Search This Blog

Wednesday, 5 May 2010

Banquet, UPM

Sudah lama kami tidak bertemu di Banquet, UPM. Fidah, Baiey dan aku mengadakan pertemuan seperti biasa. Agendanya sama aje, makan bincang masalah peribadi, perjalanan hidup seketika setelah sekian lama tidak berjumpa dan perkembangan research. Di sini perbincangan kami agak privasi.

Fidah ke Pulau Perhentian, ambil Sijil Diver sambil bercuti dengan keluarga. Baeiy pula apa haaa... lupa. Aku sibuk dengan kemas rumah, abah masuk hospital, kad kredit kena block (bukan tak bayar, haa) dan pelbagai lagi.

Sesi kedua lepas makan kami mula membincangkan perkembangan research untuk Sem 3 ini. Masing-masing memberi tahap pencapaian masing-masing. Fidah dan Baeiy memberi komen yang cukup bermakna berkaitan dengan hasil kerja aku untuk next step...

 Perkara yang masih ketara untuk kes aku adalah pendefinisian istilah 'nilai' masih lagi belum clear. Perlu sediakan soal selidik 'nilai' untuk tujuan pengukuran. So next step...
1. definisi nilai
2. soalan soal selidik.

Walau bagaimanapun tahniah pada semua kerana masing-masing mempunyai peluang untuk bentang ke seminar yang bersesuai dengan bidang masing. Cuma dalam kes aku ni sehingga selepas tempoh tamat masih lagi belum dapat upload manuskrip.

"ALLAHHUM MANGASSIR, WALA TUNGASSIR, WATTAMMAT BIL KHIR WAL BARAKAH'

Wednesday, 28 April 2010

Memperkasa motivasi

Hari ini bertemu Kak Su dan Muniza di Restoran Anja. Pertemuan kali ini selain dari makan bersama kami membincangkan soal research dan pembentangan kertas kerja di ITSIM10. Kertas kerja aku dipilih untuk dibentangkan manakala Muniza turut dipilih tetapi untuk Poster presentation sealin daripada dimasukkan dalam prosiding. Pertemuan kami bermula jam 12 hingga 2.30pm.

Banyak kami perkatakan terutama perkembangan research yang kini kami merasai jalan buntu. Aku buntu setelah aku memperolehi definisi value, so next step.... Kini walaupun demikian aku terus membaca. Aku cuba lihat dan kembalai ke proposal. Well, kini kami semua telah meninggalkan semester 3. Ada yang sudah bentang proposal, ada yang sudah mula give up, samapi nak jumpa supervisor pun takut dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun aku sentiasa bersyukur dengan ALLAH SWT kerana perjalanan PHD aku ni walupun banyak rintangan namun aku sentiasa mengingatinya.

Esok group SSMEakan buat pertemuan. Pertemuan-pertemuan ini menguatkan semangat untuk aku terus belajar. Terima kasih kepada PM DrShanudin, Dr Yazrina, Dr Muriati, Dr Salha (malangnya beliau kini berada di luar negara namun aku percaya jika beliau berada di sini  beliau turut aktif dalam group SSME). Pembentangan hari ini oleh Muhammad Tamimi al Iraqi.

Next step... aku akan bincang dengan group pada hari ini insyaallah.

"Ya Allah, cerdaskan mindaku, kuatkan ketabahan dihatiku, jauhkan masalah peribadiku, peliharakan kehidupan diriku dan keluarga, supervisor dan keluarga, pensyarah-pensyarah yang menyokong kerja-kerjaku dan rakan-rakan yang sama-sama belajar ini semoga kami semua memperolehi apa yang kami cita-citakan---- Amin ya rabbil a'lamin"

Sebelum tu sebagai peringatan: Pada hari sukan sekolah anak kembarku aku telah bertengkar dengan guard sekolah. Kesan pada itu aku menghantar surat ke pengetua sekolah dan YDP PIBG. Tindakan mereka positif. Dan pengalaman yang hendak dikongsi, tak perlu beradu kekuatan dengan golongan yang berbeza mentaliti. Sebaliknya gunakan pendekatan yang lain yang lebih profesional. Panjang lebar dalam surat tu aku maklumkan namun sekadar ini untuk coretan pagi ini. 

