Search This Blog

Wednesday 7 March 2012

Abstrak

Alhamdulillah, sebelum ni aku hantar abstrak untuk versi ke 4. Semalam, kedua-dua sv bersetuju dan terima. Tinggal lagi tukar ke BI, isi borang untuk hantar notis. Dengan penghantaran notis ini, aku perlukan 3 bulan untuk cari pemeriksa. Diharapkan dalam tempoh 3 bulan ini, aku dapat sempurnakan penulisan. Kajian aku taklah sehebat mana. Tapi setakat ini aku dapat hasilkan
1. definis baru.... nilai cipta-sama
2. mengenal pasti cara menerbitkan nilai
3. bina model berasaskan nilai.

Ingat: nilai berupaya mempengaruhi sikap & perlakuan. Ini merupakan perkar utama dalam kajian aku.

Bagi melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi... aku nak pergi umrah...Munajat dgn Allah, mohon bantuannya. Jumpa Rasullullah SAW. Aku nak maklumkan pengajian aku ini bukan kerana nama tetapi yang penting kerana ilmu dari non Muslim, untuk Muslim, kepada Muslim dan amanah sebagai Muslim. Aku bangga aku MUSLIM.

"Ya Allah, aku perlukan nusrahmu, Ya Rasullullah aku perlukan syafaatmu, Ya Allah izinkan syafaat itu untuk ku, luaskan rezekiku, manfaaatkan ilmu yang aku perolehi, jadikan aku golongan pemberi dan bukannya peminta-minta. Mohon keampunan untuk ku, ahli keluarga ku, serta keselamatan di dunia & akhirat. Ya Allah aku jua mohon kau berikan keselamatan dan kebahagian kepada supervisorku dan keluarganya ...Mudah-mudahan kami dikalangan orang2 yang sedit lagi bersyukur..."Ameeen