Search This Blog

Thursday, 6 May 2010

Buli!!!!

Athar Saidina Umar Al Khattab AlFaruok " Andaikata sabar & syukur itu ditukar kepada 2 ekor unta, nescaya aku tak kesah naik yang mana-mana"

Ini paper ITSIM punya hal, dugaan betul. Aku dah hantar permohonan pada 26 Apr 10 lagi, tapi tiba-tiba namaku tak tersenarai dalam tajaan fakulti, yang lain hantar lewat daripada aku dapat. Sedih juga. Namun alhamdullillah, dengan izin Allah, Dr Azlina, Dr Juzaiddin , Dr Yaz, Pak Abu dan Kak Pora bantu, nama aku tersenarai dapat juga walaupun dah lepas tarikh.

Inilah pengalaman pertama hantar international paper. Banyak sikit dugaan. Lain kali mungkin lebih mudah. "Learn through experience"

Kita doa sikit " Ya Allah, sesungguhnya di sebalik penciptaan langat dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaranmu, bagi siapa yang mahu berfikir. Maka dengan rahmat dan kebesaranmu aku memohon permudahkan diriku, rakan-rakan seperjuangan ku menempuh badai, gelombang dan kesukaran dalam menuntut ilmu ini sehingga kami dapat mengecapi kejayaan yang kami inginkan. Piliharalah iman dan ketaqwaan, kesihatan dan kesajateraan untuk, kami sekeluarga, ibubapa kami, penyelia-penyelia projek kami, dan seluruh yang membantu kami dalam merentasi JIHAD ILMU ini, Amin ya rabbal alamin"

No comments:

Post a Comment