Search This Blog

Friday 3 June 2011

Reunion SKSB 78'-83, 29 Mei 2011

Tarikh ini merupakan tarikh keramat. Aku bersama-sama rakan-rakan sekolah rendah bertemu. Pertemuan kembali ini selepas 28 tahun. lebih 505 yang hadir... Fatilah yang tinggal di UK buat surprise sanggup balik untuk menemui kami. Punya le aku susah-susah siapkan notebook, mobile broadband,  dan beberapa fasiliti lain untuk skpe dgnnya. Tup,tup muncul depan mata. Macam tak caya aje...

Harsa Amylia merupakan best student pada masa tu datang dari Penang. Sahila seorang guru English di Lumut Perak, Fatimah kerja dengan Shell, Norita tinggal di Semenyih, Siti Aminah guru di Kelang, Azura di Sri Petaling, Noriah berkhidmat di JVC, Izzatul busines, Siapa lagi hah...aaah Rorizah di Seri Timah..
Lelaki pulak Rais & Rosman bersama aku menjadi organizer, Raja Rozaidi kerja dengan FELDA, Idrose gaya macam businesmen, Razimy tak sempat berbual, Kosmera tak habis-habis puji aku gaya YB, Zaperi bantu aku buat rakaman, Asri kerja dengan MOFAZ, Azam dah kahwin kali ke dua...hahah... ni memang aku ingat..Mustaq di AirAsia dan Fatullah tinggal di Bdr Baru Salak...


Hah! puas rasanya dapat jumpa mereka tapi tak dapat nak bual panjang kerana tempoh masa selama 3 jam sahaja..tak sempat... lain kali kita chat lagi..

No comments:

Post a Comment