Search This Blog
Monday, 9 May 2011
Progress hari ini...
Ahh! Macam hari-hari sebelumnya tak banyak progress yang dapat dibuat. Pagi cuba teruskan penulisan Bab 3. Namun masih lagi tersekat pada beberapa bahagian. Tukar pula analisis data temu bual. Uji dengan skala Cohen Kappa, nampaknya result agak mengecewakan. Rehat kejap... Berbual dengan rakan seperjuangan Muniza melalui chat & phone. Pastinya kita tidak dapat menyelesaikan masalah masing-masing. Hanya yang mampu 'pinjamkan' telinga untuk didengari segala rintihan. Beliau baru sahaja balik dari kursus 'Experimental Research Design'.
Banyak juga beliau membicarakan proses development, kos, komitmen programmer, ahh mungkin juga melibatkan proses grafik designer, animator, voice over dan pelbagai lagi. Beliau juga menyatakan kebimbangan berkaitan dengan perlanjutan cuti.
Dalam bab emosi, aku rasa semua kita hampir sama ketika ini. Buat development sendiri tak cukup pandai, upah orang pun tak semestinya jadi. So nak suruh malaikat...hahaha... ini lawak bodoh!!! Tapi inilah hakikat proses pembelajaran ini.
Petang lepas urusan anak... cadang nak sambung lagi. Masya Allah... cuaca hari ini cukup panas..hampir mencecah 40C. Tak tahan betul mata... tidur le pulak...Aaaah! dah Asar... solat dgn wife... minum... petang... bersukan le kejap dengan jiran main sepak raga bersama anak lelaki. Bersukan untuk jaga kesihatan.
Malam... lepas ajar budak-budak ngaji, cuba untuk teruskan mentelaah... cuba nak cukupkan 8 jam sehari... Lihat balik data, buat data reduction (combine item)...siapkan untuk test sekali lagi... setidak-tidaknya boleh buat satu dapatan... prepare untuk 1 jurnal sebagai syarat untuk viva... HAHAHA!!! Cakap pasal viva... buat malu aje... penulisan pun tah ke mana, prototaip pun tak tahu ape cerita...
Namun kini yang tinggal SEMANGAT UNTUK CAPAI KEJAYAAN.... fikirkan boleh.
"Ya Allah pada Mu jua aku merintih dan merayu, nusrahmu amatku perlukan pada ketika ini, bantulah aku, rakan-rakan seperjuangan ku dalam kami menuntut ilmu. Ikhlaskan hati-hati kami untuk kami infakkan segala kebijaksanaan yang kau kurniakan kepada yang lain" Ameen ya rabbal ngalamin.
Wahai teman-teman seperjuangan,
Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi
Sebesar mana pun cubaan yang kita tempohi
Seperit mana pun kegagalan yang kita rasai
Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui
JANGAN KITA SESEKALI TERHENTI BERHARAP PERTOLONGAN ILLAHI
kerana harapan adalah masa hadapan
kerana harapan sumber kekuatan
kerana doa ada pintu kebaikan
kerana doa senjata orang beriman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment