Search This Blog

Monday, 19 July 2010

TEMUBUAL

Rasa lama dah tak menulis dalam blog ni. Tak macam masa mula-mula belajar dulu. Kadang kala belajar ni ada masa-masanya bosan juga. Namun bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang. Peluang belajar dengan dibiayai bukannya boleh diperolehi semua orang. Sementara peluang itu ada pada kita...manfaatkan sebaiknya nikmat ini. Esok kita tidak menyesal kerana telah mencuba. Walau bagaimanapun sentiasa kena berusaha dan ikhlas untuk menuntut ilmu., Insyallah Allah akan buka laluan. "Selagi kau ikhlas Zul untuk belajar, insyaallah boleh berjaya jangan lupa usaha dan berdoa"- masih segar dalam ingatan pesan PM Dr Khatim (rakan sejak di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.

Sepanjang menyepi terdapat kerja yang dilakukan. Temubual dengan beberapa respondan. Sekarang ni tengah rehat le kejap. Setelah record temubual nak kena transcribe le pulak. Naik bengkak le telinga. Pesan Dr Maryati Yusop" Want you dah record, terus buat transcribe... penat tu tak payah cakap le tapi nanti lupa. Terus transcribe... memang penat" . Semangat betul beliau menasihatiku sewaktu jumpa di UNIKEB.

Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah pun agak kurang lagi sem ni. Masing -masing tengah buat proses masing-masing. Baeiy tengah buat modul perkahwinan, Fidah pula perbetulkan bab-bab penulisannya.SSME meeting group pun asyik tunda. masih belum jumpa masa yang sesuai. Minggu lepas demam. Rehat le beberapa hari.

Kita doa sikit:
"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim... sesungguhnya apa jua yang ada dilangit dan dibumi malahan diantara keduanya milik mu belaka, salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Rasul SAW. Ya Allah sesungguhnya tiadalah daya dan upaya ku melainkan atas kudrat dan iradat yang dikurniakan olehmu pada ku. Andaikata pembelajaran ku ni memberi keuntungan kepada agamamu dan ummah bantulah aku. Andaikata ia terpesong, perbetulkan lah aku. Permudahkan pembelajaran ku ini agar tamat pengajianku ini mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kejayaan. Semoga kejayaan itu aku sebar-sebarkan ilmunya pada hamba mu yang lain. Jadikan diriku ini sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu. Ya Allah tetapkan hatiku dan janganlah dibolakbalikkan setelah aku berada dijalan mu. Berikan kejayaan untuk rakan taulan yang sama-sama dalam jihad ilmu ini. Doakan keselamatan untuk seluruh insan yang sentiasa mendampingiku keluargaku, keluarga penyeliaku, keluarga rakan taulan ku dan seluruh muslimin dan muslimat.. Amin ya Rabbal 'Ngalamin"


 

No comments:

Post a Comment