Search This Blog

Monday 23 May 2011

Mencari Keinsafan: Ina Maswati & Cikgu Rafidi Othman

Assalamualaikum,





Firman Allah dalam surah Al Baqarah...yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar(155).(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.(156)"

Pada Sabtu & Ahad yang lalu (21 -22 Mei), sengaja aku rancang perjalanan ke Perlis & Pulau Pinang. Bersama aku hanya dua anak yang kecil sahaja ikut.. yang lain sibuk nak exam. Tujuan perjalanan untuk mencari keinsafan diri. Melawat sahabat lama yang telah terlantar sakit. Namanya Ina Maswati Zainal Abidin. Menurut suaminya dah 5 tahun sakit dan 3 tahun dalam hospital. Sempat aku menjeling tarikh yang tertera di kepala katil: Tarikh masuk : 17 Mei 2008. Ooooh sedihnya tak sanggup aku melihat. Nak melelah air mata, tapi tak aku tunjukkan padanya. Menurut suaminya, kini paru-parunya mula tidak berfungsi. Makanan semua kena blend... masukkan melalui tiub. Buat Ina, nak saya kata banyak bersabar atas dugaan... tak mampu rasanya lidah ini nak meluahkan. Pastinya Ina cukup tabah menghadapinya. Anak-anak dah jadikan hospital sebagai rumah. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa Ina di atas kesabaran dalam menghadapi ujian yang hebat ini. Untuk keluarga Ina, suami dan anak-anak, mudah-mudahan Allah SWT akan memberikan sesuatu yang mengembirakan pada suatu hari nanti. Berkat pengorbanan anak-anak/suami dalam menjaga ibu/isteri, Maha Suci Allah ... jauh sekali dari sifat alpa. Setiap perbuatan baik terhadap ibu & isteri akan ada ganjarannya sama ada sedikit ataupun banyak hanya neraca Ilahi sahaja yang dapat mengukurnya.



Keesokannya aku mencari rumah Cikgu Rafidi Othman. Bila aku sebut 'Cikgu ni Nazul... Ingat tak?'.. Cikgu menangis... sebak bila aku melihat cikgu menangis. Dia minta supaya bukakan lampu... Aku kata tak payah dah terang... Mak cikgu kata, matanya walau pun celik tapi dah tak nampak. Aaaaahh! sedihnya. Bila masa makan, sempat aku suapkan beberapa sudu. Menurut adiknya, jika kami suap...nak habiskan satu camca pun susah. Masa di PMKP, cikgu ni yang sering bawa aku ke Hospital Kuala Pilah untuk ambil injection. Pada masa tu aku mengidap gegata. Inilah sedikit nukilan untuk tatapan aku dan keluarga.
"Ya Allah sesungguhnya Engkau lebih mengetahui.. di kesempatan ini, aku memohon kau ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku, kaum kerabat ku, dan dosa dua insan ini, Ina Maswati dan Cikgu Rafidi. Jadikan dugaan yang kau ujikan kepada mereka sebagai kifarah terhadap dosa-dosanya yang lalu. Permudahkanlah segala urusannya. Berikanlah kekuatan kepada mereka dan ahli keluarganya. Semoga mereka segera sembuh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim perkenankanlah doaku ini, Ya Allah perkenankanlah, perkenankalah.. Ya Rabbal 'Ngalamin'


    

1 comment:

  1. Salam..sepupu saya Abg Pidi (Rafidi Othman) telah kembali ke rahmatullah 2 hari lepas (7 Dec 2011) pada jam 6.10 ptg. Kami sekeluarga ada bersamanya di saat dia menghembuskan nafas yang terakhir..semoga rohnya dicucuri rahmat..aminn

    ReplyDelete