua lepas makan kami mula membincangkan perkembangan research untuk Sem 3 ini. Masing-masing memberi tahap pencapaian masing-masing. Fidah dan Baeiy memberi komen yang cukup bermakna berkaitan dengan hasil kerja aku untuk next step...

 Perkara yang masih ketara untuk kes aku adalah pendefinisian istilah 'nilai' masih lagi belum clear. Perlu sediakan soal selidik 'nilai' untuk tujuan pengukuran. So next step...
1. definisi nilai
2. soalan soal selidik.

Walau bagaimanapun tahniah pada semua kerana masing-masing mempunyai peluang untuk bentang ke seminar yang bersesuai dengan bidang masing. Cuma dalam kes aku ni sehingga selepas tempoh tamat masih lagi belum dapat upload manuskrip.

"ALLAHHUM MANGASSIR, WALA TUNGASSIR, WATTAMMAT BIL KHIR WAL BARAKAH'