Search This Blog

Thursday, 16 September 2010

Hari Raya dan Tesis

Alhamdulillah, raya tahun ini agak bermakna..

1. Sambutan yang agak meriah di Kota Tinggi
2. Menjadi jurucakap - majlis merisik untuk adik ipar
3. Pak Uteh dari Pasir gudang sudi singgah makan tengahari di rumah Bangi
4. Dapat melayan Kak Long dn Abg Zul dari Pasir Gudang bermalam dan makan di Restoran Saba, Cyberjaya.
5. Di jangka adik di Batu Pahat, akan tiba Sabtu ini.

Hari ini sempena Hari malaysia aku kuatkan semangat untuk meneruskan penulisan tesis.Tak tahulah apa nasib aku ni. Faridah dr UMS  call dia dalam proses nak collect data, Manisah dah mula buat prototaip, Muniza pun gitu juga, Baiey dalam proses validataion soal selidik, Fidah sudah menyiapkan protokol temu bual... Aku ... tak tahulah bila? Kadang-kala  tak athu nak tulis apa. Semangat ada, idea yang tiada....

Oklah at least hari ni dah mula sikit-sikit.. warming up..

Salam Aidul Fitri...  

Monday, 13 September 2010

Salam Aidul Fitri

Assalamualaikum,

Salam Aidul fitri pada semua kaum keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Tidak ketinggalan PM Dr Yazrina Yahya, Dr Muriati Mukhtar dan PM Dr Shanudin serta SSME Group. Diharapkan suasana hari raya pada tahun ini disambut meriah disamping keluarga. Seperti biasa bagi aku sekeluarga akan merayakan hari keluarga di Johor. Perjalanan seperti biasa iaitu pulang beberapa hari sebelum hari raya. Lazimnya singgah di BP semalam, lepas tu ke KT. Sambutan hari raya di Felda Semenchu memang meriah dengan kepulangan anak, cucu, menantu dan saling ziarah sebaik sahaja selepas solat aidul fitri hingga ke asar. Hampir semua rumah dalam Blok 3 aku lawati dengan ucapan selawat, doa untuk tuan rumah dan jamu selera. Biasanya jamah-jamah aje. Banyak rumah nak kena lawat. Beberapa rumah dah ada trade mark seperti makan berasak + ikan parang asam pedas (Rumah Pak Tahir), Fast Food (Rumah Budin), tahun ni Steamboat (Rumah Pak Deris), rumah aku macam biasa soto + sate (menu klasik). Kena umah hujung-hujung lazimnya cocktail dan buah-buahan aje le. Makan tak berapa penting tetapi suasana ziarah rumah ke rumah dengan lingkungan 20-30 org tu yang menjadikan suasana ini meriah. Cukup-cukup berbeza dengan suasana bandar.

Hari raya ke 2 aku dah bergerak ke rumah adik ipar di sekitar Mount Austin. Adik ni memang padai masak. Kena taste aku... Lazimnya lepas makan rumah dia mesti kena tidur jap... Makan banyak... Belah petang ke rumah Pak Utih di Kampung Pasir, Pasir Gudang. Mak uteh ni pun pandai masak... anak-anak siap suruh bekalkan pulak untuk makan malam. Lepas tu ke rumah Kak Long. Kak Long ni minat kemas. Baik aku gi umha dia atau dia datang umah aku, yang masak tetap isteri aku. Lazimnya memang begitulah perjalanan apabila balik ke Johor. Di rumah Kak Long (Bdr Seri Alam) kami tidur dan bergerak ke KL keesokan harinya.

Namun pada kali ini mak mertua ikut sama kerana ada pertemuan keluarga di  Jasin. Aku ke Tangkak rumah Pok Long Seman semntara tunggu adik-adik lain dari PG dan BP untuk bergerak sekali ke Chohong, Jasin. Di Jasin aku jumpa Fara (anak Mak Usu) dia baru sempurnakan PhDnya di Iowa, USA. Kerdilnya aku rasa. Dia tu kira pangkat sepupu sebelah isteri. Segan jugak aku ni masih lagi terkial-kial. Lebih kurang jam 2 aku pun beredar dari Jasin terus ke Bdr Melaka menghala ke Pantai Puteri. Di sana ada jiran rapat yang dah buat rumah untuk pencen. Best jugak rumahnya. Rehat sekejap. Dalam 5.30 aku pun bergerak ke KL sambil mencari jalan yang jemnya paling minimum. Sampai sekitar Nilai jam 7.30 lebih. Oleh kerana nak jamak ta'khir aku ke Nilai 3 jap nak beli tikar kerana hari Selasa ni, Pak Uteh dan Kak Long di jangka singgah umah di Bangi. Solat di Petronas Seri Putra. Anak-anak nak makan meggi pulak kedai mamak sebelum tidur. Layan le kejap di kedai Mamak Hasanah Maju, di BDR Seri Putra. Perjalanan di teruskan ke TSM, Bangi. tiba dalma jam 10.30 pm
 
Di kesempatan ini aku nakmucapkan selamat hari raya sekali lagi pada semua dan maaf zahir batin. Perjalanan PhD akan bermula semula. Ini dah sem 4..

Target
1. Siapkan perbandingan kerangka e-pembelajaran segera (Baiey: masalah ni tak selesai2 sejak tahuan lalu)
2. Siapkan penulisan Bab 1, 2 & 3 segera
3.Kejar 1 lagi pembentangan... kena siap sebelum bulan 10
4. Jangan lupa periksa PTK... 25 okt 2010, 11-1pm, di IPIK

Teruskan perjuangan sehingga tamat, hoi kawan-kawan tolong le sama-sama doa

Wednesday, 25 August 2010

Apakah erti nilai?

Setiap orang menggunakan perkataan nilai (value). Nilai moral, nilai tambah, nilai positif, nilai wang, nilai pesonal, cipta nilai dan pelbagai lagi. Oleh itu nilai merupakan satu konstruk yang boleh didefinisikan dengan pelbagai pengertian. Ia bersifat pragmatik iaitu berubah mengikut situasi, masa, bidang pengajian dan pelbagai lagi.


Dalam aspek psikologi Watson (1966) dan Rokeach (1973) menyatakan nilai ini menjadi kompas atau penentu kepada sikap seseorang itu (Levy 2006). Ramai pengkaji seperti Rafaeli & Raban (2003), Reynolds & Jolly (1980) telah mengenalpasti bahawa nilai merupakan konstruk kognitif yang memberi kesan kepada perlakuan manusia(Levy 2006).

Oleh yang demikian, takrifan secara umumnya nilai boleh dinyatakan sebagai budaya yang mempertimbangkan keutamaan/kepentingan/keyakinan/pangkat/harga/kuasa/ketahanan seseorang terhadap sesuatu sehingga mengubah tingkahlaku. Jelasnya, perubahan tingkahlaku seseorang itu dalam sesuatu ketika tertentu mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh persepsi terhadap nilai (Robbins et al. 2004).


Selain itu kajian Beatty, Kahle, Homer, & Misra (1985) telah membuktikan terdapat hubungan di antara nilai, sikap dan tingkahlaku seperti di bawah(Levy 2006):

Nilai (Value) ==> Sikap (Attitude) ==> Tingkahlaku (Behavior)

Berasaskan hubungan tersebut, jelas bahawa konstruk nilai memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi sikap dan tingkahlaku seseorang.

Nilai juga sering dikaitkan dengan aktiviti perniagaan iaitu nisbah kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk berbanding dengan kos (harga) yang dikeluarkan(Sweeney 2002; Sandström et al. 2008). Dengan kata lain semakin berkualiti sesuatu perkhidmatan atau produk maka semakin tinggi harga yang dikenakan. Selain daripada itu nilai ini adalah nisbah keuntungan (benefits) yang diterima berbanding dengan tanggungan (burden) yang dipikul oleh pengguna(Ulaga 2001). Kedua-dua definisi di atas memperlihat konteks nilai dalam pertukaran nilai wang dan sesuatu yang patut diterima oleh pengguna daripada satu pihak lain yang telah menyediakan perkhidmatan atau mengeluarkan produk. Ini merupakan pandangan tradisonal terhadap nilai yang menggunakan pendekatan Goods-Dominant Logic (GD-L) di mana nilai itu ditukar dengan wang setelah sesuatu produk dihasilkan. Hanya satu pihak yang terlibat sepenuhnya dalam mencipta nilai terhadap sesuatu produk - lazimnya melibatkan pertukaran produk dan wang(Vargo et al. 2008). Mana kala pihak pengguna hanya perlu menerima saranan nilai (value proposition) yang disediakan oleh pengeluar.


Pada ketika ini, satu perspektif baru terhadap konsep nilai telah diperkenalkan dengan mengambil pendekatan bahawa sesuatu perkhidmatan atau produk itu akan dianggap bernilai sehingga ia digunakan oleh pengguna(Vargo S. L. & Lusch R.L. 2004). Kondisi ini dikenali dengan nilai semasa-guna (value-in-use); dengan erti kata lain sesuatu perkhidmatan atau produk tidak mempunyai sebarang nilai selagi mana ia tidak digunakan walaupun kualitinya baik dan harganya mahal. Oleh itu pengguna yang bertanggungjawab menentukan dan mencipta-sama (co-creation) nilai terhadap sesuatu perkhidmatan(Sandström et al. 2008). Pendekatan alternatif ini dikenali sebagi Service-Dominant Logic (SD-L) di mana kedua-dua pihak; pengeluar dan pengguna sama-sama berinteraksi dan cipta-sama produk atau perkhidmatan yang bakal disediakan melalui integrasi sumber dan keupayaan menggunakannya(Vargo et al. 2008). Sehubungan dengan itu pengalaman pengguna merupakan tunjang dalam menentukan nilai(Prahalad & Ramaswamy 2004) terhadap sesuatu perkhidmatan.

So how these information relate to my work??? 

Friday, 20 August 2010

Naib Presiden Kanan, OUM: Prof Dr Mansor Fadhil

Hari ini pertemuan yang agak bersejarah. Proposal yang dihantar tempohari diteliti orang no 2 OUM. Pada hemat aku pihak berkenaan berminat dengan kajian ini. Pertemuan itu lebih menjurus kepada untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat kajian di OUM. Namun aku boleh kata pertemuan itu dibahagi kepada 2 bahagian:
1. Pertemuan rakan lama..ada cerita disebaliknya... ini tak perlulah dikongsi... biar ia menjadi sejarah dan nostalgia hidup.
2. Pertemuan rasmi antara researcher dan pihak pengurusan.

Pertemuan itu berlangsung hampir 3 jam. Prof luangkan masa untuk discuss proposal aku ni. Apa yang sering kerap keluar dari penelitiannya:
1. Masih belum solid
2. Tak nampak gap
3. Mari lihat apa yang kami dah buat.

Nampaknya aku kena akur, masih jauh lagi perjalanan PhD ni. Terdapat beberapa isu yang masih kritikal belum terjawab. Antaranya in term of service, apa yang OUM dah buat
1. Bermula dengan printed module, kini digital module with interactive, colorful and recorded
2. Bermula F2F ~ (25 org/kelas), kini fully online with recorded video lecture.
3. LMS: sebelum ni tutor F2F control studentnya dalam LMS, kini ada tutor khas untuk online yang engage dengan ramai student > 50 orang. oleh itu conversation dalam online forum via LMS more interesting.
Ini merupakan antara perubahan dalam service yang telah dibuat sepanjang operasi selama 10 tahun.

So apa lagi yang kurang? Di mana signifikannya kajian ini. ... Apa contribution kajian ini....Ah banyak lagi yang kena teroka...Ilmu ni terlalu mahal.. LASTLY PROPOSAL AMEND!!!
DON'T GIVE UP....WORKHARD... NO DISAPPOINTED IN ISLAMIC DICTIONARY

Perjalanan PhD ini tidak sama bagi setiap orang. Sesiapa yang pernah lalui ia akan menikmati. Apa yang penting sekarang usaha lebih gigih. Tapi ingat masa berjalan dengan pantas, tempoh semakin pendek. Apakah tamat dalam tempoh @ tak tamat terus. Walaubagaimanapun masa masih ada. Gunakan basi masa yang tinggal ini sebaik mungkin. Peluang ini pasti tidak akan berulang lagi.

Keputusan ditangan aku sendiri. Ingat, ingat, ingat..... berusaha sedaya mampu.. itulah jihad.. selebihnya bertawakkal.

Wednesday, 18 August 2010

Prof Irene Ng, University of Exeter

Prof. Dr Irene Ng, merupakan pensyarah terlibat dalam penyelidikan berkaiatan dengan service. Lihat blognya: http://value-basedservicesystem.blogspot.com/
Banyak yang dikongsi pada hari tersebut iaitu minggu lalu. Beliau mempunyai beberapa orang student PhD yang hampir nak graduate. Antara perkara yang dikongsi:
1. Outcome-based Contract
2. How you identify good services?

Banyak lagi cuma tak dapat nak cerita semuanya dalam blog ni.

Tuesday, 10 August 2010

Langkah 1- Ujian Rintis

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus, maka ini langkah yang pertama perlu dilepasi(kajian rintis). Kajian aku ni tak jugak senang. Aku kena kenal pasti 'value' kepada setiap pengguna sistem e-learning (LMS). 'Value' ini penting bagi menjadikan mereka 'sustainable' dalam sistem tersebut. Mengapa sistem itu perlu dipertahankan sedangkan keupayaan web masa kini, ilmu itu boleh berlegar tanpa melalui LMS? Ye, tapi investment yang telah dibuat oleh pihak institusi perlu diambil kira. Proses pembelajaran perlu dilakukan dalam proses yang tersusun dan teratur serta mendapat tunjuk ajar dari komuniti yang berautoriti.

Kini LMS tidak lagi digunakan dimanfaatkan sepenuhnya. Hanya untuk tengok annoucement, assignment dan forum sesekali sekala sahaja. Ini berdasarkan kajian lalu, temu bual dan pengalaman. Sebagai seorang pelajar, LMS ini perlu sentiasa 'associate' dengannya, sebagaimana apabila searching kita immediate ke Google, email ke Gmail,Yahoomail, Hotmail. Oleh itu perlu ada inovasi dalam sistem LMS? Apa dia? Sedang dalam pencarian?

So langkah 1 ialah membuat kajian rintis, agar soalan temu bual itu dapat dilihat validity & reliability. Pembentukkan soalan berasaskan Means-End Theory (MEC). Proses temu bual menggunakan Laddering Technique. Kenapa teori ini dipilih? Sehingga kini, ini sahaja teori dan teknik yang digunakan untuk mengenal pasti 'value'.  Walaubagaimanapun pencarian akhirnya adalah 'value-in-use' atau nilai-semasa guna.


1. Mengapa nilai-semasa guna penting ? --> kerana ia menjadikan seseorang itu menikmati sesuatu servis/produk semaksimum mungkin (puas, lega, suka). Sesuatu produk/servis akan bernilai setelah ia digunakan that why namanya"value-in-use"
2. Mengapa nilai-semasa guna itu perlu dikenalpasti dahulu? --> Agar tidak timbul pembaziran(produk)/tidak puas hati (servis) setelah kali pertama digunakan.
3. So bagaimana nak jadikan sesuatu servis/produk itu ada nilai-semasa guna? --> kenalpasti nilai pada consumer.
4. Nilai ini tidak boleh dinyata? Bagaimana? --> Perlukan multiple approach untuk collect data.
5. Kecikkan skop? Kajian fokus pada e-learning --> LMS --> kumpulan pelajar tahun akhir (lead user & experience)--> lahir selepas 1980 (gen X,Y,Z)
6. Mengapa tak lihat need & want? --> keduanya merujuk kepada functionality, sedangkan 'value'  mencari sesuatu yang bersifat emotionality. EQ>IQ

Pertemuan dengan Fidah dan Baeiy dijalankan minggu lalu di Coffee Village berhampiran Pinggiran Putra. Masing-masing dalam proses untuk siapkan protokol kajian. Supervisor dan Dr Muriati tak putus-putus beri semangat. Yang penting sekarang ni usaha yang berterusan.

Sekian

Monday, 19 July 2010

TEMUBUAL

Rasa lama dah tak menulis dalam blog ni. Tak macam masa mula-mula belajar dulu. Kadang kala belajar ni ada masa-masanya bosan juga. Namun bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang. Peluang belajar dengan dibiayai bukannya boleh diperolehi semua orang. Sementara peluang itu ada pada kita...manfaatkan sebaiknya nikmat ini. Esok kita tidak menyesal kerana telah mencuba. Walau bagaimanapun sentiasa kena berusaha dan ikhlas untuk menuntut ilmu., Insyallah Allah akan buka laluan. "Selagi kau ikhlas Zul untuk belajar, insyaallah boleh berjaya jangan lupa usaha dan berdoa"- masih segar dalam ingatan pesan PM Dr Khatim (rakan sejak di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.

Sepanjang menyepi terdapat kerja yang dilakukan. Temubual dengan beberapa respondan. Sekarang ni tengah rehat le kejap. Setelah record temubual nak kena transcribe le pulak. Naik bengkak le telinga. Pesan Dr Maryati Yusop" Want you dah record, terus buat transcribe... penat tu tak payah cakap le tapi nanti lupa. Terus transcribe... memang penat" . Semangat betul beliau menasihatiku sewaktu jumpa di UNIKEB.

Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah pun agak kurang lagi sem ni. Masing -masing tengah buat proses masing-masing. Baeiy tengah buat modul perkahwinan, Fidah pula perbetulkan bab-bab penulisannya.SSME meeting group pun asyik tunda. masih belum jumpa masa yang sesuai. Minggu lepas demam. Rehat le beberapa hari.

Kita doa sikit:
"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim... sesungguhnya apa jua yang ada dilangit dan dibumi malahan diantara keduanya milik mu belaka, salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Rasul SAW. Ya Allah sesungguhnya tiadalah daya dan upaya ku melainkan atas kudrat dan iradat yang dikurniakan olehmu pada ku. Andaikata pembelajaran ku ni memberi keuntungan kepada agamamu dan ummah bantulah aku. Andaikata ia terpesong, perbetulkan lah aku. Permudahkan pembelajaran ku ini agar tamat pengajianku ini mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kejayaan. Semoga kejayaan itu aku sebar-sebarkan ilmunya pada hamba mu yang lain. Jadikan diriku ini sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu. Ya Allah tetapkan hatiku dan janganlah dibolakbalikkan setelah aku berada dijalan mu. Berikan kejayaan untuk rakan taulan yang sama-sama dalam jihad ilmu ini. Doakan keselamatan untuk seluruh insan yang sentiasa mendampingiku keluargaku, keluarga penyeliaku, keluarga rakan taulan ku dan seluruh muslimin dan muslimat.. Amin ya Rabbal 'Ngalamin"