Search This Blog

Thursday, 14 January 2010

Perkembangan Kajian

Alhamdulillah minggu ini nampaknya agak tenang berbanding minggu lalu. Urusan anak-anak pun sebahagian besarnya dah selesai. Isteri pun dah mendaftar di UKM serta kursus yang diikuti pun dah hampir terurus. Urusan renovation rumah pun hampir selesai, mungkin hujung-hujung minggu ni dah boleh masuk untuk basuh sikit-sikit. Tinggal lgi grill dan cat sahaja.

Minggu ni pun ada pertemuan dengan Fidah dan Baiey. Isteri pun join sama. Kami bertemu di cafe UPM. Setelah beberapa minggu menyepi berkaitan dengan research, kali ni kena kerja lebih keras untuk menjadikan ia lebih terurus. Nampaknya rakan-arakn lain lebih maju dan dah mula menampakkan hasil. Sedangkan aku masih lagi terpinga-pinga dengan permasalahan kajian. Pernyataannya msih lagi belum konkrit dan tujuannya masih lagi boleh dipertikaikan.

Namun begitu, bukan dalam keadaan berdiam diri tetapi sedang mengatur langkah demi langkah. Di antaranya

Tak pasti tarikhnya tapi aku  jumpa Dr Salha dan Dr Muryati ketika makan tengahari. Mereka mencadangkan   aku kaji tentang SPIN. Cabaran sedikit aku tidak boleh log in ke SPIN UKM kerana aku tidak mendaftar sebarang kursus.

31 Dis 2009 - Aku jumpa dengan Prof Abtar Kaur dari OUM. Beliau profesor di bidang e-learning. Beliau memberikan galakan yang baika supaya aku meneruskan kajian ini. Beliau juga sedang melakukan kajian yang hampir sama tetapi lebih kepada pedagogikal aspek.

Semalam ajak Dr Juzaiddin untuk bincang berkaitan kajian ini. Beliau nampak kajian ini tetapi masih lagi perlukan kekuatan baru. Beliau cadangkan aku teruskan dengan membina framework dan prototaip segera.

Hari ini dalam proses aku nak 'disect' SPIN aku bertemu dengan Prof Muhamad Amin Embi. Bagus orangnya. Beliau yang terlibat dengan e-pembelajaran di UKM. Banyak maklumat yang diberikan. Beliau juga menyatakan kajian ini mempunyai contribution dan perlu diteruskan. Beliau juga mencadangkan beberapa keyword dan beberapa pembacaan yang perlu ditelaah.

Aku juga berbincang dengan Dr Khatim. Biasalah, beliau ni orang yang tenang. Setiap kali pertemuan aku dengan nya beliau akan beri tahu "TAK APA, Baru 2 semester, 3 semester" cold aje. Kalu stress pun tak boleh buat apa. Mana ada orang buat PhD tak stress. Stress is normal.  Learn! But don't let your head demage.

Apa yang penting "DEFINE PROBLEM STATEMENTS AS WELL"

No comments:

Post a Comment