Search This Blog

Friday, 22 March 2013

Jurnal SUA

Alhamdulillah... Jurnal SUA sedang rancak dipersiapkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat Elly, Manisah, Pn Normah dan Kak Liza dalam menyiapkan jurnal ini

Wednesday, 20 March 2013

(In Shaa Allah)...leader for tomorrow

Alhamdulillah, "Ya Allah, sebagai mana kau cantikkan wajahku, cantikkanlah akhlakku...Jadikan aku dikalangan orang-orang yang engkau nyatakan sepertimana dalam Al-Imran, 185, An-Nisa' : 69 dan seumpamanya. Hapuskan segala sifat mazmummah dari hati dan jiwaku, gantilah dengan segala sifat mahmudah... Semoga aku lebih tunduk, takut, berserah kepada MU. Peliharakan aku, keluargaku, kaum kerabatku, rakan-rakanku, supervisorku dan seluruh muslimin & muslimat semoga kami terus mengabdikan kepada MU. Ya Rabbal 'ngalamin"

p/s: Terima kasih Tn Hj Aris Ng..

Saturday, 23 February 2013

Submit!!!!


Alhamdulillah..2 hari lepas dapat submit. Alahai gambar ni terbalik la pulak.. Ada masa lain kali, In Shaa Allah akan diperbetulkan. Moga-moga ini bukanlah titik akhir pengajian, malahan ia membuka ruang yang lebih besar di masa depan. Belajar kena terus belajar. Orang belajar mempunyai banyak jalan ke surga. Apa lagi nak?..Banyak nikmat yang telah Allah SWT beri. Apa yg penting sekarang ni. bersyukur.

"Ya Allah, dengan rahmatMu, rezekiMu, kuasaMu, kehendakMu, aku dapat melihat dunia ini. Ya Allah bantulah aku dalam aku menamatkan pengajianku. Ya Allah bukan nama yangku cari, bukan kedudukan yang aku impikan, bukan kemewahan dunia yang aku kejarkan walaupun sifat keinginan manusia ada dalam jiwaku...tapi aku inginkan keredhaanMu, keampunanMu,kasih sayangMu dan izinkan aku beroleh syafaat nabi di akhirat nanti. Ya Allah permudahkan urusan aku dalam memikul amanah ini, peliharakanlah tanggunganku, supervisorku dan semua yang rapat denganku supaya kami semua berada dalam ketaqwaan... Ameeen ya Rabbal 'ngalamin"

Saturday, 16 February 2013

Final draft before submit...

Alhamdulillah dah hampir print semua kecuali

1. TOC
2. Senarai Rajah
3. Senarai Jadual
4. Bab 4 : pg 111...kena print color (2 set)
5. Bab 7: Pengesahan peringkat 1 (2 set)
6. Lampiran 03,04,05 print color (7 set)
7. Comb binding.


Apa yang patut dilakukan sekarang...Buat dengan tenang. Tempoh penghantaran masih ada walaupun dah tidak panjang. Perbetulkan amalan. Kuatkan Aqidah Islamiah dan perbanyakkan doa. Dengan amalan ini In Shaa Allah, akan ada jalan keluar berasaskan Ayat ke 2,3 dari Surah Al-Talaq.














Sikit saja lagi... In sha Allah. Mudah mudahn di permudahkan urusan.




Wednesday, 13 February 2013

Pusingan akhir...

Alhamdulillah hari ini dah dapat tanda tangan supervisor ke2 untuk submit tesis. Tunggu supervisor pertama balik dari Germany..In Shaa Allah 17 Feb ni.. Dalam pada itu...

1. Tambah 1 paragraf... rujuk Payne.. betul Bab 6
2. Buat Folder
      a. No Page Number
      b. Landscape Printing
      c. Color Printing

3. Set page number baik-baik
4. Rujuk gaya UKM untuk formating

5. Print 7 copy dengan 2 salinan berwarna.......lain black & white je...
6. Tenang, banyak berdoa & jaga kesihatan...
7. Perlahan-lahan sediakan power point untuk viva...Jangka 2 bln selepas hantar.

"Ya Allah ......permudahkan urusan...."

Friday, 8 February 2013

Fokus!!!!!!...Sikit Je Lagi

Tinggal beberapa hari sahaja tempoh pendaftaran akan tamat. Fokus sikit saja lagi. Tinggala 2 bab yang kena ammend. Betulkan sikit je... Masa tak tunggu, kesempatan kena cari, idea kene jana... semuanya perlukan FOKUS.

1. Buat yang paling mudah.. (reduce stress)
2. Baiki kesilapan ejaan...sambil tu betulkan format.
3. Print sikit-sikit.
4. Kena buat hari-hari walaupun sikit...


SIKIT JE LAGI.....Go go go....strive for success


Monday, 21 January 2013

Just Focus On Creating A Will

Alhamdulillah, Jumaat lalu aku berpeluang untuk buat pre-viva. Walaupun hanya 'mock' saja, setidak-tidaknya kedua-dua supervisor dapat berhimpun pada masa yang sama. Masih lagi terdapat pembetulan. Pembetulan ini merupakan proses pembelajaran yang sedang aku lalui. Apa makna sebuah penulisan, kajian tanpa komen!  Kini aku perlu menyusun strategi. Kena submit sebelum bulan 2 berakhir. Melihat dari komen, Bab 1 hanya melibatkan struktur ayat. manakala Bab 2,3,4 & 5 masih lagi belum dipulangkan. Bab 6, 7 & 8 agak banyak. Walau bagaimanapun In Shaa Allah akan di uruskan satu persatu.
Hari ni juga Hafizi dapat masuk Teknik Sepang. Aku harap menukarkannya dari SEJAYA ke teknikal bukan satu kesilapan. Result PMRnya bukannya tak bagus tetapi ramai yang lebih baik darinya. Bukannya SEJAYA tu tak bagus tetapi memberikan beliau peluang kepada ilmu lain yang pada hemat aku sesuai dengan karekter beliau. In shaa Allah jika ada peluang ke KISAS, mungkin boleh difikirkan beliau. Hanafi rezekinya agak cerah kali ini, Beliau dapat Teknik Tengku Jaafar & KISAS. Beliau memilih untuk ke KISAS. Harapan aku pada anak-anak, agar mereka menjadi insan yang bertaqwa dan berakhlak mulia dalam apa jua bidang yang diceburi.

Kali ni Adham pun dapat asrama di Sg Merab. Nampaknya dia happy je. Mudah-mudahan beliau juga dapat result yang cemerlang dalam PMR 2013 ini. Hawa juga akan menghadapi peperiksaan UPSR. Harapan ku sama pada semua anak-anak. Bukan saya ilmu dunia yang dicari tapi ilmu akhirat lebih-lebih lagi nak diutamakan. Huzaifah kekal di SRAI, Bangi.

Hanya aku  dan isteri je yang masih belum mengecapi kejayaan hasil daripada pengajian kami. Harap ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. In Shaa Allah..akan ku usahakan sedaya mungkin.

"Yaaa Allah... andai kata masih terdapat dosa-dosaku yang menjadi penghalang kepada kejayaan pengajianku... Aku bertawassul di atas nama-namaMu yang Mulia, Ya Hayyu, Ya Qayyum., Ya Zaljalaliwal ikram... ampunkanlah aku...bantulah pengajianku, peliharakanlah segala tanggunggangku, muliakan supervisorku...mudah-mudahan Kau perkenankanlah permintaanku..Ameen ya rabbil 'ngalamin"