Search This Blog

Sunday 28 December 2008

Urusan Tikar Bantal

Sejak daftar tempohari masih lagi belum memulakan sebarang pembacaan. Pada 24/12/2008 satu perjumpaan antara pelajar-pelajar baru postgradute dengan TNC. Antara nasihat beliau yang terpahat dihati ialah "....persiapkan target pada semestar 2 2008/09 ini untuk sempurnakan proposal". Hati berdegup tau. Sehingga kini aku melalui bebeberapa cabaran awal yang perlu di lepasi dengan segera :

1. Pindah rumah dari kuaters kerajaan ke rumah sewa.
2. Urusan persekolahan anak-anak.
3. Urusan mengemas rumah selepas pindah.

Semua cabaran mudah ini akan aku sempurnakan sebelum 5hb. Insyaallah. Selepas itu aku kena jumpa penyelia sebelum 10 Jan 2009 kerana beliau akan ke Kanada. Takkan nak jumpa penyelia nak tunjuk muka belas ihsan lakkan. So kenalah buat pembacaan sikit. Yang penting kini adalah isu dan pembacaan bahan dalam 5 tahun sebelum ini. Buat masa ini cadangan tajuk secara ringkas ialah " Metodologi pembangunan objek pembelajaran" akan di perbaiki lagi.

No comments:

Post a Comment