Alhamdulillah, minggu ni rasa nak rehat sekejap lepas bentang proposal tempohari. Nak kena urus beberapa tugas keluarga.
1. Urusan persekolahan kembar yang baru lepas UPSR.
2. Anak yang ke-3 pula berkhatan
Salah seorang nak buat semakan semual UPSR.Saja nak check mungkin berubah kepada result yang lebih baik. Manakala yang ke-3 pula selamat berkhatan.
So esok Insyaallah akan mulakan pengajian baru dengan tajuk 'Actor Network Theory' atau 'ANT'. Apa tu....! Tunggu le baru nak mula. Ini merupakan satu daripada komen panel semasa pembentangan tempohari. Rasa up le sikit. Dalam belajar kali ni aku bahagikan kepada 4 fasa. Mudah - mudahan setiap fasa itu berlaku lebih cepat ataupun mengikut perancangan. Harap-harap jangan pula terlewat. Bukan apa nak bagi peluang orang lain pula sambung belajar.
Fasa 1 - Pembentangan Proposal --> 2009 ==> Komen: Alhamdulillah on target
Fasa 2 - Bentang tidak kurang dari 2 prosiding (Luar + dalam negara) --> 2010 ==> Insyaallah
Fasa 3 - Bersedia untuk lengkapkan penulisan + viva ---> 2011 ==> Insyaallah
Fasa 4 - Penyerahan tesis --> 2012 ==> Independence Day
"Maha Suci Allah yang mengatur segala perancangan".... Amin
Search This Blog
Tuesday, 24 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment