Search This Blog

Tuesday 6 November 2012

Hari Lahir,Tesis & Lapor Diri

Alhamdulillah, pada hari ini genap umurku yang ke 41 tahun. 'Rumah dah kata pergi... Kubur pun dah kata mari lah pada ku..Sesungguhnya aku untuk mu.." Basi usia yang tinggalkan ini Insyallah aku kan manfaatkan sebaik mungkin untuk mencari taqwa, iman dan mencintai Rasulullah semahunya. Aku berasa syukur kerana dalam usia ini aku masih lagi bergelar pelajar. Semoga aku akan jadi terus seorang pelajar. Pesan Rasulullah SAW


Dari Abu Ad-Darda` -radhiallahu anhu- dia berkata: Aku mendengar Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- bersabda:

مَنْ سَلَكَ سَبِيْلاً يَبْتَغِي بِهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ. وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتِهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَا يَصْنَعُ. وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ كُلًّ شَيْءٍ حَتَّى الْحَيْتَانُ فِي الْمَاءِ. وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ. وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَاراً وَلاَ دِرْهَماً, إِنَّمَا وَرَّثُْوا الْعِلْمَ, فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ


“Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan guna mencari ilmu niscaya Allah akan memudahkan jalannya untuk masuk ke dalam surga. Sesungguhnya para malaikat betul-betul meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu karena mereka ridha dengan apa yang dia tuntut. Sesungguhnya seorang alim (orang yang berilmu) itu dimintaampunkan oleh segala sesuatu sampai ikan-ikan di lautan. Kelebihan seorang alim di atas abid (ahli ibadah) adalah bagaikan kelebihan yang dimiliki oleh bulan di atas bintang-bintang lainnya. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak pula perak akan tetapi mereka hanya mewariskan ilmu, karenanya barangsiapa yang mengambilnya (ilmu) maka sungguh dia telah mengambil bagian yang sangat besar.” 
(HR. Abu Daud no. 3642 dan At-Tirmizi no. 2682 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6297)

Tatkala itu juga aku harus berusaha bersungguh-sungguh untuk aku sempurnakan amanah pengajian aku ini, cuti ku akan tamat dalam tempoh 42 hari lagi. Aku berasa panik bila Yati dah submit, Kak Wan IPRM akan submit dalam minggu ini sedangkan aku

i. Bab penulisan masih belum mantap
ii. Bab 4 kena repair sebab ada tambahan berkaitan dengan data kuantitatif
iii. Bab 5 sehingga kini belum ada ulasan dari kedua-dua supervisor
iv. Bab 6  Dr MM kata dia perlu tunggu Dr Yaz pulang ke tanah air untuk bincang supaya memudahkan saya memperbaiki. Jika tidak terdapat aliran idea yang berbeza mungkin menyusahkan saya memenuhi kehendak bersama
v. Bab 7 prototaip dalam proses pemantapan. Tambah 1 lagi pengujian iaitu kuantitatif. Soal selidik telah dibina, kesahan juga bakal diperolehi dalam tempoh terdekat. Tinggal lagi pegedarkan kepada responden. Insyaallah dalam tempoh terdekat akan diusahakan. Kini dalam proses meletakkan soal selidik dalam Google Drive.
vi. Bab 8 penulisan bergantung kepada  bab-bab sebelumnya
vii Hal-hal formating, senarai rajah dan jadual

Akhir-akhir ini timbul pula isu berkaitan dengan penempatan dan perjawatan. Sehubungan dengan itu aku sempat berbincang dengan Dr MM. Kebetulan Dr Yaz tiada di tanah air. Melihat kepada situasi ini, menurut pandangan Dr MM, bahawa kerja aku sudah hampir sampai ke penghujung. Aku dibenarkan melapor diri bagi mengelakkan aku ditempatkan luar dari Kuala Lumpur. Semoga dengan restu ini akan menampatkan pengajian aku pada tahun 2012 sebagimana yang disasarkan. Insyaallah akan lapor diri pada 9 Nov 2012. 

"Ya Hayyu...Ya Qayyum.. Ya Zaljal liwal ikram... Ya Allah bantulah aku dan jangan kau biarkan tentukan hidupku tanpa bantuan daripadaMu walaupun hanya sekelip mata... Hasbunallah hu wanik mal wakil wala hawla wala qua taillah bil hil 'ngali yil 'ngazim'"