Search This Blog

Wednesday, 7 March 2012

Abstrak

Alhamdulillah, sebelum ni aku hantar abstrak untuk versi ke 4. Semalam, kedua-dua sv bersetuju dan terima. Tinggal lagi tukar ke BI, isi borang untuk hantar notis. Dengan penghantaran notis ini, aku perlukan 3 bulan untuk cari pemeriksa. Diharapkan dalam tempoh 3 bulan ini, aku dapat sempurnakan penulisan. Kajian aku taklah sehebat mana. Tapi setakat ini aku dapat hasilkan
1. definis baru.... nilai cipta-sama
2. mengenal pasti cara menerbitkan nilai
3. bina model berasaskan nilai.

Ingat: nilai berupaya mempengaruhi sikap & perlakuan. Ini merupakan perkar utama dalam kajian aku.

Bagi melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi... aku nak pergi umrah...Munajat dgn Allah, mohon bantuannya. Jumpa Rasullullah SAW. Aku nak maklumkan pengajian aku ini bukan kerana nama tetapi yang penting kerana ilmu dari non Muslim, untuk Muslim, kepada Muslim dan amanah sebagai Muslim. Aku bangga aku MUSLIM.

"Ya Allah, aku perlukan nusrahmu, Ya Rasullullah aku perlukan syafaatmu, Ya Allah izinkan syafaat itu untuk ku, luaskan rezekiku, manfaaatkan ilmu yang aku perolehi, jadikan aku golongan pemberi dan bukannya peminta-minta. Mohon keampunan untuk ku, ahli keluarga ku, serta keselamatan di dunia & akhirat. Ya Allah aku jua mohon kau berikan keselamatan dan kebahagian kepada supervisorku dan keluarganya ...Mudah-mudahan kami dikalangan orang2 yang sedit lagi bersyukur..."Ameeen  

Thursday, 23 February 2012

Tiba Masa Menulis...

Dah berhari-hari mengadap komputer untuk menulis. Kekadang hanya satu dua ayat sahaja sehari. Target masa ini, Bab 2 & Bab 3 submit sebelum 1 Mac. Bab 4 & 5 sebelum 8 Mac. Semoga Allah SWT memberi kekuatan & jalan untuk menyempurnakannya.

Thursday, 9 February 2012

Jurnal

Alhamdulillah, dapat mesej daripada supervisor, 1 jurnal sudah di terima..Elsevier. Insyaallah akan terbit dalam masa terdekat. Kini telah siapkan 1 lagi jurnal. Tapi kali untuk dalam negara sahaja. Walaubagaimanpun jurnal itu berwasit. Sedang tunggu komen dari supervisor. Lepas ni tumpuan kepada penulisan dan pembinaan kerangka berasaskan nilai cipta-sama.

Tuesday, 10 January 2012

Usaha...Sikit aje lagi...

Assalamualaikum.. hari ni kena bentang TOC... banyak yang perlu diperbaiki.. Alhamdulillah. Dr Yaz & Dr Muriati bersungguh-sungguh dalam membantu memantapkan proses kajian... Di antara perkara yang diberi penekanan

1. Bincangkan definisi istilah dalam Bab 2
2. Highlightkan isu ==> framework
3. Gap ==> value
4. Kena berani kritik framework orang lain... frmwk A, frmwk B, frmwk C ==>lihat pada lacking of value.
5.Setiap segmen.. pastikan ada rumusan
6, Kaitkan dengan persoalan kajian
7. Metodologi : Listkan proses yang telah dilalui bagi memenghasilkan frwk
8. Bab 4, 5 & 6 ==> kerja sendiri.

Itu dulu, terima kasih tak terhingga buat Dr Yaz, Dr Muriati & SSME group... Anda boleh..saya juga boleh.

