Search This Blog

Tuesday, 24 May 2011

Bertemu semula selepas 16 tahun

Assalamualaikum...tak ku sangka program mencari keinsafan diri, mempertemukan aku dengan sahabat lama di Sg Dua, Pulau Pinang. Pertemuan ini di rumah Nash & Matdek (Mahathir) menyusul. Beliau tinggal di Kepala Batas. Jadual aku agak ketat kerana nak terus pulang ke KL. Balik melawat Ina, aku berehat di Sg Petani. Kemudian ke Sg Dua untuk mellawat Cikgu Rafidi. Sebelum tu singgah di rumah Nash, untuk breakfast sama. Best... isteri Nash sediakan mee Hokkieen. Tak pernah aku makan..Pandai isteri Nash masak. Isterinya juga dari UKM, satu kamsis dengan wife. Selepas berbual serba sedikit, kami pun bergerak ke rumah Cikgu Rafidi. Jumpa Encik Azriy kejap di masjid lama Sg Dua. Salam-salam En. Azriy nak ke pusat rawatan bersama isterinya. Kami ke rumah cikgu di Permatang Buluh.

Monday, 23 May 2011

Mencari Keinsafan: Ina Maswati & Cikgu Rafidi Othman

Assalamualaikum,





Firman Allah dalam surah Al Baqarah...yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar(155).(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.(156)"

Pada Sabtu & Ahad yang lalu (21 -22 Mei), sengaja aku rancang perjalanan ke Perlis & Pulau Pinang. Bersama aku hanya dua anak yang kecil sahaja ikut.. yang lain sibuk nak exam. Tujuan perjalanan untuk mencari keinsafan diri. Melawat sahabat lama yang telah terlantar sakit. Namanya Ina Maswati Zainal Abidin. Menurut suaminya dah 5 tahun sakit dan 3 tahun dalam hospital. Sempat aku menjeling tarikh yang tertera di kepala katil: Tarikh masuk : 17 Mei 2008. Ooooh sedihnya tak sanggup aku melihat. Nak melelah air mata, tapi tak aku tunjukkan padanya. Menurut suaminya, kini paru-parunya mula tidak berfungsi. Makanan semua kena blend... masukkan melalui tiub. Buat Ina, nak saya kata banyak bersabar atas dugaan... tak mampu rasanya lidah ini nak meluahkan. Pastinya Ina cukup tabah menghadapinya. Anak-anak dah jadikan hospital sebagai rumah. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa Ina di atas kesabaran dalam menghadapi ujian yang hebat ini. Untuk keluarga Ina, suami dan anak-anak, mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan sesuatu yang mengembirakan pada suatu hari nanti. Berkat pengorbanan anak-anak/suami dalam menjaga ibu/isteri, Maha Suci Allah ... jauh sekali dari sifat alpa. Setiap perbuatan baik terhadap ibu & isteri akan ada ganjarannya sama ada sedikit ataupun banyak hanya neraca Ilahi sahaja yang dapat mengukurnya.



Keesokannya aku mencari rumah Cikgu Rafidi Othman. Bila aku sebut 'Cikgu ni Nazul... Ingat tak?'.. Cikgu menangis... sebak bila aku melihat cikgu menangis. Dia minta supaya bukakan lampu... Aku kata tak payah dah terang... Mak cikgu kata, matanya walau pun celik tapi dah tak nampak. Aaaaahh! sedihnya. Bila masa makan, sempat aku suapkan beberapa sudu. Menurut adiknya, jika kami suap...nak habiskan satu camca pun susah. Masa di PMKP, cikgu ni yang sering bawa aku ke Hospital Kuala Pilah untuk ambil injection. Pada masa tu aku mengidap gegata. Inilah sedikit nukilan untuk tatapan aku dan keluarga.
"Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui.. di kesempatan ini, aku memohon kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, kaum kerabat ku, dan dosa dua insan ini, Ina Maswati dan Cikgu Rafidi. Jadikan dugaan yang kau ujikan kepada mereka sebagai kifarah terhadap dosa-dosanya yang lalu. Permudahkanlah segala urusannya. Berikanlah kekuatan kepada mereka dan ahli keluarganya. Semoga mereka segera sembuh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim perkenankanlah doaku ini, Ya Allah perkenankanlah, perkenankalah.. Ya Rabbal 'Ngalamin'


    

Thursday, 19 May 2011

Progress Programming..

