Alhamdulillah, pada hari ini genap umurku yang ke 41 tahun. 'Rumah dah kata pergi... Kubur pun dah kata mari lah pada ku..Sesungguhnya aku untuk mu.." Basi usia yang tinggalkan ini Insyallah aku kan manfaatkan sebaik mungkin untuk mencari taqwa, iman dan mencintai Rasulullah semahunya. Aku berasa syukur kerana dalam usia ini aku masih lagi bergelar pelajar. Semoga aku akan jadi terus seorang pelajar. Pesan Rasulullah SAW
Dari Abu Ad-Darda` -radhiallahu anhu- dia berkata: Aku mendengar Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- bersabda:
مَنْ سَلَكَ سَبِيْلاً يَبْتَغِي بِهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ. وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتِهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَا يَصْنَعُ. وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ كُلًّ شَيْءٍ حَتَّى الْحَيْتَانُ فِي الْمَاءِ. وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ. وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَاراً وَلاَ دِرْهَماً, إِنَّمَا وَرَّثُْوا الْعِلْمَ, فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan guna mencari ilmu niscaya Allah akan memudahkan jalannya untuk masuk ke dalam surga. Sesungguhnya para malaikat betul-betul meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu karena mereka ridha dengan apa yang dia tuntut. Sesungguhnya seorang alim (orang yang berilmu) itu dimintaampunkan oleh segala sesuatu sampai ikan-ikan di lautan. Kelebihan seorang alim di atas abid (ahli ibadah) adalah bagaikan kelebihan yang dimiliki oleh bulan di atas bintang-bintang lainnya. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak pula perak akan tetapi mereka hanya mewariskan ilmu, karenanya barangsiapa yang mengambilnya (ilmu) maka sungguh dia telah mengambil bagian yang sangat besar.”
(HR. Abu Daud no. 3642 dan At-Tirmizi no. 2682 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6297)
Tatkala itu juga aku harus berusaha bersungguh-sungguh untuk aku sempurnakan amanah pengajian aku ini, cuti ku akan tamat dalam tempoh 42 hari lagi. Aku berasa panik bila Yati dah submit, Kak Wan IPRM akan submit dalam minggu ini sedangkan aku
i. Bab penulisan masih belum mantap
ii. Bab 4 kena repair sebab ada tambahan berkaitan dengan data kuantitatif
iii. Bab 5 sehingga kini belum ada ulasan dari kedua-dua supervisor
iv. Bab 6 Dr MM kata dia perlu tunggu Dr Yaz pulang ke tanah air untuk bincang supaya memudahkan saya memperbaiki. Jika tidak terdapat aliran idea yang berbeza mungkin menyusahkan saya memenuhi kehendak bersama
v. Bab 7 prototaip dalam proses pemantapan. Tambah 1 lagi pengujian iaitu kuantitatif. Soal selidik telah dibina, kesahan juga bakal diperolehi dalam tempoh terdekat. Tinggal lagi pegedarkan kepada responden. Insyaallah dalam tempoh terdekat akan diusahakan. Kini dalam proses meletakkan soal selidik dalam Google Drive.
vi. Bab 8 penulisan bergantung kepada bab-bab sebelumnya
vii Hal-hal formating, senarai rajah dan jadual
Akhir-akhir ini timbul pula isu berkaitan dengan penempatan dan perjawatan. Sehubungan dengan itu aku sempat berbincang dengan Dr MM. Kebetulan Dr Yaz tiada di tanah air. Melihat kepada situasi ini, menurut pandangan Dr MM, bahawa kerja aku sudah hampir sampai ke penghujung. Aku dibenarkan melapor diri bagi mengelakkan aku ditempatkan luar dari Kuala Lumpur. Semoga dengan restu ini akan menampatkan pengajian aku pada tahun 2012 sebagimana yang disasarkan. Insyaallah akan lapor diri pada 9 Nov 2012.
"Ya Hayyu...Ya Qayyum.. Ya Zaljal liwal ikram... Ya Allah bantulah aku dan jangan kau biarkan tentukan hidupku tanpa bantuan daripadaMu walaupun hanya sekelip mata... Hasbunallah hu wanik mal wakil wala hawla wala qua taillah bil hil 'ngali yil 'ngazim'"
Search This Blog
Tuesday, 6 November 2012
Friday, 28 September 2012
Prototaip...
