Search This Blog

Tuesday 28 July 2009

Sembang-sembang

Minggu 3, Sem 2 (Selasa), sepatutnya aku, Fidah & Baiey ada discussion tapi kereta Baiey masuk workshop jadi kita tunda minggu depan. Macam biasa datang UKM, sebelum tu singgah ke kawasan rumah yang aku baru beli tapi tak tahu bila nak duduk. Sampai di UKM breakfast denga Dr Khatim, Ibrahim, Zaharudin UiTM. Dr Juzaiddin dan isteri. Sambil sembang sambil bual pasal research.

Jam 10 aku pun masuk ke kebin dan senaraikan tugas yang aku nak buat
1. Hantar e-mel pada Prof Latifah Abdol Latif-OUM untuk dapatkan beberapa maklumat tentang LMS. Tak tahu le bila akan balas.
2. Cetak bahan yang diberikan oleh Dr Shanudin
3. Cetak bahan 'The Myth of Innovation" oleh Scott Belkun.

Hari ini 2 daripada target dapat dilaksanakan. Cuma yang ke 3 tak dapat buat. Aku jumpa Dr Shanudin hari ni kejap maklumkan tentang perkembang buku yang dipinjamkan tempoh hari. Yang best lagi aku dapat berbual Dr Muryati Mokhtar. Macam biasa bual fasal research cuma ringkasnya aku boleh katakan
1. Menulis - mulakan dengan literature review, letak idea disitu
2. Holistik - berfikir secara menyeluruh tentang LMS yang akan dibincangkan. Aspek sahsiah, bagaimana nak tingkat value-in-use dalam LMS

Tindakan yang aku kena buat
1. Call student - capture behaviour while using LMS
2. Dapatkan data dari server UKM (SPIN), myLMS(OUM), dll berkaitan LMS
3. Baca dan tulis dan kali ni mula tulis Literature review

Thursday 23 July 2009

Sabar dengan ujian Allah

Pada hari Selasa Minggu ke 3 Sem 2 ni kami kami (Fidah & Baiey)tak ada pertemuan seperti selalu. Wife tak sihat dia kat rumah tapi aku kena ke UKM juga kerana ada temujanji dengan Dr Shanudin pada jam 2.

Alhamdulillah selamat sampai ke UKM hujan pun turun. Agak lebat juga. Aku study aje kat kabin. Pada kali ini aku cuba buat konseptual framework. Sampai jam 12 aku call Baiey nak dapatkan semula MP4 yang dia pinjam tempohari. Dia ada kat library. Aku tengok dia beli netbook Toshiba baru. Cantik juga. Aku tak lama keran kena balik ke fakulti. Keluar aje library, hujan turun semula. Aku terus naik motor bergerak ke kabin. redah juga hujan kerana nak kejarkan zohor dan appointment selepas tu. Habis lencun separtuh badan (depan le kena hujan, tapi belakang tak pun)/ Elok masuk zohor terus aku ke surau engineering dan solat dengan keadaan basah. Nasib baik tak jadi iman. kalau tidak makmum pun kena basah juga (sebab niat mengikut imam).

Tunggu hujan reda jap. Alhamdullilah dalam jam 2.30 pm hujan reda sikit dan aku terus ke fakulti. Jumpa Dr Shanudin. Perjumpaan ini bertujuan untuk setup satu group Science service. Buat jadual penggiliran untuk pembentangan. Aku telah dilantik oleh Dr Yazrina (supervisor) untuk mengetui group tersebut. Terasa rendah diri betul sebab aku ni bukan le pandai English. Tapi apa boleh buat. Redah pi!!! Sampai jam 4 pertemuan tersebut sambil aku berkongsi idea dengan beliau tentang research. Beliau very supportive & helpful.

Keesokannya aku dapat maklumat kesan hujan lebat semalam menyebabkan ada sedikit musibah yang aku dengar. Nak tahu! Aku ada membeli teratak kecil sebagai menunaikan tanggungjawab ketua keluarga. Aku dapati kawasan tersebut mengalami pergerakan air bawah tanah. 2 buah rumah terkesan. Akibatnya 2 buah rumah tersebut terpaksa dirobohkan dan dibina semula. Aku percaya sebuah rumah tu tak kurang RM350K. Rumah aku pun tak jauh. Stress juga. Namun alhamdulillah setakat ini rumah aku tak terkesan. Tapi itu sekarang, bagaimana akan datang, itu yang merisaukan. 10 tahun lalu kau lesap hampir RM100k, sebab beli rumah terbengkalai, kali ni gitu pulak jadinya. Kena la menyewa lagi.

