Search This Blog

Monday, 6 June 2011

Berehat Sekejap...

Sebaik sahaja hantar paper ke ICEEI 2011 Bandung, (30 Jun)  maka isteri & anak2 bersiap untuk pulang ke kampung Kota Tinggi. Melawat keluarga sempena cuti sekolah sambil menguruskan perkahwinan Firdaus. Sampai hampir jam 12 malam. Keesokannya segera ke rumah belah bakal pengantin perempuan untuk tujuan itu. Tidur 1 malam di Kota Tinggi. Sebelah petng keesokannya ke Pasir Gudang. Tidur 1 malam sebelum menuruskan perjalanan  balik semula ke Bangi.

Tiba tengahari hari Khamis. Rehat. Jumaat uruskan sebahagian perkara tentang ICEEI lagi. Pagi Sabtu kena hantar pengantin di Felda Bukit Mendi, Triang Pahang. Hafiz anak Ayah Long yg sulong. Berkumpul di Masjid Karak. Ayah Long, Ayah Cik, Cik Abas, bersama Abah & We. Sebaik sahaja urusan tu selesai dalam jam 2.30 ptg. Terus ke Sungkai melalui Lebuh raya Karak potong ikut Genting Highland, Batang Kali, Bukit Beruntung dan masuk Plus highway ke Sungkai.

Lepak di Feldajaya Trolak. Keesokkannya mandi di Sg Klah selama 2 jam, melintasi Felda Resident, Hot Spring. Lajak ke Tapah lawat Apak & mak (mak adik ipar). Dalam jam 2.30 pm bergerak balik melintasi kuala Selangor. Jumpa Rohaizat (Boy PMKP) di Masjid Kuala Selangor

Beli ikan sikit untuk keperluan mingguan dan terus bergerak pulang melalui Ijok. Sebelum tu singgah makan malam dan solat Jamak & Qasar Maghrib-Isyak. Lepas tu terus pulang ke Bangi. Lengkap perjalanan, 2 minggu sebelum ni ke utara, minggu ni ke selatan & timur.

Hari ini nak mula belajar balik... Mana nak dahulukan???

No comments:

Post a Comment