Nampaknya sasaran tinggal sasaran sahaja. Tidak banyak kerja yang dapat dilaksanakan. Cuti-cuti sekolah ni pelbagai aktiviti yang wujud secara tanpa dirancang. Tak kurang juga yang telah dirancang. Dalam kepala ni bersusun banyaknya kerja. Sampai tak tahu nak jamah, mana yang patut sentuh dahulu. Ali Zahrawi dah submit malahan telah mendahului kerana sudah sampai ke external examiner. Aku ni masih lagi tercangak2. Nampaknya dalam hal ini, prototaip kena siap dulu sebab nak test.
Penulisan Dr Yaz dah mula minta full chapter. Dia minta secara hardcopy. Sebelum ni dah jumpa Dr MM. Proses pembentulan baru nak bermula. Kini kena mula dengan Bab 1... harap2 dalam minggu ni SIAP. Prototaip pula masalahnya, tool yang nak dibuat tak jelas.
Penulisan abstrak telah sampai ke Pej Softam. Sebelum ini, silap prosedur. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah berkat supervisor, rakan-rakan pensyarah dan kawan2... semoga ia berjalan lancar.
"Ya Allah bantulah hambamu ini,...Insyaallah TARGET 2012 SIAP"
Search This Blog
Tuesday, 12 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment