Search This Blog

Monday, 31 May 2010

KLCC

Selepas pertemuan dengan supervisor, aku teru lakukan interview pada keesokkan harinya. Tujuannya jelas untuk melihat kesahan soalan dan sejauhmana soalan-soalan yang dimenifestaiskan dari satu teknik itu boleh digunakan.
26 Mei aku bentang dalam SSME group. Alhamdulillah nampaknya ada sedikit perkembangan cuma tak pasti sejauhmana matlamat tercapai.
27 Mei jumpa Fidah dan Baiey di KLCC. Saja ubah selera. Jalan di kedai buku Jepun tu kejap dan lepak kat food court RASA. Hampir 2 jam kami di situ.
Natijahnya:
1. Soalan temuduga perlu diubahsuai supaya lebih 'open ended'
2. Prepare powerpoint untuk bentang pada 2 jun dalam SSME group
3. Seterusnya prepare untuk ITSIM
4. Prepare penulisan untuk journal.

Baiey akan ke Terengganu, bentang di UMT dan Fidah ke UK serta melawat Europe. 2 in 1, makan angin dan ada majlis di UK. Aku kat UK juga tapi UKKKKKKM!

"Ya Allah sesungguhnya apa jua yang dilangit dan dibumi serta di antara keduanya milikmu yang abadi. Aku bersyukur di atas segala nikmat yang kau pinjamkan pada ku, keluargaku dan seluruh kaum kerabatmu. Di atas keberkatan mu, rahmatmu, pemurahmu, kasihmu dan sayangmu, aku memohon agar kau sempurnakan pengajianku ini dengan ilmu yang manfaat untuk aku sebarkan bagi memperkasakan Islam dan menyelamatkan umat Muhammad yang lain. Berikan kejayaan dalam pengajian untuk ku, rakan-rakan yang seperjuangan denganku. Peliharakanlah kesejahteraan keluargaku, rakan taulanku, pensyarah-pensyarah yang membimbingku, limpah kurniakan segala kemurahan rezekimu kepada kami semua, dan jadikan kami terus bertaqwa padamu mengikut sunnah Rasulmu.Amin Ya Rabbal Ngaaalamin"   

No comments:

Post a Comment