Search This Blog

Wednesday, 23 May 2012

Cabaran minggu ini...

Ada rezeki aku upload lagi foto-foto yang ada. Minggu ni & minggu lepas jumpa supervisor. Dapatan minggu lalu, pertemuan dengan DR MM, antara proses pemantapan penulisan dan model yang diberi penekanan

1. Model yang dibentuk perlu dibaiki, pertemuan pada 15/5/2012 memberikan impak yang besar kepada perubahan rekabentuk model. Tindakan telah dibuat. Dr YY dah tengok pada 22/5/2012. Namun masih lagi belum memperolehi feedback. Model ini penting untuk penrsoalan kajian yang kedua dan penerokaan konkrit fitur operasi yang hendak ditonjolkan dalam prototaip @ persoalan ketiga.

2. Oleh kerana pembangunan model ini masih lagi kurang mantap, maka proses penulisannya juga masih tergendala. Untuk meningkatkan motivasi, DR MM cadangkan tulis jurnal, ada scopus & BM. Jurnal Teknologi... Dah call, masih ada kekosongan untuk keluaran September  2012... SO CEPAT. penulisan jurnal ini bukan tujuan melengkapkan kuota viva... tetapi untuk bangki9tkan idea penulisan bagi bab 5.

3. Penulisan bab pula kena giat lagi. Tapi cabarannya kini, idea tidak kunjung tiba. DR MM dah mula buat semakan pada Bab 2,3,4. Cuma masih perlukan ulasan DR YY. Walau bagaimanapun, antara komen

i. Bab 2: Baiki posisi paragraph dan subtopik
ii. Bab 3: Agak minimum, hanya kalihkan dapatan Kappa ke bahagian Bab 4
iii. Bab 4 : Tidak banyak komen, tunggu DR YY. Dah submit, DR YY minta tempoh lagi seminggu
iv. Bab 5: Work in progress
v. Bab 6: Prototaip, perlu bantuan programmer.
vi. Bab 7: Masih belum mulakan apa2.
v. Bab 1: Patutnya dah mula garap kembali

Sasaran kerja:
i. Bab 2: sebelum pertemuan SSME pada 4/ Jun / 2012
ii. Bab 3: Sebelum Jumaat ni...
iii. Bab 4 : Tunggu  aje lah
iv. Bab 5 : Rearrange ke bentuk jurnal
v. Bab 6 :  Buat call, minggu depan
vi. Bab 7: dah mula boleh semak tesis2 org lain...at least buat sub topik
vii. Bab 1: Buat setiap malam 1 perenggan

AKU PERLUKAN CUTI SEKEJAP, REHATKAN MINDA, JUMPA IBUBAPA, LIHAT KESUSAHAN ORANG LAIN.

"Ya Hayyu Ya Qayyum bika astaghis...(3x) Permudahkan urusanku, supervisorku, eluh teman dan taulanku, yang bersama-sama dalam merentasi pentas ilmu ini. Berikan kesihatan tubuh badan bagi kami, kecerdasan minda, ketajaman fikiran, kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab & amanah, ketekunan dalam penulisan, keikhlasan dalam menuntut ilmu yang manfaat ini, ketaqwaan kepadaMU...Ya Rabbal Ngalamiin"...Ameeen

No comments:

Post a Comment