Semalam 18/9/2012... merupakan tarikh yang sepatutnya aku kembali bertugas setelah bercuti selama 45 bulan. Tapi Maha Suci Allah yang Maha Pemberi dan Maha Megetahui...awal bulan Sept ini, aku telah menerima satu lagi surat dari penaja. Surat itu melanjutkan cuti selama 3 bulan lagi. So, Insyallah akan kembali bertugas pada bulan 12 nanti. Aku berharap kesempatan ini dapat membuatkan aku
1. Perkemaskan penulisan Bab 1-8: kini tengah perbetulkan Bab 1 & Bab 2... harap minggu ni dah boleh print utk semakan kali ke 2
2. Menyiapkan prototaip..jangka 2 minggu lagi...
3. Mengedarkan borang soal selidik untuk uji prototaip
4. Memperbaiki Bab 7 & 8.
5. Hantar notis utk viva.
Ada 5 tugasan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 bln bermula HARI INI...harap dapt dilaksanakan. Manisah, Rafidah, Kak Ma dah mula bertugas...kini aku masih ada peluang untuk sempurnakan tesis. Insyaallah akan ku sempunakan sebaiknya.. Jangan buang masa kerana peluang ini tak ramai yang dapat. Manfaatkan sebaiknya.
Hari ini pergi jumpa pengarah IPTeknik, hantar CV...apa lah nasib aku serah je.. ada rezeki akan kembali ke Teknik... jika tidak, ke mana-mana sajalah.
"Ya Allah pemudahkan urusan duniaku, pemudahkan urusan akhiratku, bantulah aku, supervisorku & rakan-rakan seperjuangan ku"...Aameen
Search This Blog
Wednesday, 19 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment