Search This Blog

Thursday, 28 January 2010

Perkembangan Mingguan & ALTIMA

Salam semua, rasanya lama dah tak menulis dalam blog. Sesekali teringin juga nak laporkan perkembangan supaya tidak leka dengan persekitaran. Pada minggu lalu hari Jumaat, pertemuan group SSME buat pertama kalinya diadakan pada semester ini. Pembentangnya adalah Mari & Nurul Huda. Suatu pembentangan yang baik dan berkongsi pengetahuan. Di akhir pertemuan itu aku serahkan cadangan soalan temubual pada Dr Muryati & Dr Yaz untuk meneliti soalan-soalannya. Berdasarkan raut wajah mereka nampaknya soalan-soalan yang dicadangkan perlu diperbaiki. Aku akan perbaiki.


Kemudian, minggu ini pertemuan dengan Baiey di PSTL, UKM untuk cadangan penambahbaikan soalan-soalan tersebut. Fidah tak dapat datang kerana ayahandanya uzur di Hosp. Tawakkal.(Sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh). Sebelum tu jumpa Kak Su, Kak Hjh Rosni dan Norabeerah. Sempat bual kejap. Minggu ni aku kena siapkan 2 penulisan

1. ITSim2010 yang akan berlangsung pada Bulan Jun 2010, KL

2. Doctoral Colloqium bulan Mac 2010 di Stanfordshire, Uni.

Kedua-duanya dah submit. Cuma masih perlukan pembetulan kepada beberapa perkara lagi.

Hari ni nak rehat kejap. Aku gi Sek Teknik Melaka, atas kapasiti ALTIMA. Sekolah lama. Jumpa pelajar baru masuk. Kami serahkan jessi bola sepak untuk team sekolah. Hasil sumbangan dari ahli ALTIMA.

Target minggu ni: Siapkan prototaip & perbaiki soalan temubual, hantar full paper ke Stanfordshire

Thursday, 14 January 2010

Perkembangan Kajian

Alhamdulillah minggu ini nampaknya agak tenang berbanding minggu lalu. Urusan anak-anak pun sebahagian besarnya dah selesai. Isteri pun dah mendaftar di UKM serta kursus yang diikuti pun dah hampir terurus. Urusan renovation rumah pun hampir selesai, mungkin hujung-hujung minggu ni dah boleh masuk untuk basuh sikit-sikit. Tinggal lgi grill dan cat sahaja.

Minggu ni pun ada pertemuan dengan Fidah dan Baiey. Isteri pun join sama. Kami bertemu di cafe UPM. Setelah beberapa minggu menyepi berkaitan dengan research, kali ni kena kerja lebih keras untuk menjadikan ia lebih terurus. Nampaknya rakan-arakn lain lebih maju dan dah mula menampakkan hasil. Sedangkan aku masih lagi terpinga-pinga dengan permasalahan kajian. Pernyataannya msih lagi belum konkrit dan tujuannya masih lagi boleh dipertikaikan.

Namun begitu, bukan dalam keadaan berdiam diri tetapi sedang mengatur langkah demi langkah. Di antaranya

Tak pasti tarikhnya tapi aku  jumpa Dr Salha dan Dr Muryati ketika makan tengahari. Mereka mencadangkan   aku kaji tentang SPIN. Cabaran sedikit aku tidak boleh log in ke SPIN UKM kerana aku tidak mendaftar sebarang kursus.

31 Dis 2009 - Aku jumpa dengan Prof Abtar Kaur dari OUM. Beliau profesor di bidang e-learning. Beliau memberikan galakan yang baika supaya aku meneruskan kajian ini. Beliau juga sedang melakukan kajian yang hampir sama tetapi lebih kepada pedagogikal aspek.

Semalam ajak Dr Juzaiddin untuk bincang berkaitan kajian ini. Beliau nampak kajian ini tetapi masih lagi perlukan kekuatan baru. Beliau cadangkan aku teruskan dengan membina framework dan prototaip segera.

Hari ini dalam proses aku nak 'disect' SPIN aku bertemu dengan Prof Muhamad Amin Embi. Bagus orangnya. Beliau yang terlibat dengan e-pembelajaran di UKM. Banyak maklumat yang diberikan. Beliau juga menyatakan kajian ini mempunyai contribution dan perlu diteruskan. Beliau juga mencadangkan beberapa keyword dan beberapa pembacaan yang perlu ditelaah.

Aku juga berbincang dengan Dr Khatim. Biasalah, beliau ni orang yang tenang. Setiap kali pertemuan aku dengan nya beliau akan beri tahu "TAK APA, Baru 2 semester, 3 semester" cold aje. Kalu stress pun tak boleh buat apa. Mana ada orang buat PhD tak stress. Stress is normal.  Learn! But don't let your head demage.

Apa yang penting "DEFINE PROBLEM STATEMENTS AS WELL"

Thursday, 7 January 2010

Keluarga Thaliban

Kini dah masuk Minggu ke 3 Sem 3 dalam cuti belajar. Secara kasarnya urusan reseach agak terlalu slow atau hampir tak bergerak. Buat masa ni 1 hingga 3 minggu kena urus keluarga supaya berada pada track yang betul dulu.

Isteri pun sambung belajar di FPI, UKM
Anak Sulong Twin 1: Di SMK Segambut Jaya dalam Aliran Agama
Anak Sulong Twin 2: Di SMK Sungai Besi sedang buat rayua untuk ke SMK Segambut Jaya untuk aliran yang sama.
Anak ketiga : Tahun 6  UPSR lagi
Anak keempat : Tahun 3
Anak kelima : Masuk Tadika 5 tahun.

Semua ni dah jadi Thaliban dari ayah sampai ke anak. Yang peningnya pergi dan balik masa tak sama. Dalam kepala ni macam-macam fikir. Insyaallah harap perkara ni akan segera stabil.

Insyaallah rumah yang baru renovate akan siap. Kini urusan mosaic yang masih lagi tak seattle. Kejap ada yang cukup dan ada yang kurang. Harap minggu ni siaplah daha letih ulang ke kedai mosaic.

Lama tak jumpa Baiey dan Fidah. Nampaknya kalau tak jumpa reseach pun kurang perkembangan. Nanti kena set semuala agar lebih cepat pergerakannya.

Lit. Review & cipta framework

Semester 3 bermula. Pada semester ni banyak perubahan yang berlaku. Bermula urusan harian sehinggalah research progress. Walau bagaimanapun target reseach semester ni adalah present paper di conference. Ke arah persediaan itu, target penulisan perlu menjurus kepada lit review dan pembinaan konseptual framework