Hari ini pertemuan yang agak bersejarah. Proposal yang dihantar tempohari diteliti orang no 2 OUM. Pada hemat aku pihak berkenaan berminat dengan kajian ini. Pertemuan itu lebih menjurus kepada untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat kajian di OUM. Namun aku boleh kata pertemuan itu dibahagi kepada 2 bahagian:
1. Pertemuan rakan lama..ada cerita disebaliknya... ini tak perlulah dikongsi... biar ia menjadi sejarah dan nostalgia hidup.
2. Pertemuan rasmi antara researcher dan pihak pengurusan.
Pertemuan itu berlangsung hampir 3 jam. Prof luangkan masa untuk discuss proposal aku ni. Apa yang sering kerap keluar dari penelitiannya:
1. Masih belum solid
2. Tak nampak gap
3. Mari lihat apa yang kami dah buat.
Nampaknya aku kena akur, masih jauh lagi perjalanan PhD ni. Terdapat beberapa isu yang masih kritikal belum terjawab. Antaranya in term of service, apa yang OUM dah buat
1. Bermula dengan printed module, kini digital module with interactive, colorful and recorded
2. Bermula F2F ~ (25 org/kelas), kini fully online with recorded video lecture.
3. LMS: sebelum ni tutor F2F control studentnya dalam LMS, kini ada tutor khas untuk online yang engage dengan ramai student > 50 orang. oleh itu conversation dalam online forum via LMS more interesting.
Ini merupakan antara perubahan dalam service yang telah dibuat sepanjang operasi selama 10 tahun.
So apa lagi yang kurang? Di mana signifikannya kajian ini. ... Apa contribution kajian ini....Ah banyak lagi yang kena teroka...Ilmu ni terlalu mahal.. LASTLY PROPOSAL AMEND!!!
DON'T GIVE UP....WORKHARD... NO DISAPPOINTED IN ISLAMIC DICTIONARY
Perjalanan PhD ini tidak sama bagi setiap orang. Sesiapa yang pernah lalui ia akan menikmati. Apa yang penting sekarang usaha lebih gigih. Tapi ingat masa berjalan dengan pantas, tempoh semakin pendek. Apakah tamat dalam tempoh @ tak tamat terus. Walaubagaimanapun masa masih ada. Gunakan basi masa yang tinggal ini sebaik mungkin. Peluang ini pasti tidak akan berulang lagi.
Keputusan ditangan aku sendiri. Ingat, ingat, ingat..... berusaha sedaya mampu.. itulah jihad.. selebihnya bertawakkal.
Search This Blog
Friday, 20 August 2010
Naib Presiden Kanan, OUM: Prof Dr Mansor Fadhil
Wednesday, 18 August 2010
Prof Irene Ng, University of Exeter
Prof. Dr Irene Ng, merupakan pensyarah terlibat dalam penyelidikan berkaiatan dengan service. Lihat blognya: http://value-basedservicesystem.blogspot.com/
Banyak yang dikongsi pada hari tersebut iaitu minggu lalu. Beliau mempunyai beberapa orang student PhD yang hampir nak graduate. Antara perkara yang dikongsi:
1. Outcome-based Contract
2. How you identify good services?
Banyak lagi cuma tak dapat nak cerita semuanya dalam blog ni.

Tuesday, 10 August 2010
Langkah 1- Ujian Rintis
Alhamdulillah setelah bertungkus lumus, maka ini langkah yang pertama perlu dilepasi(kajian rintis). Kajian aku ni tak jugak senang. Aku kena kenal pasti 'value' kepada setiap pengguna sistem e-learning (LMS). 'Value' ini penting bagi menjadikan mereka 'sustainable' dalam sistem tersebut. Mengapa sistem itu perlu dipertahankan sedangkan keupayaan web masa kini, ilmu itu boleh berlegar tanpa melalui LMS? Ye, tapi investment yang telah dibuat oleh pihak institusi perlu diambil kira. Proses pembelajaran perlu dilakukan dalam proses yang tersusun dan teratur serta mendapat tunjuk ajar dari komuniti yang berautoriti.
