Search This Blog

Wednesday, 16 May 2012

Notis Penyerahan Tesis

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas beberapa bulan untuk memperbetulkan abstrak, maka notis penyerahan tesis dapat dihantar semalam. Sebelum itu ada pertemuan SSME group. Semasa itu akau membentangkan dapatan RQ1 & RQ2... RQ1 no komen tapi RQ 2 banyak yang harus diperbetulkan. RQ1 tak komen bukanlah bermaksud betul, tapi sebahagian besar audiens tak faham & SV belum habis lagi semak. Tat kala ini aku bersyukur banyak kerana gerak kerja aku sentiasa dipantau oleh SV2. SV1 dah sibuk dengan tugas di perhubungan antarabangsa.
Di antara komen dalam RQ 2 @ Bab 5 ialah penulisan & lukisan model yang ditonjolkan. Apa bersyukur banyak atas bantuan yang diberikan hampir ahli group yg hadir. SV siap belanja makan nasi lemak lagi. Terima kasih semua.
Lepas ni perlu berusaha untuk siapkan Bab 6 @ RQ3... Notis penyerahan tesis itu penting untuk mencari pemeriksa... Harap-harap pemeriksa dalam & luar yang dipertemukan memudahkan urusan aku selepas ini...satu lagi mudah-mudahan boleh sambung cuti lagi..

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunilah aku dan ibubapaku, kaum kerabatku, penyelia-penyeliaku.. mudah-mudahan kami semua beroleh rahmat, hidayah, dan keredhaanMu di atas semua usaha yang dilakukan. Kurniakan kami kesihatan, semoga aku dapat menyempurnakan amanah ini sebaik yang mungkin... Ameen"

No comments:

Post a Comment