Search This Blog

Wednesday, 9 May 2012

Bab 4

Alhamdulillah setelah berhempas pulas beberapa bulan, semalam dapat send Bab 4 draft kali pertama. Diharapkan penghantaran ini dapat membuka jalan untuk bekerja bagi menyelesaikan bab-bab yang lain. Semoga kekuatan, kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan yang diberikana oleh Allah SWT dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memikul amanah ini.

Hari ini fokus untuk Bab 5. Penulisan perlu tertumpu kepada "How to used this model". Kepada Allah jua saya berharap supaya dilimpahkan taufik & hidayat untuk saya mengalirkan idea ke bentuk penulisan. Semoga berjaya.

"Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Bijaksana dalam mentadbir sekelian makhluk, Yang tidak pernah tidur sekalipun mengantuk, Aku bertawassul di atas nama-namaMu yang mulia, diatas segala kebaikkan yang paling ikhlas, aku memohon semoga Kau bantulah aku untuk menyempurnakan pengajian ini"

Friday, 20 April 2012

Abstrak & Jurnal

Minggu ni aku dah siapkan abstrak untuk semakan terakhir sv. Aku ubahsuai sikit. Nasihat sv, mantapkan konsep sepanjang penyelidikan. Kesilapan dalam penulisan dan oral exam nanti akan memakan diri sendiri. Antaranya:
1. Nak guna terma model @ kerangka...konsisten
2. Samakan konsep value-in-use & value co-creation
3. Model kena justifikasi
4. Prototaip

Minggu ni tak banyak yang dapat buat. Idea tiada. Protaip masih lagi kontang. Bab 1,2,3 melibat flow. Bab 4 ada data tapi tak pandai nak ulas. Bab 5  perlu contoh, Bab 6 protaip dan Bab 7 perbincangan & kesimpulan masih lagi blank. So hari ni buat apa?...Muka depan, pengakuan, penghargaan... buat yang simple2 utk ambil mood.

Sebelum tu dah hantar satu jurnal untuk semakan. Mudah-mudahan sebelum 30 April ni boleh submit. Inilah hasil yang diperolehi dalam minggu ni.

Step seterusnya, beri tumpuan kpd pembinaa prototaip.

"Ya Allah, setiap kali dikala aku kecelaruan, mohon nusrahmu untuk aku sempurnakan amanah ini. Bukan kerana nama, bukan kerana harta tetapi kerana agama. Permudahkan urusanku...Ya Allah"

Wednesday, 7 March 2012

Abstrak

Alhamdulillah, sebelum ni aku hantar abstrak untuk versi ke 4. Semalam, kedua-dua sv bersetuju dan terima. Tinggal lagi tukar ke BI, isi borang untuk hantar notis. Dengan penghantaran notis ini, aku perlukan 3 bulan untuk cari pemeriksa. Diharapkan dalam tempoh 3 bulan ini, aku dapat sempurnakan penulisan. Kajian aku taklah sehebat mana. Tapi setakat ini aku dapat hasilkan
1. definis baru.... nilai cipta-sama
2. mengenal pasti cara menerbitkan nilai
3. bina model berasaskan nilai.

Ingat: nilai berupaya mempengaruhi sikap & perlakuan. Ini merupakan perkar utama dalam kajian aku.

Bagi melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi... aku nak pergi umrah...Munajat dgn Allah, mohon bantuannya. Jumpa Rasullullah SAW. Aku nak maklumkan pengajian aku ini bukan kerana nama tetapi yang penting kerana ilmu dari non Muslim, untuk Muslim, kepada Muslim dan amanah sebagai Muslim. Aku bangga aku MUSLIM.

