Search This Blog

Monday, 18 June 2012

18 Jun 2012 : Peluang kedua

Alhamdulillah... hari ini masih boleh meneruska cuti. Ini peluang kedua & mungkin peluang terakhir untuk aku sempurna tesis. Minggu lepas berhempas pulas dengan Bab 1. Nampaknya minggu ini kena bergerak dengan bab 2 @ mungkin bab 3. Belum ada instinct yang mana patut diutamakan. W/bgmn pun akan ku usaha sedaya mungkin untuk menggengam segulung ijazah ini. Insyaallah. Bukan kerana nama tapi, amanah..amanah pada agama, diri &  pelbagai lagi. Mohon dipermudahkan urusan ini.


الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ 

(Q3:173)حَسْبُنَااللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Friday, 15 June 2012

1 Ogos 2012 : Tarikh Keramat

Insyaallah, sasaran kerja kali ini, 1 Ogos 2012 semua bab boleh submit. Sekarang ni tengah bertungkus lumus. Alhamdulillah pagi ini, Bab 1 telah send ke supervisor. Kini akan bergerak ke Bab 2 pula. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan idea untuk meneruskan agenda amanah ini. Harap-harap sesiapa yang membaca penulisan ini akan sentiasa berdoa semoga aku sentiasa tabah dalam mengharungi perjalanan hidup ini.Phd aku bukan kerana nama, tetapi kerana agama...amanah. Tiada sebab seorang Muslim tidak boleh berjaya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Siapa yang berusaha Insyaallah dia akan berjaya.

Tuesday, 12 June 2012

Sasaran & Abstrak

Nampaknya sasaran tinggal sasaran sahaja. Tidak banyak kerja yang dapat dilaksanakan. Cuti-cuti sekolah ni pelbagai aktiviti yang wujud secara tanpa dirancang. Tak kurang juga yang telah dirancang. Dalam kepala ni bersusun banyaknya kerja. Sampai tak tahu nak jamah, mana yang patut sentuh dahulu. Ali Zahrawi dah submit malahan telah mendahului kerana sudah sampai ke external examiner. Aku ni masih lagi tercangak2. Nampaknya dalam hal ini, prototaip kena siap dulu sebab nak test.

Penulisan Dr Yaz dah mula minta full chapter. Dia minta secara hardcopy. Sebelum ni dah jumpa Dr MM. Proses pembentulan baru nak bermula. Kini kena mula dengan Bab 1... harap2 dalam minggu ni SIAP. Prototaip pula masalahnya, tool yang nak dibuat tak jelas.

Penulisan abstrak telah sampai ke Pej Softam. Sebelum ini, silap prosedur. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah berkat supervisor, rakan-rakan pensyarah dan kawan2... semoga ia berjalan lancar.

"Ya Allah bantulah hambamu ini,...Insyaallah TARGET 2012 SIAP"