Search This Blog

Monday, 21 January 2013

Just Focus On Creating A Will

Alhamdulillah, Jumaat lalu aku berpeluang untuk buat pre-viva. Walaupun hanya 'mock' saja, setidak-tidaknya kedua-dua supervisor dapat berhimpun pada masa yang sama. Masih lagi terdapat pembetulan. Pembetulan ini merupakan proses pembelajaran yang sedang aku lalui. Apa makna sebuah penulisan, kajian tanpa komen!  Kini aku perlu menyusun strategi. Kena submit sebelum bulan 2 berakhir. Melihat dari komen, Bab 1 hanya melibatkan struktur ayat. manakala Bab 2,3,4 & 5 masih lagi belum dipulangkan. Bab 6, 7 & 8 agak banyak. Walau bagaimanapun In Shaa Allah akan di uruskan satu persatu.
Hari ni juga Hafizi dapat masuk Teknik Sepang. Aku harap menukarkannya dari SEJAYA ke teknikal bukan satu kesilapan. Result PMRnya bukannya tak bagus tetapi ramai yang lebih baik darinya. Bukannya SEJAYA tu tak bagus tetapi memberikan beliau peluang kepada ilmu lain yang pada hemat aku sesuai dengan karekter beliau. In shaa Allah jika ada peluang ke KISAS, mungkin boleh difikirkan beliau. Hanafi rezekinya agak cerah kali ini, Beliau dapat Teknik Tengku Jaafar & KISAS. Beliau memilih untuk ke KISAS. Harapan aku pada anak-anak, agar mereka menjadi insan yang bertaqwa dan berakhlak mulia dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kali ni Adham pun dapat asrama di Sg Merab. Nampaknya dia happy je. Mudah-mudahan beliau juga dapat result yang cemerlang dalam PMR 2013 ini. Hawa juga akan menghadapi peperiksaan UPSR. Harapan ku sama pada semua anak-anak. Bukan saya ilmu dunia yang dicari tapi ilmu akhirat lebih-lebih lagi nak diutamakan. Huzaifah kekal di SRAI, Bangi.

Hanya aku  dan isteri je yang masih belum mengecapi kejayaan hasil daripada pengajian kami. Harap ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. In Shaa Allah..akan ku usahakan sedaya mungkin.

"Yaaa Allah... andai kata masih terdapat dosa-dosaku yang menjadi penghalang kepada kejayaan pengajianku... Aku bertawassul di atas nama-namaMu yang Mulia, Ya Hayyu, Ya Qayyum., Ya Zaljalaliwal ikram... ampunkanlah aku...bantulah pengajianku, peliharakanlah segala tanggunggangku, muliakan supervisorku...mudah-mudahan Kau perkenankanlah permintaanku..Ameen ya rabbil 'ngalamin"




No comments:

Post a Comment