Search This Blog

Sunday, 17 April 2011

Writing Workshop

Bengkel ini telah dijalankan pada 12-13 Apr yang lalu di BM1, FTSM. Terlebih dahulu ingin saya panjat kesykuran kehadrat ILLAHI kerana kekuasaannya dan hidayah daripadanya bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya. Tidak ketinggalan kelapangan masa yang diberikan olehNYA kepada koordinator program iaitu PM Dr Yazrina Yahya & Dr Muriati Mukhtar dalam membimbing kami sepanjang tempoh ini. Didoakan semoga Allah Azza Wajjala  dapat memberi kesejahteraan dan kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Ameen.


Penulisan akademik merupakan proses yang perlu diteruskan. Atas kesedaran itu, koodinator program merangkap supervisor sentiasa mengambil berat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan semua anak seliaannya berjaya. Di peringkat ini, beberapa strategi telah digarapkan sebagai tugasan. Bagi pihak diriku... berikut saranan yang diberikan

1. Persediaan untuk bengkel 'Ladddering Technique'
2. Mula menulis jurnal
3. Bina prototype
4. Penulisan Bab secara sedikit demi sedikit
5. Lihat semula gantt chart
6. Semak semula objektif

Bagi diriku usaha perlu dilipat gandakan..super duper triple...Komitmen supervisor cukup jelas.


"Ya Allah semoga engkau sentiasa memberikan ku semangat yang kental dalam menempuh pentas dan rentas pembelajaran ini. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat aku jadikan landasan dalam usahaku mencari TAFAQQUH FIDDIN "

*Gambar atas-kiri : Antara peserta kursus
*Gambar tengah-kiri: Bersama supervisor

Monday, 21 March 2011

Bina Prototaip

Tempoh cuti makin singkat. Kini baru nak mula buat prototaip. Itu pun setelah dipaksa oleh Baiey & Fidah. Ahh... merekalah rakan seperjuangan yang sama-sama jatuh dan bangun. Walupun kami berbeza bidang, namun mereka berdua ini sering menyemarakkan semangat untuk terus menempuh dugaan.

Aku bukannya tak nak buat program. Tapi skil pengaturcaraan kini berbeza. Bukan lagi berstruktur ataupun menu driven tapi lebih pada web based. Ini yang aku tak berapa mahir. Apatah lagi aku kena study beberapa bahasa web yang masih baru spt Drupal, Mahara, Elgg, Ruby on Rail.... ahhhh mana satu nak kuasai pun tak pasti. Kini akau kena teruskan dengan apa jua halangan.

Aku patut bersyukur banyak kerana Allah SWT sentiasa memudahkan urusan dengan supervisor, kesihatan diri, keluarga & kaum kerabat, kurang masalah anak2 dan kewangan ynag terurus. Sikit-sikit masalah tu ada le sebagai lumrah hdup manusia. Alhamdulillah... semoga kemudahan urusan dalam belajar ini turut dipanjangkan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Kembali ke tugasan aku ni, aku kena siapkan prototaip dalam masa 30 hari dari sekarang.

Friday, 4 March 2011

How to understand 'Value co-creation'

This blog will tell different view for 'Co-creation' & 'Value co-creation'
http://peachpic.blogspot.com/2011/02/co-creation-and-value-co-creation.html

Another view of 'co-creation'
http://www.josebaldaia.com/intuinovare/?p=3417&lang=en

So many issues in 'Value co-creation'
1. usability vs value-in-use
2. customization vs co-creation
3. value-in-use & value co-creation ==> different? same? equivalent?

Wednesday, 6 October 2010

Dah Tak Bergerak

Perjalanan PhD ni mula menemui jalan sukar...

1. Pernyataan masalah tak cukup 'strong'. Masih lagi tak 'align' dengan latarbelakang masalah
2. Untuk kuatkan pernyataan masalah, bab 2 kena 'strong'.. apa yang kurang pada Bab 2? Kerangka elearning sedia ada amsih lagi tidak dianalisis dengan betul dan ditulis.
3. Pemilihan respondan yang kurang tepat
4. Soalan temu bual untuk polisi maker masih belum siap.
5. Kesemua soalan perlu ditukar ke BI supaya dapat sahkan validiti & reliability

Semua tengah 'hang' apa nak buat? Masa berjalan begitu pantas tapi.. banyak yang belum siap.

Thursday, 16 September 2010

Hari Raya dan Tesis

Alhamdulillah, raya tahun ini agak bermakna..

1. Sambutan yang agak meriah di Kota Tinggi
2. Menjadi jurucakap - majlis merisik untuk adik ipar
3. Pak Uteh dari Pasir gudang sudi singgah makan tengahari di rumah Bangi
4. Dapat melayan Kak Long dn Abg Zul dari Pasir Gudang bermalam dan makan di Restoran Saba, Cyberjaya.
5. Di jangka adik di Batu Pahat, akan tiba Sabtu ini.

Hari ini sempena Hari malaysia aku kuatkan semangat untuk meneruskan penulisan tesis.Tak tahulah apa nasib aku ni. Faridah dr UMS  call dia dalam proses nak collect data, Manisah dah mula buat prototaip, Muniza pun gitu juga, Baiey dalam proses validataion soal selidik, Fidah sudah menyiapkan protokol temu bual... Aku ... tak tahulah bila? Kadang-kala  tak athu nak tulis apa. Semangat ada, idea yang tiada....

Oklah at least hari ni dah mula sikit-sikit.. warming up..

Salam Aidul Fitri...  

Monday, 13 September 2010

Salam Aidul Fitri

Assalamualaikum,

Salam Aidul fitri pada semua kaum keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Tidak ketinggalan PM Dr Yazrina Yahya, Dr Muriati Mukhtar dan PM Dr Shanudin serta SSME Group. Diharapkan suasana hari raya pada tahun ini disambut meriah disamping keluarga. Seperti biasa bagi aku sekeluarga akan merayakan hari keluarga di Johor. Perjalanan seperti biasa iaitu pulang beberapa hari sebelum hari raya. Lazimnya singgah di BP semalam, lepas tu ke KT. Sambutan hari raya di Felda Semenchu memang meriah dengan kepulangan anak, cucu, menantu dan saling ziarah sebaik sahaja selepas solat aidul fitri hingga ke asar. Hampir semua rumah dalam Blok 3 aku lawati dengan ucapan selawat, doa untuk tuan rumah dan jamu selera. Biasanya jamah-jamah aje. Banyak rumah nak kena lawat. Beberapa rumah dah ada trade mark seperti makan berasak + ikan parang asam pedas (Rumah Pak Tahir), Fast Food (Rumah Budin), tahun ni Steamboat (Rumah Pak Deris), rumah aku macam biasa soto + sate (menu klasik). Kena umah hujung-hujung lazimnya cocktail dan buah-buahan aje le. Makan tak berapa penting tetapi suasana ziarah rumah ke rumah dengan lingkungan 20-30 org tu yang menjadikan suasana ini meriah. Cukup-cukup berbeza dengan suasana bandar.

Hari raya ke 2 aku dah bergerak ke rumah adik ipar di sekitar Mount Austin. Adik ni memang padai masak. Kena taste aku... Lazimnya lepas makan rumah dia mesti kena tidur jap... Makan banyak... Belah petang ke rumah Pak Utih di Kampung Pasir, Pasir Gudang. Mak uteh ni pun pandai masak... anak-anak siap suruh bekalkan pulak untuk makan malam. Lepas tu ke rumah Kak Long. Kak Long ni minat kemas. Baik aku gi umha dia atau dia datang umah aku, yang masak tetap isteri aku. Lazimnya memang begitulah perjalanan apabila balik ke Johor. Di rumah Kak Long (Bdr Seri Alam) kami tidur dan bergerak ke KL keesokan harinya.

Namun pada kali ini mak mertua ikut sama kerana ada pertemuan keluarga di  Jasin. Aku ke Tangkak rumah Pok Long Seman semntara tunggu adik-adik lain dari PG dan BP untuk bergerak sekali ke Chohong, Jasin. Di Jasin aku jumpa Fara (anak Mak Usu) dia baru sempurnakan PhDnya di Iowa, USA. Kerdilnya aku rasa. Dia tu kira pangkat sepupu sebelah isteri. Segan jugak aku ni masih lagi terkial-kial. Lebih kurang jam 2 aku pun beredar dari Jasin terus ke Bdr Melaka menghala ke Pantai Puteri. Di sana ada jiran rapat yang dah buat rumah untuk pencen. Best jugak rumahnya. Rehat sekejap. Dalam 5.30 aku pun bergerak ke KL sambil mencari jalan yang jemnya paling minimum. Sampai sekitar Nilai jam 7.30 lebih. Oleh kerana nak jamak ta'khir aku ke Nilai 3 jap nak beli tikar kerana hari Selasa ni, Pak Uteh dan Kak Long di jangka singgah umah di Bangi. Solat di Petronas Seri Putra. Anak-anak nak makan meggi pulak kedai mamak sebelum tidur. Layan le kejap di kedai Mamak Hasanah Maju, di BDR Seri Putra. Perjalanan di teruskan ke TSM, Bangi. tiba dalma jam 10.30 pm
 
Di kesempatan ini aku nakmucapkan selamat hari raya sekali lagi pada semua dan maaf zahir batin. Perjalanan PhD akan bermula semula. Ini dah sem 4..

Target
1. Siapkan perbandingan kerangka e-pembelajaran segera (Baiey: masalah ni tak selesai2 sejak tahuan lalu)
2. Siapkan penulisan Bab 1, 2 & 3 segera
3.Kejar 1 lagi pembentangan... kena siap sebelum bulan 10
4. Jangan lupa periksa PTK... 25 okt 2010, 11-1pm, di IPIK

Teruskan perjuangan sehingga tamat, hoi kawan-kawan tolong le sama-sama doa

Wednesday, 25 August 2010

Apakah erti nilai?

Setiap orang menggunakan perkataan nilai (value). Nilai moral, nilai tambah, nilai positif, nilai wang, nilai pesonal, cipta nilai dan pelbagai lagi. Oleh itu nilai merupakan satu konstruk yang boleh didefinisikan dengan pelbagai pengertian. Ia bersifat pragmatik iaitu berubah mengikut situasi, masa, bidang pengajian dan pelbagai lagi.


Dalam aspek psikologi Watson (1966) dan Rokeach (1973) menyatakan nilai ini menjadi kompas atau penentu kepada sikap seseorang itu (Levy 2006). Ramai pengkaji seperti Rafaeli & Raban (2003), Reynolds & Jolly (1980) telah mengenalpasti bahawa nilai merupakan konstruk kognitif yang memberi kesan kepada perlakuan manusia(Levy 2006).

Oleh yang demikian, takrifan secara umumnya nilai boleh dinyatakan sebagai budaya yang mempertimbangkan keutamaan/kepentingan/keyakinan/pangkat/harga/kuasa/ketahanan seseorang terhadap sesuatu sehingga mengubah tingkahlaku. Jelasnya, perubahan tingkahlaku seseorang itu dalam sesuatu ketika tertentu mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh persepsi terhadap nilai (Robbins et al. 2004).


Selain itu kajian Beatty, Kahle, Homer, & Misra (1985) telah membuktikan terdapat hubungan di antara nilai, sikap dan tingkahlaku seperti di bawah(Levy 2006):

Nilai (Value) ==> Sikap (Attitude) ==> Tingkahlaku (Behavior)

Berasaskan hubungan tersebut, jelas bahawa konstruk nilai memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi sikap dan tingkahlaku seseorang.

Nilai juga sering dikaitkan dengan aktiviti perniagaan iaitu nisbah kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk berbanding dengan kos (harga) yang dikeluarkan(Sweeney 2002; Sandström et al. 2008). Dengan kata lain semakin berkualiti sesuatu perkhidmatan atau produk maka semakin tinggi harga yang dikenakan. Selain daripada itu nilai ini adalah nisbah keuntungan (benefits) yang diterima berbanding dengan tanggungan (burden) yang dipikul oleh pengguna(Ulaga 2001). Kedua-dua definisi di atas memperlihat konteks nilai dalam pertukaran nilai wang dan sesuatu yang patut diterima oleh pengguna daripada satu pihak lain yang telah menyediakan perkhidmatan atau mengeluarkan produk. Ini merupakan pandangan tradisonal terhadap nilai yang menggunakan pendekatan Goods-Dominant Logic (GD-L) di mana nilai itu ditukar dengan wang setelah sesuatu produk dihasilkan. Hanya satu pihak yang terlibat sepenuhnya dalam mencipta nilai terhadap sesuatu produk - lazimnya melibatkan pertukaran produk dan wang(Vargo et al. 2008). Mana kala pihak pengguna hanya perlu menerima saranan nilai (value proposition) yang disediakan oleh pengeluar.


Pada ketika ini, satu perspektif baru terhadap konsep nilai telah diperkenalkan dengan mengambil pendekatan bahawa sesuatu perkhidmatan atau produk itu akan dianggap bernilai sehingga ia digunakan oleh pengguna(Vargo S. L. & Lusch R.L. 2004). Kondisi ini dikenali dengan nilai semasa-guna (value-in-use); dengan erti kata lain sesuatu perkhidmatan atau produk tidak mempunyai sebarang nilai selagi mana ia tidak digunakan walaupun kualitinya baik dan harganya mahal. Oleh itu pengguna yang bertanggungjawab menentukan dan mencipta-sama (co-creation) nilai terhadap sesuatu perkhidmatan(Sandström et al. 2008). Pendekatan alternatif ini dikenali sebagi Service-Dominant Logic (SD-L) di mana kedua-dua pihak; pengeluar dan pengguna sama-sama berinteraksi dan cipta-sama produk atau perkhidmatan yang bakal disediakan melalui integrasi sumber dan keupayaan menggunakannya(Vargo et al. 2008). Sehubungan dengan itu pengalaman pengguna merupakan tunjang dalam menentukan nilai(Prahalad & Ramaswamy 2004) terhadap sesuatu perkhidmatan.

So how these information relate to my work???