Kini LMS tidak lagi digunakan dimanfaatkan sepenuhnya. Hanya untuk tengok annoucement, assignment dan forum sesekali sekala sahaja. Ini berdasarkan kajian lalu, temu bual dan pengalaman. Sebagai seorang pelajar, LMS ini perlu sentiasa 'associate' dengannya, sebagaimana apabila searching kita immediate ke Google, email ke Gmail,Yahoomail, Hotmail. Oleh itu perlu ada inovasi dalam sistem LMS? Apa dia? Sedang dalam pencarian?
So langkah 1 ialah membuat kajian rintis, agar soalan temu bual itu dapat dilihat validity & reliability. Pembentukkan soalan berasaskan Means-End Theory (MEC). Proses temu bual menggunakan Laddering Technique. Kenapa teori ini dipilih? Sehingga kini, ini sahaja teori dan teknik yang digunakan untuk mengenal pasti 'value'. Walaubagaimanapun pencarian akhirnya adalah 'value-in-use' atau nilai-semasa guna.
1. Mengapa nilai-semasa guna penting ? --> kerana ia menjadikan seseorang itu menikmati sesuatu servis/produk semaksimum mungkin (puas, lega, suka). Sesuatu produk/servis akan bernilai setelah ia digunakan that why namanya"value-in-use"
2. Mengapa nilai-semasa guna itu perlu dikenalpasti dahulu? --> Agar tidak timbul pembaziran(produk)/tidak puas hati (servis) setelah kali pertama digunakan.
3. So bagaimana nak jadikan sesuatu servis/produk itu ada nilai-semasa guna? --> kenalpasti nilai pada consumer.
4. Nilai ini tidak boleh dinyata? Bagaimana? --> Perlukan multiple approach untuk collect data.
5. Kecikkan skop? Kajian fokus pada e-learning --> LMS --> kumpulan pelajar tahun akhir (lead user & experience)--> lahir selepas 1980 (gen X,Y,Z)
6. Mengapa tak lihat need & want? --> keduanya merujuk kepada functionality, sedangkan 'value' mencari sesuatu yang bersifat emotionality. EQ>IQ
Pertemuan dengan Fidah dan Baeiy dijalankan minggu lalu di Coffee Village berhampiran Pinggiran Putra. Masing-masing dalam proses untuk siapkan protokol kajian. Supervisor dan Dr Muriati tak putus-putus beri semangat. Yang penting sekarang ni usaha yang berterusan.
Sekian

Monday, 19 July 2010
TEMUBUAL
Rasa lama dah tak menulis dalam blog ni. Tak macam masa mula-mula belajar dulu. Kadang kala belajar ni ada masa-masanya bosan juga. Namun bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang. Peluang belajar dengan dibiayai bukannya boleh diperolehi semua orang. Sementara peluang itu ada pada kita...manfaatkan sebaiknya nikmat ini. Esok kita tidak menyesal kerana telah mencuba. Walau bagaimanapun sentiasa kena berusaha dan ikhlas untuk menuntut ilmu., Insyallah Allah akan buka laluan. "Selagi kau ikhlas Zul untuk belajar, insyaallah boleh berjaya jangan lupa usaha dan berdoa"- masih segar dalam ingatan pesan PM Dr Khatim (rakan sejak di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.
Sepanjang menyepi terdapat kerja yang dilakukan. Temubual dengan beberapa respondan. Sekarang ni tengah rehat le kejap. Setelah record temubual nak kena transcribe le pulak. Naik bengkak le telinga. Pesan Dr Maryati Yusop" Want you dah record, terus buat transcribe... penat tu tak payah cakap le tapi nanti lupa. Terus transcribe... memang penat" . Semangat betul beliau menasihatiku sewaktu jumpa di UNIKEB.
Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah pun agak kurang lagi sem ni. Masing -masing tengah buat proses masing-masing. Baeiy tengah buat modul perkahwinan, Fidah pula perbetulkan bab-bab penulisannya.SSME meeting group pun asyik tunda. masih belum jumpa masa yang sesuai. Minggu lepas demam. Rehat le beberapa hari.