Alhamdulillah... berkat kesungguhan

1. Lecture note dah masuk homebox
2. appearance dah beza antara pelajar, pensyarah & policy maker
3. navigation pun dah beza.

Kini fokus, pelajar boleh ubah thame, color, hide mana-mana bhg nota yg tak perlu, invite rakan lain utk create group sendiri.

Monday, 16 May 2011

Progress..progress..progress

Selamat hari guru buat semua. Kini dah lama tak menulis. Masa banyak tumpukan pada buat program. Hari ni yang boleh hanya tambahkan Nota Pensyarah kepada satu lagi bentuk iaitu Content Type: Block. Ia penting untuk masukkan kedalam Homebox.
Lagi... tukarkan Navigation kepada Stud. View, Lect. View & Site Admin View. Buat masa ni masih lagi gagal. Navigation ini terhasil sama aje rupa, walaupun terdapat 3 stakeholder yang berbeza.

Sikit sangat kemajuan ni... tak tahu le apa nak kata...

Thursday, 12 May 2011

Belajar : Sendirian

Sepatutnya ada pertemuan dgn Baiey dan Fidah tapi ditagguhkan kerana dijangka Din akan datang bantu lagi. Tapi hari Din tak datang. Sekurang-kurang aku ada peluang untuk belajar sendiri. Bagus Din ni dia bukan sahaja tunjuk ajar tapi biarkan aku buat hands on juga. Tak banyak nak kongsi... hari ni tumpuan pada program aje.

Wednesday, 11 May 2011

Program oh Program!!!

Hah! seharian hari ini depan pc bersama Din buat aku punya kerja. Dah ada dalam 20% untuk aku teruskan pembinaan prototaip. Tak cukup satu monitor sambung dengan monitor kedua. esok sambung lagi. mudah-mudahan sihat hendaknya. Ni dah hampir jam 11.30pm sudah tiba masanya untuk berehat. Dalm buat beberapa modul aturcara, ada yang ambil masa berjam-jam untuk dapatkan hasilnya. Namun ada kala kejap aje. Sekarang ni proses usaha kendiri untuk siapkan. Berkat doa dari keluarga, rakan-rakan dan tidak kurang juga kesungguhan penyelia dalam berkonsi masalah, mudah-mudahan aku mencapai tahap yang dicita-citakan.Mudah-mudahan pembelajaran ini berakhir dengan jayanya.

Cukup lu, rehaaaaat, dah penat badan ni.

Tuesday, 10 May 2011

NusrahMu tiba...

Alhamdulillah, tetiba sahaja terima panggilan daripada seorang teman untuk bantu tengokkan program. Yang sangkut hari tu masa nak buat Dashboard. Langkah 1 kita besetuju downgrade version daripada Drupal 7 ke Drupal 6. Nampaknya agak postif. dari jam 2- 4.30 kami bersama. Selebihnya aku kena usaha sendiri nanti. Oklah hari ni nak update sikit sahaja kerana perkembangannya sikit sekali tapi penuh tumpuan.

p/s: Akan ku perbanyakkan doa semoga bantuanMu tidak putus-putus.

Monday, 9 May 2011

Progress hari ini...


Ahh! Macam hari-hari sebelumnya tak banyak progress yang dapat dibuat. Pagi cuba teruskan penulisan Bab 3. Namun masih lagi tersekat pada beberapa bahagian. Tukar pula analisis data temu bual. Uji dengan skala Cohen Kappa,  nampaknya result agak mengecewakan. Rehat kejap... Berbual dengan rakan seperjuangan Muniza melalui chat & phone. Pastinya kita tidak dapat menyelesaikan masalah masing-masing. Hanya yang mampu 'pinjamkan' telinga untuk didengari segala rintihan. Beliau baru sahaja balik dari kursus 'Experimental Research Design'.

Banyak juga beliau membicarakan proses development, kos, komitmen programmer, ahh mungkin juga melibatkan proses grafik designer, animator, voice over dan pelbagai lagi. Beliau juga menyatakan kebimbangan berkaitan dengan perlanjutan cuti.

Dalam bab emosi, aku rasa semua kita hampir sama ketika ini. Buat development sendiri tak cukup pandai, upah orang pun tak semestinya jadi. So nak suruh malaikat...hahaha... ini lawak bodoh!!! Tapi inilah hakikat proses pembelajaran ini.

Petang lepas urusan anak... cadang nak sambung lagi. Masya Allah... cuaca hari ini cukup panas..hampir mencecah 40C. Tak tahan betul mata... tidur le pulak...Aaaah! dah Asar... solat dgn wife... minum... petang... bersukan le kejap dengan jiran main sepak raga bersama anak lelaki. Bersukan untuk jaga kesihatan.