Monday, 19 April 2010

Bulan Urusan Peribadi

Bulan April ni penuh dengan masalah peribadi. Akhir bulan 3 pindah rumah baru, sampai hari ni pun tak siap-siap kemas. Lat 2 hari ayah masuk hospital kena serangan jantung. Seminggu juga kat hospital. pagi uruskan anak-anak sekolah petang ke hospital. Buat masa inimasih lagi jadi 'driver' buat anak-anak. 4- 6 trip sehari ulang alaik sekolah - rumah.

Anak kecil masih lagi tak stabil di sekolah buru. Dia macam tak suka aje sekolah barunya. Esok cadang tukar sekolah lain. Jauh dari rumah tapi sehala dengans sekolah abang dan kakaknya. Minggu pertama April terlibat dengan pembinaan ABM untuk JAIS. Oleh kerana anak sekolah JAIS maka korban sedikit masa untuk cikgu-cikgunya semoga mereka perihatin dengan anak-anak kita.

Minggu ni, baru nak uruskan untuk ITSIM 10, masalah peribadi masih tak settle-settle lagi. Jadual belajar pun terpaksa diubah suai, supaya tempoh pembelajaran masih lagi sama. Sebelum ni seminggu study untuk PTK. Itu satu lagi hal. Kalau tak kerana nafkah keluarga nescaya aku pun buat tak layan PTK ni. Oleh kerana jawatan aku ni memangku, study hanya untuk dapatkan III aje. Mudah-mudahan aku tak ulang lagi.

Ok sekarang  ni, kena FOKUS! FOKUS! FOKUS!!!  MASA BERJALAN, RESEACH ASYIK SLOW AJE, STRAGGLE 

Tuesday, 6 April 2010

Antara Dugaan dan Kesabaran

Sudah hampir lebih sebulan tidak menulis dalam blog. Selepas pembentangan bulan 2 yang lalu, rasa ini kali yang seterusya saya menulis. Dalm tempoh ini pelbagai perkara yang berlaku. Melalui pembentangan tersebut Dr Shanudin dan Dr Muriati berkali-kali bertanya 'value' apa yang hendak diperolehi dari pengguna elearning. Alhamdulillah selepas 3 minggu aku menulis lagi dan aku menemui beberapa konstruk yang berkaitan dengan 'value'. Peluang itu aku ambil kesempatan untuk berbincang dengan supervisor. Macam biasa proses menulis ini memerlukan percambahan minda.

Alhamdulillah kerana supervisor tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar malahan kata-kata semangat untuk aku mencari. Di antara kata-kata yang perlu aku ingat:
1. Jangan melapor tetapi kritik kemudian keluarkan idea sendiri.
2. Lihat kajian orang lain yang seiringan dengan kajian sedang dilakukan.
3. Dapatkan metodologi bagaimana untuk capture 'value' dari pengguna.
 Walau bagaimanapun perlu banyak lagi pembacaan. 

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi, kini akau telah berpindah ke rumah sendiri. Dengarnya memang sedap tetapi proses sebelum pindah dan selepas pindah mengambil masa yang banyak. Sehingga kini line telefon dan internet masih lagi tak settle. Dua hari lepas tu Ayah pulak masuk hospital kena serangan jantung. Mana nak buka kotak-kotak barang yang pindah rumah, gi hospital lagi, nak study lagi, anak-anak tukar sekolah baru. Bingung-bingung betul. baru-baru ni curi masa untuk berbual dengan Ms Neilsen dari Greenwich University.Itupun tak boleh fokus sebab, pihak hospital dah telefon untuk bincang situasi ayah.

Akhir-akhir ni pc pulak rosak,. Fidah dan Bae pun aku dah lama tak jumpa.Itulah dugaan. Walau bagaimanapun aku sentiasa bersyukur di atas segala nikmat.Namun aku bertekad untuk menyempurnakan , pengajian ini  sehingga tamat. Soal tempoh itu tak penting tetapi nilai pengajian itu yang utama.

