Search This Blog

Saturday, 23 February 2013

Submit!!!!


Alhamdulillah..2 hari lepas dapat submit. Alahai gambar ni terbalik la pulak.. Ada masa lain kali, In Shaa Allah akan diperbetulkan. Moga-moga ini bukanlah titik akhir pengajian, malahan ia membuka ruang yang lebih besar di masa depan. Belajar kena terus belajar. Orang belajar mempunyai banyak jalan ke surga. Apa lagi nak?..Banyak nikmat yang telah Allah SWT beri. Apa yg penting sekarang ni. bersyukur.

"Ya Allah, dengan rahmatMu, rezekiMu, kuasaMu, kehendakMu, aku dapat melihat dunia ini. Ya Allah bantulah aku dalam aku menamatkan pengajianku. Ya Allah bukan nama yangku cari, bukan kedudukan yang aku impikan, bukan kemewahan dunia yang aku kejarkan walaupun sifat keinginan manusia ada dalam jiwaku...tapi aku inginkan keredhaanMu, keampunanMu,kasih sayangMu dan izinkan aku beroleh syafaat nabi di akhirat nanti. Ya Allah permudahkan urusan aku dalam memikul amanah ini, peliharakanlah tanggunganku, supervisorku dan semua yang rapat denganku supaya kami semua berada dalam ketaqwaan... Ameeen ya Rabbal 'ngalamin"

Saturday, 16 February 2013

Final draft before submit...

Alhamdulillah dah hampir print semua kecuali

1. TOC
2. Senarai Rajah
3. Senarai Jadual
4. Bab 4 : pg 111...kena print color (2 set)
5. Bab 7: Pengesahan peringkat 1 (2 set)
6. Lampiran 03,04,05 print color (7 set)
7. Comb binding.


Apa yang patut dilakukan sekarang...Buat dengan tenang. Tempoh penghantaran masih ada walaupun dah tidak panjang. Perbetulkan amalan. Kuatkan Aqidah Islamiah dan perbanyakkan doa. Dengan amalan ini In Shaa Allah, akan ada jalan keluar berasaskan Ayat ke 2,3 dari Surah Al-Talaq.














Sikit saja lagi... In sha Allah. Mudah mudahn di permudahkan urusan.




Wednesday, 13 February 2013

Pusingan akhir...

Alhamdulillah hari ini dah dapat tanda tangan supervisor ke2 untuk submit tesis. Tunggu supervisor pertama balik dari Germany..In Shaa Allah 17 Feb ni.. Dalam pada itu...

1. Tambah 1 paragraf... rujuk Payne.. betul Bab 6
2. Buat Folder
      a. No Page Number
      b. Landscape Printing
      c. Color Printing

3. Set page number baik-baik
4. Rujuk gaya UKM untuk formating

5. Print 7 copy dengan 2 salinan berwarna.......lain black & white je...
6. Tenang, banyak berdoa & jaga kesihatan...
7. Perlahan-lahan sediakan power point untuk viva...Jangka 2 bln selepas hantar.

"Ya Allah ......permudahkan urusan...."

Friday, 8 February 2013

Fokus!!!!!!...Sikit Je Lagi

Tinggal beberapa hari sahaja tempoh pendaftaran akan tamat. Fokus sikit saja lagi. Tinggala 2 bab yang kena ammend. Betulkan sikit je... Masa tak tunggu, kesempatan kena cari, idea kene jana... semuanya perlukan FOKUS.

1. Buat yang paling mudah.. (reduce stress)
2. Baiki kesilapan ejaan...sambil tu betulkan format.
3. Print sikit-sikit.
4. Kena buat hari-hari walaupun sikit...


SIKIT JE LAGI.....Go go go....strive for success