Alhamdulillah, kesungguhan dalam pengajian, dibantu oleh ke supervisor yang cukup dedikasi PM Dr Muriati Mukhtar & PM Dr Yazrina Yahya, satu jurnal telah ditulis. Penulis asal adalah PM Dr Muriati, sebahagian daripada bab itu merupakan aku punya kajian. Dapatan ini pernah dibentangkan di Kolokium Pendidikan yang dianjurkan oleh IPG Teknik di Melaka akhir tahun 2011. Penulisan jurnal ini merupakan satu daripada syarat untuk viva. Alhamdulillah setakat ini kesemua syarat untuk viva telah dipenuhi kecuali penulisan. Penulisan pulak kini agak tersekat-sekat. Kadang kala idea ada, selalunya idea kosong. Ada juga beberapa kali bertemu dengan SV untuk berbincangan.
Jika diikutkan target, kena hantar sebelum 1 Ogos 2012. masalahnya kini, ada 2 bab yang masih belum boleh digarap dengan jayanya. Isu utama kini, mengantuk aje. Idea pun tidak berapa lancar. Tengah cari kat mana kelemahannya. Dari susdut momentum insyaallah stabil, kesihatn juga ok, Kini Bab 6 tergantung disebabkan prototaip. Bab 7 pula tengah digarapkan ni tapi masih belum menampakkan sesuatu yang menarik lagi. Masa tinggal 4 hari lagi.
Nak usahakan tetapi tak tahu bagaimana cara. Harap sangat Allah SWT membantuku. Memang ku pohon setiasa nusrah daripadaNya, cuma rezeki masih belum tiba sepertimana bahan yang diminta. Mungkin doaku masih terhijab atau tertangguh. Dikala inilah aku mengambil kesempatan untuk menulis blog ini. Sebuah catatan anekdot sejarah pengajianku dalam mengejar sebuah impian.
"Ya Allah, aku bertawassul dengan amalan-amalanku yang paling ikhlas, nama-namaMU yang maha suci, kebaktianku yang paling baik terhadap kedua ibubapaku, aku mohon Ya Allah bantuan ku supaya kau diberikan jalan-jaln untuk aku sempurnakan pengajianku. Di bulan Ramadhan Al Kareem ini, aku berharapkan petunjuk dan hidayahMu semoga aku dapat sempurnakan amanah ini sebaiknya. Ya Allah peliharakan keluargaku, keluarga kedua supervisorku, jiran tetangga, rakan taulan dan kaum kerabatku semoga beroleh kebajikan yang melimpah ruah, pengampunan dan pembebasan api neraka..Amin2x Ya Rabbal 'ngalamain"
Search This Blog
Thursday, 26 July 2012
Tuesday, 3 July 2012
Bab (1, 2 & 3) & Pembetulan Abstrak, Penolakan Artikel
Alhamdulillah hari ini dah hantar Bab 3. Bab 1(15 Jun), Bab 2 (27 Jun). Penghantaran ini masih lagi dalam proses penambahbaikkan. Walau bagaimanapun, ia memberikan semangat untuk terus berusaha menyempurnakan 4 lagi bab. Insyaallah akan disempurnakan biarpun sedikit demi sedikit. Dalam menempuh pentas dan rentas penyelidikan ini, ada jua duri-duri yg perlu dicabut. Semalam, abstrak yg dihantar dipulangkan semula kerana tak ikut format. Mudah-mudahan ia tidak melibatkan urusan yang besar. Insyaallah sebelum minggu ini berakhir, abstrak itu akan dihantar sekali lagi. Selain itu penolakan artikel oleh Jurnal Pengurusan. Ini semua dugaaaaan........
Insyaallah, kena semangat, never give up, focus, strive for success...."Ya Allah... aku perlukan nusrahMu untuk aku sempurnakan amanah ini"
Insyaallah, kena semangat, never give up, focus, strive for success...."Ya Allah... aku perlukan nusrahMu untuk aku sempurnakan amanah ini"
Subscribe to:
Posts (Atom)