Malam... lepas ajar budak-budak ngaji, cuba untuk teruskan mentelaah... cuba nak cukupkan 8 jam sehari... Lihat balik data, buat data reduction (combine item)...siapkan untuk test sekali lagi... setidak-tidaknya boleh buat satu dapatan... prepare untuk 1 jurnal sebagai syarat untuk viva... HAHAHA!!!  Cakap pasal viva... buat malu aje... penulisan pun tah ke mana, prototaip pun tak tahu ape cerita...

Namun kini yang tinggal SEMANGAT UNTUK CAPAI KEJAYAAN.... fikirkan boleh.

"Ya Allah pada Mu jua aku merintih dan merayu, nusrahmu amatku perlukan pada ketika ini, bantulah aku, rakan-rakan seperjuangan ku dalam kami menuntut ilmu. Ikhlaskan hati-hati kami untuk kami infakkan segala kebijaksanaan yang kau kurniakan kepada yang lain" Ameen ya rabbal ngalamin.

[Doa34.jpg]

 Wahai teman-teman seperjuangan,


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi
Sebesar mana pun cubaan yang kita tempohi
Seperit mana pun kegagalan yang kita rasai
Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui
JANGAN KITA SESEKALI TERHENTI BERHARAP PERTOLONGAN ILLAHI
kerana harapan adalah masa hadapan
kerana harapan sumber kekuatan
kerana doa ada pintu kebaikan
kerana doa senjata orang beriman.

Saturday, 7 May 2011

Penulisan Bab 3

Bagi mengimbangi kederasan penulisan Fidah dan Baiey, aku mula garap bab 3. Pada hemat aku 70% hampir siap. Ada beberapa segmen yang aku perlu penuhkan. Pastinya dengan sekali penghantaran tak mungkin ia diterima. Kalau orang lain perlu 2-3x hantar dah boleh terima tapi aku mungkin lebih lagi. Semakin aku paksa semakin tak bergerak. Rasa banyak sangat nak buat tapi syukur sangat sebab aku ada teman seperti Fidah dan Baiey yang senantiasa check & balance. Aku tak tahulah sama ada kita boleh graduate bersama2. Pelbagai halangan yang perlu dilalui.

Proses pembelajaran ini bukan sahaja menguji novelty dalam pencari ilmu tetapi daya tahan sama  ada mental & fizikal. aku masih ingat kata supervisor ku kini (dulu peringkat awal beliau memulakan pengajian PhD) di mana aku nak tukarkan status dari cuti master ke cuti PhD. Pesan beliau, teruskan dengan master tak rugi belajar.. tak kesah dapat 2 master tetapi PhD ni yang penting adalah mental preparation. Walaupun kata-kata ini sudah hampir 10 tahun lalu... tetapi rasanya masih terngiang-ngiang di telinga. Itulah satu perbualan ringkas di Pusat Komputer (dulu di Bangunan Matematik, FST).

Kini aku kena sedia, bina strategi & menempuh segala badai, taufan dan apa jua rintangan. Selagi ada peluang gunakan sebaiknya kerana peluang ini tak mungkin berulang buat kali kedua.


Don't aim for success if you want it; just do what you love and believe in, and it will come naturally.
David Frost

Read more:http://www.brainyquote.com/quotes/topics/topic_success.html#ixzz1LfZ5WIyb

Sunday, 1 May 2011

Bercuti....

Setelah semua kerja terbengkalai... maka aku rasa kena cuti sekejap. Jadi semalam lepak dengan anak2 & isteri serta ipar dari JB ke Tiara Beach Resort. Bawa We (mak) sekali. Duduk makan dengannya.Mudah-mudahan beroleh keberkatan dalam belajar. Teman main air bersama anak, masuk sauna, main ping-pong dengan Abg Zul (biras) & anak-anaknya... Harap dapat release tension dan mulakan dengan langkah yang lebih bermakna pada keesokan harinya. Buat strategi baru dan teruskan perjuangan mengejar cita-cita untuk dijadikaan contoh kepada anak-anak. Ameen.


Setitik embun sejuk segar,
Pagi-pagi dingin sekali;
Insan berilmu rajin belajar,
Letih dan penat tidak peduli.





Berakit-rakit ke hulu             
Berenang-renang ke tepian 
Bersakit-sakit dahulu             
Bersenang-senang kemudian