Jumpa lagi, sentiasa doa yang terbaik.

 

Saturday, 27 February 2010

Value, Value, Value....

Pertemuan Baiey dan Fidah seperti biasa setiap minggu. Minggu selepas pembentangan itu aku bertemu Baiey sahaja di library. Fidah tak datang. Perkembangan pada hari tu ialah mengulas semula apa yang dibincangkan semasa pembentangan tempohari. Hasil dari itu aku cetak beberapa buah buku yang dicadangkan oleh Dr Shanudin. kini proses pembacaan bermula semula.

Selapas itu kami bertemu sekali lagi di Cafe UPM , selepas CNY. Fidah ajak jumpa. Usrah kami seperti biasa. Kami akan mulakan proses meluahkan segala masalah supaya masalah sampingan seperti rumah tangga, kereta, jiran dan lain-lain hal ditangani segera. Lepas aje makan kita fokus kepada perbincangan kumpulan.

Nampaknya kita masihlagi lemah dalam penulisan lit.review dan masih tercari-cari lagi mental model kajian. Fidah, Baeiy dan Aku dah bentang proposal alhamdulillah. namun cabaran selepas pembentangan itu lebih besar.So kami membina target. Pada kali ini kita semua dikehendaki menulis.
Aku fokus pada persdoalan Dr Muryati. Senak dada aku tempoh hari bila dalam sesi soal jawab, beliau kata sehingga kini "..patut dah tahu definisi value yang hendak digunakan dalam kajian, list of value yang hendak difokus...". Kata-kata itu memberi peransang yang kuat pada aku untuk teru mencari makna 'value'. Ye pada pembacaan aku kini berkaitan dengan value dan list of  value.

Baru-baru ni jumpa Asmady dari Poli Jitra beberapa hari selepas pemergian rakan kami JAZMI (Al-Fatihah). Beliau memberi semangat bertubi-tubi pada aku malam tu supaya tulis dan terus menulis. Semua yang lahir dari kata-kata tanpa ditulis tidak akan memberikan makna dalam kajian. At least 3-4 muka surat 1 hari. Good Luck.

Aku kena habiskan belajar ni kalau tidak aku malu. Walaupun ia bukanlah matlamat akhir dalam hidup tapi ia memberi makna dan sebagai salah satu jalan untuk aku tinggalkan bahan jariah kepada umum dan menambahkan nafkah untuk keluarga.

Kadang-kadang jiwa aku tertekan pasal rumah yang baru siap tu. Boleh dikatakan duit habis tapi tak puas hati dari hasil kerja. Namun aku kena akur, itulah jiwa aku sebenarnya, jika aku belajar, benda lain aku akan tolak tepi, rumah asal siap dan selamat. Soal nak cantik, kemas, orang komen tak cantik le, tu jangan hirau. Kalau aku kerja rela tinggalkan pejabat kerana nak pastikan urusan keluarga nombor 1. Di sebabkan belajar urusan lain kena tolak tepi malahan Tok Saudara meninggal pun aku tak jengah. Pasal Belajar No 1. Yang pergi teruskan pemergian, yang belajar esok lusa orang tanya bila nak bentang. Lagi stress!!!

Belajar ni aku punya urusan dan hanya aku yang kena selesaikan. Urusan lain jika orang lain boleh buat, suruh aje orang lain buat.
OK

Monday, 8 February 2010

Progress Report

Minggu lalu pertemuan dengan Baeiy dan Fidah berlansung seperti biasa pada hari Rabu. Aku perlu jumpa mereka kerana aku akan bentang progress report pada 5 Feb 2010. Aku nak mereka lihat slide powerpoint dan perbincangan pada keseluruhan perjalanan research. Kami jumpa di cafe upm dari jam 2.00 -4.00 ptg.

5 Feb 2010 - Aku memulakan pembentangan pada jam 9.20 pg. Kumpulan SSME sehahagian besarnya hadir. Dr Yaz tidak dapat hadir tetapi Dr Shanuddin dan Dr Muryati bersama. Terima kasih kerana kehadiran anda semua merupakan titik perbincangan bagi menentukan halatuju seterusnya.

Semasa pembentangan tersebut, banyak perkara yang ditegur (Alhamdullillah) terutama pada Dr Muryati dan Dr Shanudin

1. Definisi 'value' masih belum ada. Apa senarai  'value'?
2. Bagaimana nak kenal sesuatu value, kemudian nak ukur/nilai?
3. Isu gap : macam tak nampak gap. Kenapa kajian ini perlu dilakukan.
4. Objektif kajian masih luas
5. Isu pragmatik.
6. Apa kekurangan approach lain yang memerlukan approch ini?

Ini merupakan komen yang dapat aku senaraikan. Namapak sikit tai semuanya itu big issues yang harus akau tangani. Berbanyak terimakasih sekali lagi pada Dr Shanuddin dan Dr Muryati serta rakan-rakan SSME. Kalau nak katakan semangat pada ketika tu 'down' betul. Tapi itulah proses belajar. Semua teguran mereka itu bukannya untuk menggagalkan aku tapi merekan nak aku berjaya. Biar akau'down' sekarang, dan bukannya masa viva. Selain itu mereka cadang buku, bukan tu aje, downloadkan, AKU cuma print dan baca.

Cuba fikir beginilak
Outcome <= objective <-- criteria <- feature <- strategi (survey, prototaip, dll)

Bersyukur aku menerima kalian sebagai group. Aku rehat 1 - 2 hari. Release tansion. Kesiah juga kat isteri dan anak-anak. Jadi mangsa baran aku ni. Okaylah sekarng ni dah lega, itu yang boleh tulis dalam blog ni. Sekarang aku kena bermula semula.

"Aku bukan orang yang kalah, orang yang kalah adalah mereka yang berhenti mencuba"

Cuba lagi, cuba lagi sekali lagi. 
Semangat jangan berhenti.
Cuti masih panjang. Teruskan perjuangan.

Thursday, 28 January 2010

Perkembangan Mingguan & ALTIMA

Salam semua, rasanya lama dah tak menulis dalam blog. Sesekali teringin juga nak laporkan perkembangan supaya tidak leka dengan persekitaran. Pada minggu lalu hari Jumaat, pertemuan group SSME buat pertama kalinya diadakan pada semester ini. Pembentangnya adalah Mari & Nurul Huda. Suatu pembentangan yang baik dan berkongsi pengetahuan. Di akhir pertemuan itu aku serahkan cadangan soalan temubual pada Dr Muryati & Dr Yaz untuk meneliti soalan-soalannya. Berdasarkan raut wajah mereka nampaknya soalan-soalan yang dicadangkan perlu diperbaiki. Aku akan perbaiki.


Kemudian, minggu ini pertemuan dengan Baiey di PSTL, UKM untuk cadangan penambahbaikan soalan-soalan tersebut. Fidah tak dapat datang kerana ayahandanya uzur di Hosp. Tawakkal.(Sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh). Sebelum tu jumpa Kak Su, Kak Hjh Rosni dan Norabeerah. Sempat bual kejap. Minggu ni aku kena siapkan 2 penulisan

1. ITSim2010 yang akan berlangsung pada Bulan Jun 2010, KL

2. Doctoral Colloqium bulan Mac 2010 di Stanfordshire, Uni.

Kedua-duanya dah submit. Cuma masih perlukan pembetulan kepada beberapa perkara lagi.

Hari ni nak rehat kejap. Aku gi Sek Teknik Melaka, atas kapasiti ALTIMA. Sekolah lama. Jumpa pelajar baru masuk. Kami serahkan jessi bola sepak untuk team sekolah. Hasil sumbangan dari ahli ALTIMA.

Target minggu ni: Siapkan prototaip & perbaiki soalan temubual, hantar full paper ke Stanfordshire