"Ya Allah, aku perlukan nusrahmu, Ya Rasullullah aku perlukan syafaatmu, Ya Allah izinkan syafaat itu untuk ku, luaskan rezekiku, manfaaatkan ilmu yang aku perolehi, jadikan aku golongan pemberi dan bukannya peminta-minta. Mohon keampunan untuk ku, ahli keluarga ku, serta keselamatan di dunia & akhirat. Ya Allah aku jua mohon kau berikan keselamatan dan kebahagian kepada supervisorku dan keluarganya ...Mudah-mudahan kami dikalangan orang2 yang sedit lagi bersyukur..."Ameeen  

Thursday, 23 February 2012

Tiba Masa Menulis...

Dah berhari-hari mengadap komputer untuk menulis. Kekadang hanya satu dua ayat sahaja sehari. Target masa ini, Bab 2 & Bab 3 submit sebelum 1 Mac. Bab 4 & 5 sebelum 8 Mac. Semoga Allah SWT memberi kekuatan & jalan untuk menyempurnakannya.

Thursday, 9 February 2012

Jurnal

Alhamdulillah, dapat mesej daripada supervisor, 1 jurnal sudah di terima..Elsevier. Insyaallah akan terbit dalam masa terdekat. Kini telah siapkan 1 lagi jurnal. Tapi kali untuk dalam negara sahaja. Walaubagaimanpun jurnal itu berwasit. Sedang tunggu komen dari supervisor. Lepas ni tumpuan kepada penulisan dan pembinaan kerangka berasaskan nilai cipta-sama.

Tuesday, 10 January 2012

Usaha...Sikit aje lagi...

Assalamualaikum.. hari ni kena bentang TOC... banyak yang perlu diperbaiki.. Alhamdulillah. Dr Yaz & Dr Muriati bersungguh-sungguh dalam membantu memantapkan proses kajian... Di antara perkara yang diberi penekanan

1. Bincangkan definisi istilah dalam Bab 2
2. Highlightkan isu ==> framework
3. Gap ==> value
4. Kena berani kritik framework orang lain... frmwk A, frmwk B, frmwk C ==>lihat pada lacking of value.
5.Setiap segmen.. pastikan ada rumusan
6, Kaitkan dengan persoalan kajian
7. Metodologi : Listkan proses yang telah dilalui bagi memenghasilkan frwk
8. Bab 4, 5 & 6 ==> kerja sendiri.

Itu dulu, terima kasih tak terhingga buat Dr Yaz, Dr Muriati & SSME group... Anda boleh..saya juga boleh.

TQ

Monday, 19 December 2011

Masa Kecederaan

Assalamualaikum semua. Rasanya lama dah tak menulis dalam blog  ni. Banyak sungguh perkara dah berlaku. Namun tak dapat nak digarapkan semuanya dalam coretan ini. Antaranya:
1. Baeiy & Fidah ke LA  selama 2 bulan dan kini dah pulang ke tanah air
2. Supervisor yang attachment dengan AirAsia pun dah kembali bertugas
3. Proses pengumpulan data untuk kajian pun dah mula selesai... yang tak selesai adalah analisis
4. Perisian yang nak guna pun Dr Muriati (SV ke 2) dah bantu untuk belikan... Terima kasih banyak-banyak atas sokongan ini.

So...apa yang tinggal lagi... analisis & penulisan. Sedikit kesempatan yang ada ini, pergunakan sebaiknya. Kini musim cuti sekolah.. seboleh-bolehnya selesaikan urusan anak seberapa segera yang boleh. Kurangkan konflik keluarga. Pelihara kesihatan dan kekalkan momentum. Apa yang penting adalah doa, usaha, dan bina jati diri. Sesungguhnya pengajian ini cukup penting, bukan atas nama DR tetapi ISLAM...

Jangan sampai orang cerca ISLAM disebabkan kegagalan... bersungguh.. Insyaallah boleh.. SV banyak bantu, kawan-kawan juga tidak ketinggalan. Doa dari ibu bapa...dan santuni mereka sebaiknya... mudah-mudahan kejayaan bakal menjelma. INSYAALLAH.