Aku tak pasti kenapa la produktiviti dalam seminggu dua ni menurun. Serba tak kena. Duduk kat rumah tak fokus, pergi pusat sumber pun sama, pergi ke Blok Penyelidikan pun macam rasa tak selesa, serasanya macam ada sesuatu tak kena. Dalam seminggu dua ni tiada apa progress yang boleh dilaporkan. Pelbagai cara telah dibuat tapi masih lagi belum berhasil. Apa yang dah dibuat:
1. Selepas cuti ni, jumpa supervisor 1
- bincang pasal perkembangan prototype,
- urusan surat menyurat
- ingatan pada penulisan Bab 2.
2. Buat analisis dapatan temu bual
- nampak macam tak kene
- Fidah bantu untuk compresskan lagi
- Patutnya tunjuk pada svisor (tindakan masih belum dilaksanakan)
3. Prototype
- dah dibina dlm 40-50%
- masih perlu dibetulkan terutama bahagian antaramuka
- Tahu apa nak betlkan , tapi tak tahu bagaimana nak mulakan
- Kedua-dua SV dah tengok, cuma masih belum mantap spt wording, features, mapping antara value & attribut
- testing
4. Penulisan
- Terhenti terus..tumpuan pada pembinaan prototype
- Masalah sehingga kini tak setuh pun soal prototaip? (gerrrmmm)
5. Pembinaan kerangka
- perlu tally dgn prototype...
===> Akhir-akhir ni banyak tidur dan makan...Risau-risau...
Search This Blog
Thursday, 16 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Cuti Sekolah...
Sepanjang cuti sekolah ni, banyak habiskan masa bersama anak & family. Bukan tak nak nak fokus dengan kajian tapi tak boleh nak buat. Keluar rumah lepak kat fakulti, buat discussion dengan Fidah & Baiey, sekadar nak mbil mood study. Nampaknya kena tunggu lepas anak-anak ni balik asrama atau persekolahan bermula. Bila mereka ni ada kerja sekolah, agak senyap le sikit rumah. Sekarang ni berbunyi aje dari pagi sampai malam dengan gurauan mereka, lepas tu ada yang nangis, makan, computer game. Itulah putaran hidup setiap hari. Bab belajar asyik kena kerah ajelah... Walau bagimanapun, cuti ni kita berehat sekejab di Sg Klah Sungkai.
Monday, 6 June 2011
Kenapa 'Value Co-Creation'?
'Value co-creation' @ vcc merupakan pendekatan yang penting dalam teori pemasaran. Pengguna hari ini amat berbeza jika dibandingkan dari aspek pengetahuan, kreativiti, keaktifan dan personaliti malahan beberapa aspek lain lagi. Perubahan ini ketara antara lain disebabkan penyebaran teknologi maklumat, faktor pemakanan dan persekitaran. Malahan penggunaan ICT dalam media pembelajaran turut juga mempengaruhi proses pembelajaran. Jika dari aspek pemasaran, pengguna melaksanakan proses vcc dengan pengeluar tetapi dalam konteks pembelajaran, pelajar diangggap sebagai pengguna manakala tenaga pengajar merupakan sebagai pengeluar bersama-sama dengan pembuat dasar.
VCC telah memperlihatkan satu paradigma baru dalam proses menginovasikan sesuatu produk-service. Proses co-creation melibatkan 3 kumpulan iaitu pelajar, guru dan pembuat dasar. Pelbagai pendapat diutarakan sebagai komponen penting dalam VCC di antaranya:
1. Open-dialog, personalization, sharing knowledge & co-production (Allen)
2. Listen--> Engage--> Respond (GuaravBhalla)
3. DART Model ( Dialog. Access, Risk, Transparent) (Prahalad et.al)
4. Interaction & personalization (Irene Ng)
Elemen2 value penting untuk menguja kepada pengguna yang menggunakaan produk-service. Value co-creation merupakan proses untuk kenalpasti elemen value setiap stakeholder melalui Laddering Technique seterusnya menguja kepada penghasilan value-in-use terhadap produk-service.