Kita doa sikit:
"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim... sesungguhnya apa jua yang ada dilangit dan dibumi malahan diantara keduanya milik mu belaka, salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Rasul SAW. Ya Allah sesungguhnya tiadalah daya dan upaya ku melainkan atas kudrat dan iradat yang dikurniakan olehmu pada ku. Andaikata pembelajaran ku ni memberi keuntungan kepada agamamu dan ummah bantulah aku. Andaikata ia terpesong, perbetulkan lah aku. Permudahkan pembelajaran ku ini agar tamat pengajianku ini mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kejayaan. Semoga kejayaan itu aku sebar-sebarkan ilmunya pada hamba mu yang lain. Jadikan diriku ini sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu. Ya Allah tetapkan hatiku dan janganlah dibolakbalikkan setelah aku berada dijalan mu. Berikan kejayaan untuk rakan taulan yang sama-sama dalam jihad ilmu ini. Doakan keselamatan untuk seluruh insan yang sentiasa mendampingiku keluargaku, keluarga penyeliaku, keluarga rakan taulan ku dan seluruh muslimin dan muslimat.. Amin ya Rabbal 'Ngalamin"

Thursday, 24 June 2010
Pembentangan Proceeding: ITSIM10 - 15,16 & 17 Jun
Ini merupakan pengalaman pertama bentang paper di peringkat international. Terima kasih pada supervisor dan rakan SSME serta semua pensyarah yang menyokong dalam menjadikan pembentangan ini berhasil. Bukan le pandai sangat tetapi tak sangka juga sebenarnya kita boleh buat kalau sungguh-sungguh. Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah dah lama tak jumpa. Kita kena kerja lebih keras lagi. Group SSME pun bulan ni baru sekali jumpa.Pembentangan Propasal : Kak Su (IPRM)
Semalam Kak Su bentang proposal. Ramai dikalangan kita yang hadir untuk support. Dari kiri (Norabeerah IBMM, Muniza-IPBA, Balkeese -BPG, datng dari Colorado, US, Kak Wan-IPRM). Alhamdulilah lulus. Kita semua ni kena kerja keras. Hoi, kekawan semua, kita ni dah diambang Sem 4. Buat kerja betul-betul. masing-masing tahu apa nak buat.
Sunday, 13 June 2010
Pembedahan Jantung & ITSIM10
Sudah lama tidak menulis dalam belog ini rasanya. Nak kata sibuk sangat lepas pertemuan dengan Baiey dan Fidah tempohari, tak juga. Namun akhir-akhir ni sibuk ulang alik ke HUKM, hampir setiap petang. Ayahanda telah dimasukkan ke hospital sejak 3 Jun yang lalu kerana sakit jantung. Penyakit ini telah dapat dikesan sejak beberapa bulan yang lalu dan dijangka akan melakukan pembedahan pada 10 Jun. Beliau sepatutnya perlu berada diwad untuk persediaan pada 7 Jun. Tetapi oleh kerana agak kerap serangan itu, maka ia dimasukan lebih awal.
Pasukan pembedahan telah menangguhkan pembedahan itu sehingga 14 Jun ini. Ia berikutan beberapa penelitian akhir yang perlu dipastikan. Insyaallah, pembedahan akan dijalankan pada hari tersebut selepas jam 7 pagi. Dr telah menemui keluarga dan memaklumkan prosedur pembedahan pada pagi ini. Semoga perjalanan pembedahan berjalan dengan baik. Mohon sama-sama mendoakan yang terbaik.
Walaubagaimanapun urusan research aku tetap berjalan. Walaupun akhir-akhir ini pertemuan dengan Fidah dan Baiey tidak dibuat namun aku teruskan dengan kumpulan SSME. Kumpulan SSME kini akan berdepan dengan satu pembentangan di ITSIM10, KLCC pada 15-17 Jun. Ini merupakan pembentangan paperku yang pertama. Gerun juga kerana ini merupakan pengalaman pertama dan perlu dibentang dalam bahasa Inggeris. Mudah-mudaha OK. Semoga aku mendapat input yang berguna supaya dapat meneruskna kajian ini.
Kadang-kala aku naik pening juga. Orang lain buat kajian daripada tiada benda untuk wujudkan sesuatu produk. Sedangkan kajian aku bermula dengan produk yang sedia ada dan mengkaji kenapa ia idak digunakan sepenuhnya. So pendek kata kena buat innovasi. Mudah-mudahan aku bertemu dengan innovasi yang ingin aku lakukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)