TQ

Monday, 19 December 2011

Masa Kecederaan

Assalamualaikum semua. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog  ni. Banyak sungguh perkara dah berlaku. Namun tak dapat nak digarapkan semuanya dalam coretan ini. Antaranya:
1. Baeiy & Fidah ke LA  selama 2 bulan dan kini dah pulang ke tanah air
2. Supervisor yang attachment dengan AirAsia pun dah kembali bertugas
3. Proses pengumpulan data untuk kajian pun dah mula selesai... yang tak selesai adalah analisis
4. Perisian yang nak guna pun Dr Muriati (SV ke 2) dah bantu untuk belikan... Terima kasih banyak-banyak atas sokongan ini.

So...apa yang tinggal lagi... analisis & penulisan. Sedikit kesempatan yang ada ini, pergunakan sebaiknya. Kini musim cuti sekolah.. seboleh-bolehnya selesaikan urusan anak seberapa segera yang boleh. Kurangkan konflik keluarga. Pelihara kesihatan dan kekalkan momentum. Apa yang penting adalah doa, usaha, dan bina jati diri. Sesungguhnya pengajian ini cukup penting, bukan atas nama DR tetapi ISLAM...

Jangan sampai orang cerca ISLAM disebabkan kegagalan... bersungguh.. Insyaallah boleh.. SV banyak bantu, kawan-kawan juga tidak ketinggalan. Doa dari ibu bapa...dan santuni mereka sebaiknya... mudah-mudahan kejayaan bakal menjelma. INSYAALLAH.

Monday, 29 August 2011

Lambaian Akhir Ramadhan & Selamat Hari Raya

Alhamdulillah... Ramadhan tahun ini dapat ditempohi dengan seadanya. Mudah-mudahan segala amalan yang dikerjakan akan beroleh keberkatan dan diterima oleh Allah SWT. Semoga Allah menghapuskan segala dosa. Dalam urusan belajar sepa njang bulan puasa ni agak slow. Walaubagaimanapun ia tetap bergerak, antaranya

1. Kumpul data : Temubual pada pensyarah hampir lengkap... termasuk golongan heaavy user, light user & nonuser
2. Selepas ni tumpuan pada kumpulan pensyarah yang masih tinggal rasanya tak lebih 5 orang lagi.
3. Program MECanalyst+ dalam proses pembelian untuk analisis data.
4. Penulisan stop dulu kejap..tumpuan kepada traskribe & construct ladder

Setakat ni dulu tiada mood...

Thursday, 4 August 2011

Ramadhan & Jihad Ilmu

Alhamdulillah pertama-tamanya inginsklai mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana di lanjutkan usia, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki, mudah-mudahan ditetapkan iman dalam apa jua ujian dan dugaan yang mendatang. Alhamdulillah Ramadhan tahun ini agak lebih ceria berbanding pada tahun-tahun sebelum ini. Kehadiran Ramadhan diharapkan dapat meningkatkan ikatan silaturahim dikalangan jiran. Tiada wang yang aku mampu berikan kepada mereka, sekadar menginfaqkan sedikit ruang tamuku untuk diadakan solat Isyak berjamaah dan tarawih bersama jiran. Tiada balasan yang ku harapkan melain mecari keredhaan Illahi.

Ramadhan ini juga mengubah sedikit jadual pembelajaran, sehingga kini tak tahu apa nak pegang. Bagi mengurangkan tension aku perlu senaraikan apa yang patut buat:

1. Tambah bilangan responden sehingga 30 orang (15 pel & 15 lect)
2. Buat temu janji segera dengan beberapa org lect... sementara semester masih bercuti.
3. Cari student berasaskan teknik 'snowball'
4. Perbaiki terma-terma yang telah dibentuk
5. Baiki Bab 2, bina rajah untuk penjelasan
6. Comprehensive conclusion utk Bab 2
7. Bab 3... patutnya mula gerakkan
8. Responden untuk bilangan yang > besar... edaran secara quantitatif
9. Sistem dah lama tak beri tumpuan... perlukan perhatian juga
10. Surat perlanjutan cuti... dapat dihantar sebelum tamat Ramadhan
11. Pengiraan kaedah Laddering oleh Chiu & Sun.