Itulah ujian Allah terhadap aku dan ahli keluarga. Moga Allah beri kekuatan untuk hadapi ujian demi ujian.

Saturday 18 July 2009

IKEA lagi

Lepas Jumaat minggu ni aku ke IKEA untuk kali ke-2. Kali ni aku gi dengan isteri dan anak-anak. Solat Maghrib di IKEA dan makan bersama anak jap dan terus melawat bahagian showroom. Bermula dengan ruang tamu sampai ke ruang kanak-kanak. Memang kami sekeluarga pergi ke sana namun dengan tujuan yang berbeza. Aku pergi kerana research. Isteri dan anak-anak nak cuci mata dan mencari idea untuk rumah baru kami.

Di IKEA aku suruh seorang anak untuk ambil gambar dekoratif yang diminati. Aku berjalan sambil menemani isteri , tetapi aku sentiasa berfikir tentang customer behaviour. Apa yang aku dapat di IKEA :
1. Ada ruangan yang semua perlu lawat (showroom) dan ada bahagian jika keperluan sahaja perlu pergi (markethall)
2. Ia menyediakan bahan yang tak perlu pengguna sediakan dari rumah spt alattulis, tali tape dan borang senarai barangan.
3. Layanan mesra dengan barangan yang boleh customise iku kehendak dan kesesuaian rumah
4. Menyediakan cadangan susunatur untuk rumah, ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air.
5. Menyediakan pelbagai alternatif barangan yang sama seperti meja tulis, meja makan dengan meterial yang berbeza. Yang pasti harganya berbeza.
6. Pelanggan boleh merasai pengalaman menggunakan barangan sebelum membeli.

Sepanjang aku di sana aku tidak melihat dari sudut harga kerana dalam kajian aku important keyword : Price what ever you pay, value what ever you use. So dalam kajian aku kena lihat dari sudut value bukan price. Macam orang kaya lak. Yang penting berapa banyak value yang boleh diperolehi berbanding dengan harga (price)

Prinsip hidup : Money no problem, no money problem. Alhamdulillah sepanjang pengajian aku ni aku tak banyak fikir soal duit, bukan sebab dah banyak tetapi aku lebih banyak fikir bagaimana nak sempurnakan pengajian ini sebagaimana yang diamanahkan. Aku belajar ni guna duit 26 juta rakyat Malaysia. So aku kena lebih berhati-hati.

Masa belajar buat master dulu tak pernah aku fikirkan soal amanh ni. tetapi sekarang lain benar. mungkin faktor usia dan pengalaman hidup. Oklah dah masuk zohor. ALLAH MAHA BESAR. Bolog tak besar, phd tak besar so stop lu. insyaallah sambung lagi nanti. Insyaallah. Sentiasa harap doa semoga berjaya.

Thursday 16 July 2009

Gi UPM ubah selera!!!

Pertemuan mingguan antara aku, Baiey & Fidah. Kali ni kami pilih UPM. Masa bincang Baeiy mulakan dengan pengalamannya mengikuti bengkel sebelem ini di Seremban. Beliau membincangkan soal potensi seseorang berdasarkan tarikh lahir. Dekat sejam juga. Lepas tu Fidah mula bincangkan hasil pembacaannya berkaitan dengan Research Design : Qualitative, Quantitave & Mixed Methods oleh John S.Creswell.

Atas nasihat si John nilah aku menulis panjang dalam blog hari ni. Lepas tu aku cerita tentang research aku pulak. tapi kali ni aku memang down. Aku hilang fokus kajian. Walau bagaimanapun atas nasihat dan gurauan rakan-rakan semalam hari ni aku kembali bersemangat. Aku akan kaji berkaitan quality of intractivity in LMS. How the whole system interact & intergrate each other.I'll look on existing LMS frameworks.

IKEA...Oh..IKEA!!!

