Hari ini bertemu Kak Su dan Muniza di Restoran Anja. Pertemuan kali ini selain dari makan bersama kami membincangkan soal research dan pembentangan kertas kerja di ITSIM10. Kertas kerja aku dipilih untuk dibentangkan manakala Muniza turut dipilih tetapi untuk Poster presentation sealin daripada dimasukkan dalam prosiding. Pertemuan kami bermula jam 12 hingga 2.30pm.
Banyak kami perkatakan terutama perkembangan research yang kini kami merasai jalan buntu. Aku buntu setelah aku memperolehi definisi value, so next step.... Kini walaupun demikian aku terus membaca. Aku cuba lihat dan kembalai ke proposal. Well, kini kami semua telah meninggalkan semester 3. Ada yang sudah bentang proposal, ada yang sudah mula give up, samapi nak jumpa supervisor pun takut dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun aku sentiasa bersyukur dengan ALLAH SWT kerana perjalanan PHD aku ni walupun banyak rintangan namun aku sentiasa mengingatinya.
Esok group SSMEakan buat pertemuan. Pertemuan-pertemuan ini menguatkan semangat untuk aku terus belajar. Terima kasih kepada PM DrShanudin, Dr Yazrina, Dr Muriati, Dr Salha (malangnya beliau kini berada di luar negara namun aku percaya jika beliau berada di sini beliau turut aktif dalam group SSME). Pembentangan hari ini oleh Muhammad Tamimi al Iraqi.
Next step... aku akan bincang dengan group pada hari ini insyaallah.
"Ya Allah, cerdaskan mindaku, kuatkan ketabahan dihatiku, jauhkan masalah peribadiku, peliharakan kehidupan diriku dan keluarga, supervisor dan keluarga, pensyarah-pensyarah yang menyokong kerja-kerjaku dan rakan-rakan yang sama-sama belajar ini semoga kami semua memperolehi apa yang kami cita-citakan---- Amin ya rabbil a'lamin"
Sebelum tu sebagai peringatan: Pada hari sukan sekolah anak kembarku aku telah bertengkar dengan guard sekolah. Kesan pada itu aku menghantar surat ke pengetua sekolah dan YDP PIBG. Tindakan mereka positif. Dan pengalaman yang hendak dikongsi, tak perlu beradu kekuatan dengan golongan yang berbeza mentaliti. Sebaliknya gunakan pendekatan yang lain yang lebih profesional. Panjang lebar dalam surat tu aku maklumkan namun sekadar ini untuk coretan pagi ini.
Search This Blog
Wednesday, 28 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment