Sebagaimana biasa pertemuan dengan Fidah & Baiey di UPM untuk update kerja. Wah! Fidah dah berjaya tulis Bab 3... cuma sedikit konfrantasi dengan supervisor. Baiey lagi jauh lompatannya. Beliau dah tulis Bab 4. Aku... nangis beb... masih tergantung. Prototaip sangkut, penulisan semuanya 'half bake'.
Lepas pertemuan itu aku ke SMK Sri Serdang. Satu temujanji telah di buat dengan seorang guru di situ.Alangkah gembiranya, pertemuan yang dinanti-nantikan... Cikgu Zaharah... guru kelas Djh 6 Merah di SKSB. Beliau panggil ku 'Encik Nazul'... Ya ampun mana mungkin seorang guru yang mendidik aku dengan penuh gigih sehingga aku kecapi kejayaan hari ini, memanggil aku 'Encik'...Aku balas panggil saja 'Nazul', Maka berlangsunglah perbualan panjang, mengingatkan nostalgia lama. Kita minum bersama... Aku lihat diwajahnya terpacar garis-garis kegembiraan. Aku renung wajahnya betul-betul. Dengan tulus aku ceritakan famili, kerjaya, nostalgia lama. Tidak ketinggalan juga beliau menceritakan liku-liku kehidupannya. Hampir setiap guru yang menerjah ke kantin sekolah untuk memenuhi tembolok mereka pada ketika itu disapanya. 'Hei... Ini student masa saya di sekolah rendah dulu... datang cari saya'. Apatah lagi apabila beliau dapat tahu sebahagian besar pelajarnya telah berjaya..Sebak jugak hatiku. Cuma tak aku tunjukkan gelinangan air mata yang penuh dikelopak mata. Aku hanya senyum tak putus-putus. Bila tiba aku nak bayar.. dengan tegas beliau nyatakan...'Biar saya yang bayar!' Lalu aku berlalu meninggalkanya buat seketika. Dan insyaallah akan bertemu semula pada 29 Mei 2011, jam 2 ptg.
Aku betul-betul gembira di atas pertemuan ini. Nak aje aku menjerit. Beliau mungkin tidak dapat menyebut satu persatu nama anak muridnya kerana bilangannya tak terkira. Tetapi itulah pengorbanan seorang guru. T..E..R..I..M..A.. K..A..S..I..H.. C..I..K..G..U..!
"Ya Allah, tiada daya dan upaya ku melainkan dengan kekuasaanmu saja. Ampun nilah dosaku, ibu bapaku, isteri dan anak-anakku dan tidak ketinggalan guru-guru yang pernah mendidikku, terutama Cikgu Zaharah dan keluarganya. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yang diredhai sebagaimana jalan-jalan yang pernah dilalui oleh para solohin, sidiqin dan para shuhada'. Ya Allah permudahkan urusanku dalam aku mencari ilmu ini, berikanlah keberkatan dan panjangkalah kepada guru yang aku sayangi ini, Cikgu Zaharah, perkenankanlah segala permohonannya, berikannya kesejahteraan, kemuliaan dan kebahagian dalam hidup disamping keluarganya yang tercinta. Lanjutkan usianya dalam iman, murahkan rezeki yang berkat baginya, permudahkan segala urusannya". Ameen ya Rabbal 'Ngalamin.
Search This Blog
Thursday, 28 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment