Lama sudah taidak menulis dalam blog ni. Banyak perkara yang telah berlaku. Bulan lepas sambil hantar tesis ke supervisor, kereta kena hempap bumbung di UKM. Aku harungi dengan dada terbuka "Dugaan dalam pengajian". Tak kurang RM 3000.00 untuk uruskan. Tidak lama kemudian rumah terbengkalai di BB Salak Tinggi nak diteruskan. Puas aku berfikir, istikharah dan bermuzakarah akhirnya kene harungi juga. Kosnya mencecah lebih RM200K. Urusan anak-anak sekolah lagi. Cuti ni anak-anak masih belum dapat berjalan seperti orang lain. Aku sibuk menyiapkan tesis. Sebolehnya aku nak habiskan sebelum Jan 2013.
Fasa 2 kini proses penambahbaikan penulisan isu yang penting
1. Jalan cerita (stroryline)
2. Justify
3. Bridging antara paragraf, subtopik dan bab
4. Dokumen sokongan
Semuanya ini mengambil masa untuk fokus
Bab 1 : OK
Bab 2 : isu dan lituratur
i. Kecenderungan Penggunaan
ii. Kesedaran tentang nilai
iii. Model pembangunan
Bab 3 : Kerangka teori - OK
Bab 4 : Restucture semula
i. Rekabentuk kajian : gabungan
ii. Rajah rekabentuk kajian
iii. Kualitatif : pemiliihan responden & instrumentasi
iv. Kuantitatif : pemilihan responden & instrumentasi
Bab 5 : OK
Bab 6 :
i. Dapatkan kajian sokongan
ii. Tumpukan perbincangan kepada operant & operand resources
iii. Bincang model dari dalam ke luar
Bab 7 :
i. Ada bahan dalam Bab 6 kalih ke Bab 7
ii. Struktur semula Bab 7
iii. Tambah dapatan kuantitatif
Bab 8: Dah tulis tetapi belum tahu
Strategi
1. Pecah penulisan ini kepada fail-fail kecil
2. Tambah apa yang patut tambah... jgn repair... nanti tak dpt ukur KPI
3. Jaga kesihatan dan fokus
4. Bercuti sekejap (Take a break)
5. Berdoa
Search This Blog
Sunday, 9 December 2012
Tuesday, 6 November 2012
Hari Lahir,Tesis & Lapor Diri
Alhamdulillah, pada hari ini genap umurku yang ke 41 tahun. 'Rumah dah kata pergi... Kubur pun dah kata mari lah pada ku..Sesungguhnya aku untuk mu.." Basi usia yang tinggalkan ini Insyallah aku kan manfaatkan sebaik mungkin untuk mencari taqwa, iman dan mencintai Rasulullah semahunya. Aku berasa syukur kerana dalam usia ini aku masih lagi bergelar pelajar. Semoga aku akan jadi terus seorang pelajar. Pesan Rasulullah SAW
Dari Abu Ad-Darda` -radhiallahu anhu- dia berkata: Aku mendengar Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam- bersabda:
مَنْ سَلَكَ سَبِيْلاً يَبْتَغِي بِهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ. وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتِهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَا يَصْنَعُ. وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ كُلًّ شَيْءٍ حَتَّى الْحَيْتَانُ فِي الْمَاءِ. وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ. وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَاراً وَلاَ دِرْهَماً, إِنَّمَا وَرَّثُْوا الْعِلْمَ, فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan guna mencari ilmu niscaya Allah akan memudahkan jalannya untuk masuk ke dalam surga. Sesungguhnya para malaikat betul-betul meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu karena mereka ridha dengan apa yang dia tuntut. Sesungguhnya seorang alim (orang yang berilmu) itu dimintaampunkan oleh segala sesuatu sampai ikan-ikan di lautan. Kelebihan seorang alim di atas abid (ahli ibadah) adalah bagaikan kelebihan yang dimiliki oleh bulan di atas bintang-bintang lainnya. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak pula perak akan tetapi mereka hanya mewariskan ilmu, karenanya barangsiapa yang mengambilnya (ilmu) maka sungguh dia telah mengambil bagian yang sangat besar.”
(HR. Abu Daud no. 3642 dan At-Tirmizi no. 2682 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6297)
Tatkala itu juga aku harus berusaha bersungguh-sungguh untuk aku sempurnakan amanah pengajian aku ini, cuti ku akan tamat dalam tempoh 42 hari lagi. Aku berasa panik bila Yati dah submit, Kak Wan IPRM akan submit dalam minggu ini sedangkan aku
i. Bab penulisan masih belum mantap
ii. Bab 4 kena repair sebab ada tambahan berkaitan dengan data kuantitatif
iii. Bab 5 sehingga kini belum ada ulasan dari kedua-dua supervisor
iv. Bab 6 Dr MM kata dia perlu tunggu Dr Yaz pulang ke tanah air untuk bincang supaya memudahkan saya memperbaiki. Jika tidak terdapat aliran idea yang berbeza mungkin menyusahkan saya memenuhi kehendak bersama
v. Bab 7 prototaip dalam proses pemantapan. Tambah 1 lagi pengujian iaitu kuantitatif. Soal selidik telah dibina, kesahan juga bakal diperolehi dalam tempoh terdekat. Tinggal lagi pegedarkan kepada responden. Insyaallah dalam tempoh terdekat akan diusahakan. Kini dalam proses meletakkan soal selidik dalam Google Drive.
vi. Bab 8 penulisan bergantung kepada bab-bab sebelumnya
vii Hal-hal formating, senarai rajah dan jadual
Akhir-akhir ini timbul pula isu berkaitan dengan penempatan dan perjawatan. Sehubungan dengan itu aku sempat berbincang dengan Dr MM. Kebetulan Dr Yaz tiada di tanah air. Melihat kepada situasi ini, menurut pandangan Dr MM, bahawa kerja aku sudah hampir sampai ke penghujung. Aku dibenarkan melapor diri bagi mengelakkan aku ditempatkan luar dari Kuala Lumpur. Semoga dengan restu ini akan menampatkan pengajian aku pada tahun 2012 sebagimana yang disasarkan. Insyaallah akan lapor diri pada 9 Nov 2012.
"Ya Hayyu...Ya Qayyum.. Ya Zaljal liwal ikram... Ya Allah bantulah aku dan jangan kau biarkan tentukan hidupku tanpa bantuan daripadaMu walaupun hanya sekelip mata... Hasbunallah hu wanik mal wakil wala hawla wala qua taillah bil hil 'ngali yil 'ngazim'"

Friday, 28 September 2012
Prototaip...
Dengan siyam, qiyam & diam...aku panjatkan doa agar ada satu bantuan untuk aku sempurnakan prototaip. Sehingga kini masih tiada yang memenuhi sasaran. Apa yang patut buat? Nak buat sendiri tak upaya. nak digajikan tak mampu, setakat saguhati boleh la...rasanya pelbagai usaha dah dibuat..mungkin masih belum mencapai ke tahap yang maksimum.
Tapi kini masa berjalan. Tempoh pengajian hampir tamat. Apa yang dirancang tak menjadi. Kaki & badan dah mula mengeletar... kerana amanah masih belum dapat disempurnakan. Apa lagi yang patut aku buat?
"Hasbunallah huwanik mal wakil...la hawlawala qua taaila billah hil ngaliy yil ngazim"

Wednesday, 19 September 2012
Peluang Terakhir...
Semalam 18/9/2012... merupakan tarikh yang sepatutnya aku kembali bertugas setelah bercuti selama 45 bulan. Tapi Maha Suci Allah yang Maha Pemberi dan Maha Megetahui...awal bulan Sept ini, aku telah menerima satu lagi surat dari penaja. Surat itu melanjutkan cuti selama 3 bulan lagi. So, Insyallah akan kembali bertugas pada bulan 12 nanti. Aku berharap kesempatan ini dapat membuatkan aku
1. Perkemaskan penulisan Bab 1-8: kini tengah perbetulkan Bab 1 & Bab 2... harap minggu ni dah boleh print utk semakan kali ke 2
2. Menyiapkan prototaip..jangka 2 minggu lagi...
3. Mengedarkan borang soal selidik untuk uji prototaip
4. Memperbaiki Bab 7 & 8.
5. Hantar notis utk viva.
Ada 5 tugasan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 bln bermula HARI INI...harap dapt dilaksanakan. Manisah, Rafidah, Kak Ma dah mula bertugas...kini aku masih ada peluang untuk sempurnakan tesis. Insyaallah akan ku sempunakan sebaiknya.. Jangan buang masa kerana peluang ini tak ramai yang dapat. Manfaatkan sebaiknya.
Hari ini pergi jumpa pengarah IPTeknik, hantar CV...apa lah nasib aku serah je.. ada rezeki akan kembali ke Teknik... jika tidak, ke mana-mana sajalah.
"Ya Allah pemudahkan urusan duniaku, pemudahkan urusan akhiratku, bantulah aku, supervisorku & rakan-rakan seperjuangan ku"...Aameen

Thursday, 16 August 2012
Tesis..oh..Tesis, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan kerana mencari sesuatu ilmu, Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga” (Riwayat al-Tirmizi, bertaraf sahih).
Alhamdulillah, sebelum sambut hari raya tahun ini, aku sempat garapkan semua bab untuk hantar ke supervisor. Kini kiranya draft 1 dah siap... berdasarkan pengalaman orang lain, kurang-kurangnya 5-7 draf baru boleh buat comb binding. Comb binding adalah step untuk hantar ke pemeriksa dalaman dan luaran. Kemudian step berikutnya viva. Perbetulkan lagi, harap-harap minor correction. Yang masih tergantung ini hanya prototaip sistem. Walau bagaimanapun harap perkara ini dapat dibangunkan secara perlahan-lahan. Minggu ini cadang nak cuti dulu sekejap. Walaupun cuti, komputer tetap kena bukak untuk betulkan bibliografi, lampiran dan pelbagai lagi. Mungkin raya ni agak lapang sikit kerana... 'batton' ada di sebelah sv. Sama-sam kiata doakan supaya SV siahat dan diberi kelapangan masa untuk meneliti dokumen aku ni supaya menjadi lebih baik.

" Ya Allah... di atas rahmat Ramadhan ini, aku memohon padaMu..supaya permudahkan urusanku untuk ku sempurnakan amanah ini dalam menyempurnakan pengajiaanku. Aku mohon padaMu, kesihatan tubuh badan untukku dan supervisorku, kelapangan masa untukku dan supervisorku, kecerdasan fikiran untukku & supervisorku, kebahagian rumahtanggaku dan supervisorku, semoga dapat menyegerakan pengajianku. Aku bersyukur kepadaMu ya Allah, menjadikan diriku supaya sentiasa mencintai ilmu, menacri ilmu, memperkayakan diri ini dengan ilmu, semoga hanya ilmu yang manfaat sahajalah yang akan kekal difikiran ku untuk amal, panjangkan dan sebarkan kepada yang lain..Ameen Ya Rabbal ngalamin"
Thursday, 26 July 2012
Jurnal & Penulisan
Alhamdulillah, kesungguhan dalam pengajian, dibantu oleh ke supervisor yang cukup dedikasi PM Dr Muriati Mukhtar & PM Dr Yazrina Yahya, satu jurnal telah ditulis. Penulis asal adalah PM Dr Muriati, sebahagian daripada bab itu merupakan aku punya kajian. Dapatan ini pernah dibentangkan di Kolokium Pendidikan yang dianjurkan oleh IPG Teknik di Melaka akhir tahun 2011. Penulisan jurnal ini merupakan satu daripada syarat untuk viva. Alhamdulillah setakat ini kesemua syarat untuk viva telah dipenuhi kecuali penulisan. Penulisan pulak kini agak tersekat-sekat. Kadang kala idea ada, selalunya idea kosong. Ada juga beberapa kali bertemu dengan SV untuk berbincangan.
Jika diikutkan target, kena hantar sebelum 1 Ogos 2012. masalahnya kini, ada 2 bab yang masih belum boleh digarap dengan jayanya. Isu utama kini, mengantuk aje. Idea pun tidak berapa lancar. Tengah cari kat mana kelemahannya. Dari susdut momentum insyaallah stabil, kesihatn juga ok, Kini Bab 6 tergantung disebabkan prototaip. Bab 7 pula tengah digarapkan ni tapi masih belum menampakkan sesuatu yang menarik lagi. Masa tinggal 4 hari lagi.
Nak usahakan tetapi tak tahu bagaimana cara. Harap sangat Allah SWT membantuku. Memang ku pohon setiasa nusrah daripadaNya, cuma rezeki masih belum tiba sepertimana bahan yang diminta. Mungkin doaku masih terhijab atau tertangguh. Dikala inilah aku mengambil kesempatan untuk menulis blog ini. Sebuah catatan anekdot sejarah pengajianku dalam mengejar sebuah impian.
"Ya Allah, aku bertawassul dengan amalan-amalanku yang paling ikhlas, nama-namaMU yang maha suci, kebaktianku yang paling baik terhadap kedua ibubapaku, aku mohon Ya Allah bantuan ku supaya kau diberikan jalan-jaln untuk aku sempurnakan pengajianku. Di bulan Ramadhan Al Kareem ini, aku berharapkan petunjuk dan hidayahMu semoga aku dapat sempurnakan amanah ini sebaiknya. Ya Allah peliharakan keluargaku, keluarga kedua supervisorku, jiran tetangga, rakan taulan dan kaum kerabatku semoga beroleh kebajikan yang melimpah ruah, pengampunan dan pembebasan api neraka..Amin2x Ya Rabbal 'ngalamain"

Tuesday, 3 July 2012
Bab (1, 2 & 3) & Pembetulan Abstrak, Penolakan Artikel
Alhamdulillah hari ini dah hantar Bab 3. Bab 1(15 Jun), Bab 2 (27 Jun). Penghantaran ini masih lagi dalam proses penambahbaikkan. Walau bagaimanapun, ia memberikan semangat untuk terus berusaha menyempurnakan 4 lagi bab. Insyaallah akan disempurnakan biarpun sedikit demi sedikit. Dalam menempuh pentas dan rentas penyelidikan ini, ada jua duri-duri yg perlu dicabut. Semalam, abstrak yg dihantar dipulangkan semula kerana tak ikut format. Mudah-mudahan ia tidak melibatkan urusan yang besar. Insyaallah sebelum minggu ini berakhir, abstrak itu akan dihantar sekali lagi. Selain itu penolakan artikel oleh Jurnal Pengurusan. Ini semua dugaaaaan........
Insyaallah, kena semangat, never give up, focus, strive for success...."Ya Allah... aku perlukan nusrahMu untuk aku sempurnakan amanah ini"

Monday, 18 June 2012
18 Jun 2012 : Peluang kedua
Alhamdulillah... hari ini masih boleh meneruska cuti. Ini peluang kedua & mungkin peluang terakhir untuk aku sempurna tesis. Minggu lepas berhempas pulas dengan Bab 1. Nampaknya minggu ini kena bergerak dengan bab 2 @ mungkin bab 3. Belum ada instinct yang mana patut diutamakan. W/bgmn pun akan ku usaha sedaya mungkin untuk menggengam segulung ijazah ini. Insyaallah. Bukan kerana nama tapi, amanah..amanah pada agama, diri & pelbagai lagi. Mohon dipermudahkan urusan ini.
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُواْ لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَاناً وَقَالُواْ
(Q3:173)حَسْبُنَااللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Friday, 15 June 2012
1 Ogos 2012 : Tarikh Keramat
Insyaallah, sasaran kerja kali ini, 1 Ogos 2012 semua bab boleh submit. Sekarang ni tengah bertungkus lumus. Alhamdulillah pagi ini, Bab 1 telah send ke supervisor. Kini akan bergerak ke Bab 2 pula. Mudah-mudahan diberi kekuatan dan idea untuk meneruskan agenda amanah ini. Harap-harap sesiapa yang membaca penulisan ini akan sentiasa berdoa semoga aku sentiasa tabah dalam mengharungi perjalanan hidup ini.Phd aku bukan kerana nama, tetapi kerana agama...amanah. Tiada sebab seorang Muslim tidak boleh berjaya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Siapa yang berusaha Insyaallah dia akan berjaya.
Tuesday, 12 June 2012
Sasaran & Abstrak
Nampaknya sasaran tinggal sasaran sahaja. Tidak banyak kerja yang dapat dilaksanakan. Cuti-cuti sekolah ni pelbagai aktiviti yang wujud secara tanpa dirancang. Tak kurang juga yang telah dirancang. Dalam kepala ni bersusun banyaknya kerja. Sampai tak tahu nak jamah, mana yang patut sentuh dahulu. Ali Zahrawi dah submit malahan telah mendahului kerana sudah sampai ke external examiner. Aku ni masih lagi tercangak2. Nampaknya dalam hal ini, prototaip kena siap dulu sebab nak test.
Penulisan Dr Yaz dah mula minta full chapter. Dia minta secara hardcopy. Sebelum ni dah jumpa Dr MM. Proses pembentulan baru nak bermula. Kini kena mula dengan Bab 1... harap2 dalam minggu ni SIAP. Prototaip pula masalahnya, tool yang nak dibuat tak jelas.
Penulisan abstrak telah sampai ke Pej Softam. Sebelum ini, silap prosedur. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah berkat supervisor, rakan-rakan pensyarah dan kawan2... semoga ia berjalan lancar.
"Ya Allah bantulah hambamu ini,...Insyaallah TARGET 2012 SIAP"

Wednesday, 23 May 2012
Cabaran minggu ini...
Ada rezeki aku upload lagi foto-foto yang ada. Minggu ni & minggu lepas jumpa supervisor. Dapatan minggu lalu, pertemuan dengan DR MM, antara proses pemantapan penulisan dan model yang diberi penekanan
1. Model yang dibentuk perlu dibaiki, pertemuan pada 15/5/2012 memberikan impak yang besar kepada perubahan rekabentuk model. Tindakan telah dibuat. Dr YY dah tengok pada 22/5/2012. Namun masih lagi belum memperolehi feedback. Model ini penting untuk penrsoalan kajian yang kedua dan penerokaan konkrit fitur operasi yang hendak ditonjolkan dalam prototaip @ persoalan ketiga.
2. Oleh kerana pembangunan model ini masih lagi kurang mantap, maka proses penulisannya juga masih tergendala. Untuk meningkatkan motivasi, DR MM cadangkan tulis jurnal, ada scopus & BM. Jurnal Teknologi... Dah call, masih ada kekosongan untuk keluaran September 2012... SO CEPAT. penulisan jurnal ini bukan tujuan melengkapkan kuota viva... tetapi untuk bangki9tkan idea penulisan bagi bab 5.
3. Penulisan bab pula kena giat lagi. Tapi cabarannya kini, idea tidak kunjung tiba. DR MM dah mula buat semakan pada Bab 2,3,4. Cuma masih perlukan ulasan DR YY. Walau bagaimanapun, antara komen
i. Bab 2: Baiki posisi paragraph dan subtopik
ii. Bab 3: Agak minimum, hanya kalihkan dapatan Kappa ke bahagian Bab 4
iii. Bab 4 : Tidak banyak komen, tunggu DR YY. Dah submit, DR YY minta tempoh lagi seminggu
iv. Bab 5: Work in progress
v. Bab 6: Prototaip, perlu bantuan programmer.
vi. Bab 7: Masih belum mulakan apa2.
v. Bab 1: Patutnya dah mula garap kembali
Sasaran kerja:
i. Bab 2: sebelum pertemuan SSME pada 4/ Jun / 2012
ii. Bab 3: Sebelum Jumaat ni...
iii. Bab 4 : Tunggu aje lah
iv. Bab 5 : Rearrange ke bentuk jurnal
v. Bab 6 : Buat call, minggu depan
vi. Bab 7: dah mula boleh semak tesis2 org lain...at least buat sub topik
vii. Bab 1: Buat setiap malam 1 perenggan
AKU PERLUKAN CUTI SEKEJAP, REHATKAN MINDA, JUMPA IBUBAPA, LIHAT KESUSAHAN ORANG LAIN.
"Ya Hayyu Ya Qayyum bika astaghis...(3x) Permudahkan urusanku, supervisorku, eluh teman dan taulanku, yang bersama-sama dalam merentasi pentas ilmu ini. Berikan kesihatan tubuh badan bagi kami, kecerdasan minda, ketajaman fikiran, kesungguhan dalam menunaikan tanggungjawab & amanah, ketekunan dalam penulisan, keikhlasan dalam menuntut ilmu yang manfaat ini, ketaqwaan kepadaMU...Ya Rabbal Ngalamiin"...Ameeen

Wednesday, 16 May 2012
Ziarah Misr Ummu Dunia
Alhamdulillah, sepanjang cuti belajar ni (Mac lalu), ada rezeki sikit boleh bawa keluarga mengerjakan umrah& ziarah. Ini gambar bersama ahli kumpulan di satu daripada tempat perkara yang ajaib di dunia. Piramid yang dibina di zaman Firaun
Berlatarbelakang 3 buah piramid yang besar, Keluarga En. Zamri & aku.. kami aje dah 13 orang
Bergambar di Masjid Ali Basyar... bab sejarahnya susah sikit nak cerita... tapi ini kisah dizaman Salehidin Al Ayubi. Masjid ini berhampiran dengan kubu Salehudin Al Ayubi... Saluhidin Al Ayubi tiad istana sekalipun telah memerintah meliputi beberapa negara.
Berasama anak daraku, di Kubu Qeitbey, di Iskandariah bertentangan dengan Laut Mediterranean.

Insyaallah ada peluang & ruang aku nak upload lagi gambar & cerita... bagi melahirkan rasa syukur & nikmatnya. Semoga Allah memperluaskan lagi rezeki kami sekeluarga supaya ada peluang untuk mencari kerendahan hati dibumi Allah ini.
Notis Penyerahan Tesis
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas beberapa bulan untuk memperbetulkan abstrak, maka notis penyerahan tesis dapat dihantar semalam. Sebelum itu ada pertemuan SSME group. Semasa itu akau membentangkan dapatan RQ1 & RQ2... RQ1 no komen tapi RQ 2 banyak yang harus diperbetulkan. RQ1 tak komen bukanlah bermaksud betul, tapi sebahagian besar audiens tak faham & SV belum habis lagi semak. Tat kala ini aku bersyukur banyak kerana gerak kerja aku sentiasa dipantau oleh SV2. SV1 dah sibuk dengan tugas di perhubungan antarabangsa.
Di antara komen dalam RQ 2 @ Bab 5 ialah penulisan & lukisan model yang ditonjolkan. Apa bersyukur banyak atas bantuan yang diberikan hampir ahli group yg hadir. SV siap belanja makan nasi lemak lagi. Terima kasih semua.
Lepas ni perlu berusaha untuk siapkan Bab 6 @ RQ3... Notis penyerahan tesis itu penting untuk mencari pemeriksa... Harap-harap pemeriksa dalam & luar yang dipertemukan memudahkan urusan aku selepas ini...satu lagi mudah-mudahan boleh sambung cuti lagi..
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, ampunilah aku dan ibubapaku, kaum kerabatku, penyelia-penyeliaku.. mudah-mudahan kami semua beroleh rahmat, hidayah, dan keredhaanMu di atas semua usaha yang dilakukan. Kurniakan kami kesihatan, semoga aku dapat menyempurnakan amanah ini sebaik yang mungkin... Ameen"

Wednesday, 9 May 2012
Bab 4
Alhamdulillah setelah berhempas pulas beberapa bulan, semalam dapat send Bab 4 draft kali pertama. Diharapkan penghantaran ini dapat membuka jalan untuk bekerja bagi menyelesaikan bab-bab yang lain. Semoga kekuatan, kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan yang diberikana oleh Allah SWT dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memikul amanah ini.
Hari ini fokus untuk Bab 5. Penulisan perlu tertumpu kepada "How to used this model". Kepada Allah jua saya berharap supaya dilimpahkan taufik & hidayat untuk saya mengalirkan idea ke bentuk penulisan. Semoga berjaya.
"Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Bijaksana dalam mentadbir sekelian makhluk, Yang tidak pernah tidur sekalipun mengantuk, Aku bertawassul di atas nama-namaMu yang mulia, diatas segala kebaikkan yang paling ikhlas, aku memohon semoga Kau bantulah aku untuk menyempurnakan pengajian ini"

Friday, 20 April 2012
Abstrak & Jurnal
Minggu ni aku dah siapkan abstrak untuk semakan terakhir sv. Aku ubahsuai sikit. Nasihat sv, mantapkan konsep sepanjang penyelidikan. Kesilapan dalam penulisan dan oral exam nanti akan memakan diri sendiri. Antaranya:
1. Nak guna terma model @ kerangka...konsisten
2. Samakan konsep value-in-use & value co-creation
3. Model kena justifikasi
4. Prototaip
Minggu ni tak banyak yang dapat buat. Idea tiada. Protaip masih lagi kontang. Bab 1,2,3 melibat flow. Bab 4 ada data tapi tak pandai nak ulas. Bab 5 perlu contoh, Bab 6 protaip dan Bab 7 perbincangan & kesimpulan masih lagi blank. So hari ni buat apa?...Muka depan, pengakuan, penghargaan... buat yang simple2 utk ambil mood.
Sebelum tu dah hantar satu jurnal untuk semakan. Mudah-mudahan sebelum 30 April ni boleh submit. Inilah hasil yang diperolehi dalam minggu ni.
Step seterusnya, beri tumpuan kpd pembinaa prototaip.
"Ya Allah, setiap kali dikala aku kecelaruan, mohon nusrahmu untuk aku sempurnakan amanah ini. Bukan kerana nama, bukan kerana harta tetapi kerana agama. Permudahkan urusanku...Ya Allah"

Wednesday, 7 March 2012
Abstrak
Alhamdulillah, sebelum ni aku hantar abstrak untuk versi ke 4. Semalam, kedua-dua sv bersetuju dan terima. Tinggal lagi tukar ke BI, isi borang untuk hantar notis. Dengan penghantaran notis ini, aku perlukan 3 bulan untuk cari pemeriksa. Diharapkan dalam tempoh 3 bulan ini, aku dapat sempurnakan penulisan. Kajian aku taklah sehebat mana. Tapi setakat ini aku dapat hasilkan
1. definis baru.... nilai cipta-sama
2. mengenal pasti cara menerbitkan nilai
3. bina model berasaskan nilai.
Ingat: nilai berupaya mempengaruhi sikap & perlakuan. Ini merupakan perkar utama dalam kajian aku.
Bagi melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi... aku nak pergi umrah...Munajat dgn Allah, mohon bantuannya. Jumpa Rasullullah SAW. Aku nak maklumkan pengajian aku ini bukan kerana nama tetapi yang penting kerana ilmu dari non Muslim, untuk Muslim, kepada Muslim dan amanah sebagai Muslim. Aku bangga aku MUSLIM.
"Ya Allah, aku perlukan nusrahmu, Ya Rasullullah aku perlukan syafaatmu, Ya Allah izinkan syafaat itu untuk ku, luaskan rezekiku, manfaaatkan ilmu yang aku perolehi, jadikan aku golongan pemberi dan bukannya peminta-minta. Mohon keampunan untuk ku, ahli keluarga ku, serta keselamatan di dunia & akhirat. Ya Allah aku jua mohon kau berikan keselamatan dan kebahagian kepada supervisorku dan keluarganya ...Mudah-mudahan kami dikalangan orang2 yang sedit lagi bersyukur..."Ameeen

Thursday, 23 February 2012
Tiba Masa Menulis...
Dah berhari-hari mengadap komputer untuk menulis. Kekadang hanya satu dua ayat sahaja sehari. Target masa ini, Bab 2 & Bab 3 submit sebelum 1 Mac. Bab 4 & 5 sebelum 8 Mac. Semoga Allah SWT memberi kekuatan & jalan untuk menyempurnakannya.
Thursday, 9 February 2012
Jurnal
Alhamdulillah, dapat mesej daripada supervisor, 1 jurnal sudah di terima..Elsevier. Insyaallah akan terbit dalam masa terdekat. Kini telah siapkan 1 lagi jurnal. Tapi kali untuk dalam negara sahaja. Walaubagaimanpun jurnal itu berwasit. Sedang tunggu komen dari supervisor. Lepas ni tumpuan kepada penulisan dan pembinaan kerangka berasaskan nilai cipta-sama.
Tuesday, 10 January 2012
Usaha...Sikit aje lagi...
Assalamualaikum.. hari ni kena bentang TOC... banyak yang perlu diperbaiki.. Alhamdulillah. Dr Yaz & Dr Muriati bersungguh-sungguh dalam membantu memantapkan proses kajian... Di antara perkara yang diberi penekanan
1. Bincangkan definisi istilah dalam Bab 2
2. Highlightkan isu ==> framework
3. Gap ==> value
4. Kena berani kritik framework orang lain... frmwk A, frmwk B, frmwk C ==>lihat pada lacking of value.
5.Setiap segmen.. pastikan ada rumusan
6, Kaitkan dengan persoalan kajian
7. Metodologi : Listkan proses yang telah dilalui bagi memenghasilkan frwk
8. Bab 4, 5 & 6 ==> kerja sendiri.
Itu dulu, terima kasih tak terhingga buat Dr Yaz, Dr Muriati & SSME group... Anda boleh..saya juga boleh.
TQ

Subscribe to:
Posts (Atom)