Search This Blog

Wednesday, 9 September 2009

iLearning & Malam Lailatul Qard

Minggu 10 Sem 2: Pagi tadi macam biasa ada pertemuan dengan Baiey & Fidah. Mereka berdua masih pulun gila untuk sumbit cadangan thesis mereka sebelum Hari Raya Aidil Fitri kali ni. mereka insyaallah akan bentang bulan 10 nanti.

Berkaitan dengan research aku pulak, aku dah hantar pada supervisor. Tapi masih belum ada respon. Umumnya pernyataan masalah masih lagi belum jelas kot. Tak pasti sesuai tak perkonsgian idea diblog berkaitan dengan pernyataan masalah. Tapi secara amnya aku akan buat kajian berkaiatan e-learning. Pembacaan kini sekitar
1. Architecture in modern e-learning
2. Educating the Net Generation
3. Design the Digital Experience
4. Advance in Service Innovation

Boleh dikatakan aku sedang mencari solusi kepada bagaimana membina 'magnet' supaya menjadikan e-learning itu selalu dikunjungi.

Tidak ketinggalan juga ingin diperingatkan bersama tentang kelebihan malam-malam akhir Ramadhan ni. Dikatakan mengikut kajian yang dibuat oleh Imam Ghazali beliau menghasikan dapatan berikut untuk menentukan Malam Lailatul Qard dengan mengambil kira hari mula puasa:

Jika mula puasa Ahad & Rabu ==> 29
Jika mula puasa Isnin ==> 21
Jika mula puasa Selasa & Jumaat ==> 27
Jika mula puasa Khamis ==> 25
Jika mula puasa Sabtu ==> 23

Walau bagaimana pun yang lebih tepat, Nabi suruh kita mencari pada 10 malam Ramadhan yang terakhir terutamanya malam-malam ganjil


Sekian

1 comment:

  1. Salam aidilfitri...

    Perghhh susahnya nak wat Phd...

    Pada aku la... i-learning susah nak direalisasikan di Malaysia ni... sebab aku cakap tenaga pendidik di sekolah masih tak bergerak di takuk lama dari dulu hingga kini dan selamanya dok pakai chalk n talk ... cara yg senang untuk habiskan waktu mengajar...

    Aku sokong ko wat kajian ni... cuba la cari satu keadaan bermagnet untuk menjayakan i-learning ni...

    ReplyDelete