Minggu ini merupakan minggu ke-2 semester 2 bagi aku. Aku mempunyai tanggungjawab yang lebih berat terhadap pembelajaran aku ini. Aku bercadang untuk bentang proposal pada semester ini. Itu TARGET! TARGET! STRIVE TO ACHEIVE THIS TARGEEEET!

Atas tujuan itu aku bertemu sepervisor sebagaimana yang dijadualkan. Aku pergi bukan dengan tangan kosong. Aku bersedia dengan beberapa cetakan powerpoint (tajuk, pernyataan masalah, dan bebeberapa perkara lagi), soal selidik untuk buat need analysis. Seperti biasa aku gagal lagi menemui isu yang sepatutnya. Supervisor aku bagus. Dia banyak bagi aku panduan, bahan bacaan dan malah dia nak buat group study untuk team yang sama kajian dengan aku. Aku bersyukur bangat punyai supervisor yang sedemikian. Alhamdulillah.

Salah satu cadangan aku kena lepak kat IKEA. Study sistem jual-beli di IKEA. So keesokannya aku gi IKEA. Sebelum tu aku jumpa KJ Ilmu Pendidikan, Haliza Hamzah (aku panggil Kak Za). Masa kat maktab lu aku selalu usik dia dengan membernya Joy. Tak perlulah aku ceritakan apa yang aku suka usik. Tapi mereka cukup menawan dimataku dan membuat aku ceria sentiasa. Dua-dua tu aku memang suka usik. Tapi pertemuan kali ni dengan Kak Za melibatkan perbincangan yang serius sikit. Aku tanya dia tentang LMS. Aku bincang tentang kelemahan LMS dari sudut ahli dalam bidang pegagogi. Aku mengambil LMS yang disediakan oleh OUM & OLL BPG. Antara ulasan:
1. bosan dan begitu textual
2. gagal untuk attract student & pensyarah
3. bukanlah satu yang penting, masih lagi face to face yang diminati
4. teknikal support yang very slow
5. pengurusan assigment kurang cekap especially OLL BPG

Dia cadang jika aku kaji tentang perkara itu, dia minta wujudkan suatu aplikasi yang menjadikan student nak ke tak nak mesti masuk LMS, biar ada kerja dalam LMS tu, jadi mereka akan rasa kena masuk dan interaksi. Aku tanya dia tentang IKEA. Kak Za cukup semangat. Aku tak pernah pergi manalah tahu. Dia kata dia dah pergi, Persoalannya bagaimana orang yang pertama kali masuk ke IKEA boleh follow sistem tu. Cukup mudah dan menarik. Aku pun mohon diri dan ke DBP kejap untuk check istilah dan terus ke IKEA.

Boring juga gi sorang-sorang. Tapi apa nak buat itulah kerja kau sekarang. Aku lihat customer behaviour yang ada dalam IKEA. Bagaimana IKEA memberikan experience kepada setiap pelanggan sebelum pelanggan itu membeli. Wah! layanan tip-top. Malahan IKEA boleh decorate ruang mengikut impian pelanggan. Aku call Fidah sebelum tu. Fidah macam bengkeek sebab aku tak maklumkan kalau tidak dia pun nak join. Lepas tu aku balik dan tidur. Penat bawa motor.

Tuesday 7 July 2009

LMS - IPGM

Hari ni hari Selasa. Macam biasalah aku, Baiey & Fidah akan berkumpul untuk kita melaporkan progress penyelidikan. Tapi hari ni Fidah jumpa kawan di FSKK, aku dengan Baeiy sahaja yang ada. Pertama sekali aku melaporkan
1. Setelah 2 minggu aku membaca berkaitan dengan LMS; so hari ini aku melaorkan beberapa soalan untuk Need Analysis yang akan aku jalan. Baiey meniliti hasil kerja aku dan menambah beberapa item.
2. Aku memaklumkan tentang Literiture Review Table yang telah aku buat.
3. Pada pertemuan akan datang; aku akan murnikan lagi soalan-soalan dalam Need Analysis itu dan mula diedarkan. Aku akan cuba dapatkan pendapat supervisor untuk tentukan jenis sampling yang akan diambil
4. Aku perlu menulis Bab 1 & Bab 2 untuk pertemuaan akan datang.
5. Aku harap dapat jumpa supervisor minggu ni.