Berehat Sekejap...
Sebaik sahaja hantar paper ke ICEEI 2011 Bandung, (30 Jun) maka isteri & anak2 bersiap untuk pulang ke kampung Kota Tinggi. Melawat keluarga sempena cuti sekolah sambil menguruskan perkahwinan Firdaus. Sampai hampir jam 12 malam. Keesokannya segera ke rumah belah bakal pengantin perempuan untuk tujuan itu. Tidur 1 malam di Kota Tinggi. Sebelah petng keesokannya ke Pasir Gudang. Tidur 1 malam sebelum menuruskan perjalanan balik semula ke Bangi.
Tiba tengahari hari Khamis. Rehat. Jumaat uruskan sebahagian perkara tentang ICEEI lagi. Pagi Sabtu kena hantar pengantin di Felda Bukit Mendi, Triang Pahang. Hafiz anak Ayah Long yg sulong. Berkumpul di Masjid Karak. Ayah Long, Ayah Cik, Cik Abas, bersama Abah & We. Sebaik sahaja urusan tu selesai dalam jam 2.30 ptg. Terus ke Sungkai melalui Lebuh raya Karak potong ikut Genting Highland, Batang Kali, Bukit Beruntung dan masuk Plus highway ke Sungkai.
Lepak di Feldajaya Trolak. Keesokkannya mandi di Sg Klah selama 2 jam, melintasi Felda Resident, Hot Spring. Lajak ke Tapah lawat Apak & mak (mak adik ipar). Dalam jam 2.30 pm bergerak balik melintasi kuala Selangor. Jumpa Rohaizat (Boy PMKP) di Masjid Kuala Selangor
Beli ikan sikit untuk keperluan mingguan dan terus bergerak pulang melalui Ijok. Sebelum tu singgah makan malam dan solat Jamak & Qasar Maghrib-Isyak. Lepas tu terus pulang ke Bangi. Lengkap perjalanan, 2 minggu sebelum ni ke utara, minggu ni ke selatan & timur.
Hari ini nak mula belajar balik... Mana nak dahulukan???

Friday, 3 June 2011
Reunion SKSB 78'-83, 29 Mei 2011
Tarikh ini merupakan tarikh keramat. Aku bersama-sama rakan-rakan sekolah rendah bertemu. Pertemuan kembali ini selepas 28 tahun. lebih 505 yang hadir... Fatilah yang tinggal di UK buat surprise sanggup balik untuk menemui kami. Punya le aku susah-susah siapkan notebook, mobile broadband, dan beberapa fasiliti lain untuk skpe dgnnya. Tup,tup muncul depan mata. Macam tak caya aje...
Harsa Amylia merupakan best student pada masa tu datang dari Penang. Sahila seorang guru English di Lumut Perak, Fatimah kerja dengan Shell, Norita tinggal di Semenyih, Siti Aminah guru di Kelang, Azura di Sri Petaling, Noriah berkhidmat di JVC, Izzatul busines, Siapa lagi hah...aaah Rorizah di Seri Timah..
Hah! puas rasanya dapat jumpa mereka tapi tak dapat nak bual panjang kerana tempoh masa selama 3 jam sahaja..tak sempat... lain kali kita chat lagi..

Lelaki pulak Rais & Rosman bersama aku menjadi organizer, Raja Rozaidi kerja dengan FELDA, Idrose gaya macam businesmen, Razimy tak sempat berbual, Kosmera tak habis-habis puji aku gaya YB, Zaperi bantu aku buat rakaman, Asri kerja dengan MOFAZ, Azam dah kahwin kali ke dua...hahah... ni memang aku ingat..Mustaq di AirAsia dan Fatullah tinggal di Bdr Baru Salak...
Hah! puas rasanya dapat jumpa mereka tapi tak dapat nak bual panjang kerana tempoh masa selama 3 jam sahaja..tak sempat... lain kali kita chat lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)