Search This Blog

Friday, 20 April 2012

Abstrak & Jurnal

Minggu ni aku dah siapkan abstrak untuk semakan terakhir sv. Aku ubahsuai sikit. Nasihat sv, mantapkan konsep sepanjang penyelidikan. Kesilapan dalam penulisan dan oral exam nanti akan memakan diri sendiri. Antaranya:
1. Nak guna terma model @ kerangka...konsisten
2. Samakan konsep value-in-use & value co-creation
3. Model kena justifikasi
4. Prototaip

Minggu ni tak banyak yang dapat buat. Idea tiada. Protaip masih lagi kontang. Bab 1,2,3 melibat flow. Bab 4 ada data tapi tak pandai nak ulas. Bab 5  perlu contoh, Bab 6 protaip dan Bab 7 perbincangan & kesimpulan masih lagi blank. So hari ni buat apa?...Muka depan, pengakuan, penghargaan... buat yang simple2 utk ambil mood.

Sebelum tu dah hantar satu jurnal untuk semakan. Mudah-mudahan sebelum 30 April ni boleh submit. Inilah hasil yang diperolehi dalam minggu ni.

Step seterusnya, beri tumpuan kpd pembinaa prototaip.

"Ya Allah, setiap kali dikala aku kecelaruan, mohon nusrahmu untuk aku sempurnakan amanah ini. Bukan kerana nama, bukan kerana harta tetapi kerana agama. Permudahkan urusanku...Ya Allah"