Pada 19/11/2009 merupakan tarikh yang penting dalam pengajian.
1. Aku bentang proposal
2. Result UPSR 2009 diumumkan
Aku nak nukilkan satu persatu
Alhamdulillah pembentangan proposal berjalan dengan lancar. Aku peserta ke 4. Penilai luar dari UPM PM Dr Hasan dan pengerusi Dr Maryati Mohd Yusoff. Selain terdapat PM Dr Juhana Salim (KJ Sains maklumat), Dr Kamsuriah dan beberapa orang lagi pensyarah FTSM bersama selain dari itu adalah pelajar PhD.
Keputusannya panel meluluskan proposal dengan pembetulan. Di antara komen yang perlu aku beri perhatian serius
1. Apa nak buat? perlu fokus dan boleh tulis dengan betul
2. Fokus pada usability/ usage instead of interaction
3. 'glue' - perlukan research yang medalam, apa konsep terkini dalam teknologi
i. customize
ii. loyalty : verify melalui survey
4. cara penulisan RQ seolah-olahnya terdapat 2 framework.
5. Perlu jawab mengapa kena bina framework? Apakah yang tidak relevennya framework yang sedia ada
6. Perlu kaji beberapa model e-learning yang establish, banding dan keluarkan bebezaannya.
7. Tajuk perlu ubah, mesti beri sebab yang konkrit pada setiap patah yang terdapat dalam tajuk
8. Manage literature review dengan 3S ( story, structure, santence)
9. Methodologi :
i. Social interaction analysis
ii. Author Network Theory
10. Penulisan liturature review hanya dalam konteks Malaysia, Bagaimana diluar negara? supaya universal dan balance lituratur
11. Kenapa kena guna service sceince. Justify?
12. Apa yang lemah pada Blackboard, Moodle, WebCT dll
Demikianlah beberapa kelemahan yang perlu dibaiki lagi. A journey just started!!!
Selain itu pada hari ini juga aku terima berita result UPSR. Sebagai bapa aku hanya harap anak dpat yang terbaik. Namun dalam dunia ini bukan semuanya apa yang kita rancang akan dapat semua. Walaubagaimanapun aku pasrah. Anak-anak dah aku usahakan dan mereka juga berusaha. Tapi keputusan tidak seperti yang dijangka. Namun begitu sekurang-kurangnya ia jauh lebih baik masa aku periksa Penilian Darjah 5 dulu.
Apa-apa pun Alhamdulilah semoga aku, keluarga sihat dan dilimpahi rahmat. Mudah mudahan anak-anak menjadi penyejuk mata dengan akhlaknya yang mulia. Amin ya Rabbal 'Alamain
Search This Blog
Monday, 23 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment