'Value co-creation' @ vcc merupakan pendekatan yang penting dalam teori pemasaran. Pengguna hari ini amat berbeza jika dibandingkan dari aspek pengetahuan, kreativiti, keaktifan dan personaliti malahan beberapa aspek lain lagi. Perubahan ini ketara antara lain disebabkan penyebaran teknologi maklumat, faktor pemakanan dan persekitaran. Malahan penggunaan ICT dalam media pembelajaran turut juga mempengaruhi proses pembelajaran. Jika dari aspek pemasaran, pengguna melaksanakan proses vcc dengan pengeluar tetapi dalam konteks pembelajaran, pelajar diangggap sebagai pengguna manakala tenaga pengajar merupakan sebagai pengeluar bersama-sama dengan pembuat dasar.
VCC telah memperlihatkan satu paradigma baru dalam proses menginovasikan sesuatu produk-service. Proses co-creation melibatkan 3 kumpulan iaitu pelajar, guru dan pembuat dasar. Pelbagai pendapat diutarakan sebagai komponen penting dalam VCC di antaranya:
1. Open-dialog, personalization, sharing knowledge & co-production (Allen)
2. Listen--> Engage--> Respond (GuaravBhalla)
3. DART Model ( Dialog. Access, Risk, Transparent) (Prahalad et.al)
4. Interaction & personalization (Irene Ng)
Elemen2 value penting untuk menguja kepada pengguna yang menggunakaan produk-service. Value co-creation merupakan proses untuk kenalpasti elemen value setiap stakeholder melalui Laddering Technique seterusnya menguja kepada penghasilan value-in-use terhadap produk-service.
No comments:
Post a Comment