Dengan siyam, qiyam & diam...aku panjatkan doa agar ada satu bantuan untuk aku sempurnakan prototaip. Sehingga kini masih tiada yang memenuhi sasaran. Apa yang patut buat? Nak buat sendiri tak upaya. nak digajikan tak mampu, setakat saguhati boleh la...rasanya pelbagai usaha dah dibuat..mungkin masih belum mencapai ke tahap yang maksimum.
Tapi kini masa berjalan. Tempoh pengajian hampir tamat. Apa yang dirancang tak menjadi. Kaki & badan dah mula mengeletar... kerana amanah masih belum dapat disempurnakan. Apa lagi yang patut aku buat?
"Hasbunallah huwanik mal wakil...la hawlawala qua taaila billah hil ngaliy yil ngazim"

Wednesday, 19 September 2012
Peluang Terakhir...
Semalam 18/9/2012... merupakan tarikh yang sepatutnya aku kembali bertugas setelah bercuti selama 45 bulan. Tapi Maha Suci Allah yang Maha Pemberi dan Maha Megetahui...awal bulan Sept ini, aku telah menerima satu lagi surat dari penaja. Surat itu melanjutkan cuti selama 3 bulan lagi. So, Insyallah akan kembali bertugas pada bulan 12 nanti. Aku berharap kesempatan ini dapat membuatkan aku
1. Perkemaskan penulisan Bab 1-8: kini tengah perbetulkan Bab 1 & Bab 2... harap minggu ni dah boleh print utk semakan kali ke 2
2. Menyiapkan prototaip..jangka 2 minggu lagi...
3. Mengedarkan borang soal selidik untuk uji prototaip
4. Memperbaiki Bab 7 & 8.
5. Hantar notis utk viva.
Ada 5 tugasan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 bln bermula HARI INI...harap dapt dilaksanakan. Manisah, Rafidah, Kak Ma dah mula bertugas...kini aku masih ada peluang untuk sempurnakan tesis. Insyaallah akan ku sempunakan sebaiknya.. Jangan buang masa kerana peluang ini tak ramai yang dapat. Manfaatkan sebaiknya.
Hari ini pergi jumpa pengarah IPTeknik, hantar CV...apa lah nasib aku serah je.. ada rezeki akan kembali ke Teknik... jika tidak, ke mana-mana sajalah.
"Ya Allah pemudahkan urusan duniaku, pemudahkan urusan akhiratku, bantulah aku, supervisorku & rakan-rakan seperjuangan ku"...Aameen

Thursday, 16 August 2012
Tesis..oh..Tesis, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan kerana mencari sesuatu ilmu, Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga” (Riwayat al-Tirmizi, bertaraf sahih).
Alhamdulillah, sebelum sambut hari raya tahun ini, aku sempat garapkan semua bab untuk hantar ke supervisor. Kini kiranya draft 1 dah siap... berdasarkan pengalaman orang lain, kurang-kurangnya 5-7 draf baru boleh buat comb binding. Comb binding adalah step untuk hantar ke pemeriksa dalaman dan luaran. Kemudian step berikutnya viva. Perbetulkan lagi, harap-harap minor correction. Yang masih tergantung ini hanya prototaip sistem. Walau bagaimanapun harap perkara ini dapat dibangunkan secara perlahan-lahan. Minggu ini cadang nak cuti dulu sekejap. Walaupun cuti, komputer tetap kena bukak untuk betulkan bibliografi, lampiran dan pelbagai lagi. Mungkin raya ni agak lapang sikit kerana... 'batton' ada di sebelah sv. Sama-sam kiata doakan supaya SV siahat dan diberi kelapangan masa untuk meneliti dokumen aku ni supaya menjadi lebih baik.

" Ya Allah... di atas rahmat Ramadhan ini, aku memohon padaMu..supaya permudahkan urusanku untuk ku sempurnakan amanah ini dalam menyempurnakan pengajiaanku. Aku mohon padaMu, kesihatan tubuh badan untukku dan supervisorku, kelapangan masa untukku dan supervisorku, kecerdasan fikiran untukku & supervisorku, kebahagian rumahtanggaku dan supervisorku, semoga dapat menyegerakan pengajianku. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, menjadikan diriku supaya sentiasa mencintai ilmu, menacri ilmu, memperkayakan diri ini dengan ilmu, semoga hanya ilmu yang manfaat sahajalah yang akan kekal difikiran ku untuk amal, panjangkan dan sebarkan kepada yang lain..Ameen Ya Rabbal ngalamin"
Thursday, 26 July 2012
Jurnal & Penulisan
Jika diikutkan target, kena hantar sebelum 1 Ogos 2012. masalahnya kini, ada 2 bab yang masih belum boleh digarap dengan jayanya. Isu utama kini, mengantuk aje. Idea pun tidak berapa lancar. Tengah cari kat mana kelemahannya. Dari susdut momentum insyaallah stabil, kesihatn juga ok, Kini Bab 6 tergantung disebabkan prototaip. Bab 7 pula tengah digarapkan ni tapi masih belum menampakkan sesuatu yang menarik lagi. Masa tinggal 4 hari lagi.
Nak usahakan tetapi tak tahu bagaimana cara. Harap sangat Allah SWT membantuku. Memang ku pohon setiasa nusrah daripadaNya, cuma rezeki masih belum tiba sepertimana bahan yang diminta. Mungkin doaku masih terhijab atau tertangguh. Dikala inilah aku mengambil kesempatan untuk menulis blog ini. Sebuah catatan anekdot sejarah pengajianku dalam mengejar sebuah impian.
"Ya Allah, aku bertawassul dengan amalan-amalanku yang paling ikhlas, nama-namaMU yang maha suci, kebaktianku yang paling baik terhadap kedua ibubapaku, aku mohon Ya Allah bantuan ku supaya kau diberikan jalan-jaln untuk aku sempurnakan pengajianku. Di bulan Ramadhan Al Kareem ini, aku berharapkan petunjuk dan hidayahMu semoga aku dapat sempurnakan amanah ini sebaiknya. Ya Allah peliharakan keluargaku, keluarga kedua supervisorku, jiran tetangga, rakan taulan dan kaum kerabatku semoga beroleh kebajikan yang melimpah ruah, pengampunan dan pembebasan api neraka..Amin2x Ya Rabbal 'ngalamain"
Tuesday, 3 July 2012
Bab (1, 2 & 3) & Pembetulan Abstrak, Penolakan Artikel
Alhamdulillah hari ini dah hantar Bab 3. Bab 1(15 Jun), Bab 2 (27 Jun). Penghantaran ini masih lagi dalam proses penambahbaikkan. Walau bagaimanapun, ia memberikan semangat untuk terus berusaha menyempurnakan 4 lagi bab. Insyaallah akan disempurnakan biarpun sedikit demi sedikit. Dalam menempuh pentas dan rentas penyelidikan ini, ada jua duri-duri yg perlu dicabut. Semalam, abstrak yg dihantar dipulangkan semula kerana tak ikut format. Mudah-mudahan ia tidak melibatkan urusan yang besar. Insyaallah sebelum minggu ini berakhir, abstrak itu akan dihantar sekali lagi. Selain itu penolakan artikel oleh Jurnal Pengurusan. Ini semua dugaaaaan........
Insyaallah, kena semangat, never give up, focus, strive for success...."Ya Allah... aku perlukan nusrahMu untuk aku sempurnakan amanah ini"
Insyaallah, kena semangat, never give up, focus, strive for success...."Ya Allah... aku perlukan nusrahMu untuk aku sempurnakan amanah ini"
Monday, 18 June 2012
18 Jun 2012 : Peluang kedua
Alhamdulillah... hari ini masih boleh meneruska cuti. Ini peluang kedua & mungkin peluang terakhir untuk aku sempurna tesis. Minggu lepas berhempas pulas dengan Bab 1. Nampaknya minggu ini kena bergerak dengan bab 2 @ mungkin bab 3. Belum ada instinct yang mana patut diutamakan. W/bgmn pun akan ku usaha sedaya mungkin untuk menggengam segulung ijazah ini. Insyaallah. Bukan kerana nama tapi, amanah..amanah pada agama, diri & pelbagai lagi. Mohon dipermudahkan urusan ini.
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ
(Q3:173)حَسْبُنَااللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Subscribe to:
Posts (Atom)