Perjalanan PhD ni mula menemui jalan sukar...
1. Pernyataan masalah tak cukup 'strong'. Masih lagi tak 'align' dengan latarbelakang masalah
2. Untuk kuatkan pernyataan masalah, bab 2 kena 'strong'.. apa yang kurang pada Bab 2? Kerangka elearning sedia ada amsih lagi tidak dianalisis dengan betul dan ditulis.
3. Pemilihan respondan yang kurang tepat
4. Soalan temu bual untuk polisi maker masih belum siap.
5. Kesemua soalan perlu ditukar ke BI supaya dapat sahkan validiti & reliability
Semua tengah 'hang' apa nak buat? Masa berjalan begitu pantas tapi.. banyak yang belum siap.
Search This Blog
Wednesday, 6 October 2010
Thursday, 16 September 2010
Hari Raya dan Tesis
Alhamdulillah, raya tahun ini agak bermakna..
1. Sambutan yang agak meriah di Kota Tinggi
2. Menjadi jurucakap - majlis merisik untuk adik ipar
3. Pak Uteh dari Pasir gudang sudi singgah makan tengahari di rumah Bangi
4. Dapat melayan Kak Long dn Abg Zul dari Pasir Gudang bermalam dan makan di Restoran Saba, Cyberjaya.
5. Di jangka adik di Batu Pahat, akan tiba Sabtu ini.
Hari ini sempena Hari malaysia aku kuatkan semangat untuk meneruskan penulisan tesis.Tak tahulah apa nasib aku ni. Faridah dr UMS call dia dalam proses nak collect data, Manisah dah mula buat prototaip, Muniza pun gitu juga, Baiey dalam proses validataion soal selidik, Fidah sudah menyiapkan protokol temu bual... Aku ... tak tahulah bila? Kadang-kala tak athu nak tulis apa. Semangat ada, idea yang tiada....
Oklah at least hari ni dah mula sikit-sikit.. warming up..
Salam Aidul Fitri...

Monday, 13 September 2010
Salam Aidul Fitri
Assalamualaikum,
Salam Aidul fitri pada semua kaum keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. Tidak ketinggalan PM Dr Yazrina Yahya, Dr Muriati Mukhtar dan PM Dr Shanudin serta SSME Group. Diharapkan suasana hari raya pada tahun ini disambut meriah disamping keluarga. Seperti biasa bagi aku sekeluarga akan merayakan hari keluarga di Johor. Perjalanan seperti biasa iaitu pulang beberapa hari sebelum hari raya. Lazimnya singgah di BP semalam, lepas tu ke KT. Sambutan hari raya di Felda Semenchu memang meriah dengan kepulangan anak, cucu, menantu dan saling ziarah sebaik sahaja selepas solat aidul fitri hingga ke asar. Hampir semua rumah dalam Blok 3 aku lawati dengan ucapan selawat, doa untuk tuan rumah dan jamu selera. Biasanya jamah-jamah aje. Banyak rumah nak kena lawat. Beberapa rumah dah ada trade mark seperti makan berasak + ikan parang asam pedas (Rumah Pak Tahir), Fast Food (Rumah Budin), tahun ni Steamboat (Rumah Pak Deris), rumah aku macam biasa soto + sate (menu klasik). Kena umah hujung-hujung lazimnya cocktail dan buah-buahan aje le. Makan tak berapa penting tetapi suasana ziarah rumah ke rumah dengan lingkungan 20-30 org tu yang menjadikan suasana ini meriah. Cukup-cukup berbeza dengan suasana bandar.
Hari raya ke 2 aku dah bergerak ke rumah adik ipar di sekitar Mount Austin. Adik ni memang padai masak. Kena taste aku... Lazimnya lepas makan rumah dia mesti kena tidur jap... Makan banyak... Belah petang ke rumah Pak Utih di Kampung Pasir, Pasir Gudang. Mak uteh ni pun pandai masak... anak-anak siap suruh bekalkan pulak untuk makan malam. Lepas tu ke rumah Kak Long. Kak Long ni minat kemas. Baik aku gi umha dia atau dia datang umah aku, yang masak tetap isteri aku. Lazimnya memang begitulah perjalanan apabila balik ke Johor. Di rumah Kak Long (Bdr Seri Alam) kami tidur dan bergerak ke KL keesokan harinya.
Namun pada kali ini mak mertua ikut sama kerana ada pertemuan keluarga di Jasin. Aku ke Tangkak rumah Pok Long Seman semntara tunggu adik-adik lain dari PG dan BP untuk bergerak sekali ke Chohong, Jasin. Di Jasin aku jumpa Fara (anak Mak Usu) dia baru sempurnakan PhDnya di Iowa, USA. Kerdilnya aku rasa. Dia tu kira pangkat sepupu sebelah isteri. Segan jugak aku ni masih lagi terkial-kial. Lebih kurang jam 2 aku pun beredar dari Jasin terus ke Bdr Melaka menghala ke Pantai Puteri. Di sana ada jiran rapat yang dah buat rumah untuk pencen. Best jugak rumahnya. Rehat sekejap. Dalam 5.30 aku pun bergerak ke KL sambil mencari jalan yang jemnya paling minimum. Sampai sekitar Nilai jam 7.30 lebih. Oleh kerana nak jamak ta'khir aku ke Nilai 3 jap nak beli tikar kerana hari Selasa ni, Pak Uteh dan Kak Long di jangka singgah umah di Bangi. Solat di Petronas Seri Putra. Anak-anak nak makan meggi pulak kedai mamak sebelum tidur. Layan le kejap di kedai Mamak Hasanah Maju, di BDR Seri Putra. Perjalanan di teruskan ke TSM, Bangi. tiba dalma jam 10.30 pm
Di kesempatan ini aku nakmucapkan selamat hari raya sekali lagi pada semua dan maaf zahir batin. Perjalanan PhD akan bermula semula. Ini dah sem 4..
Target
1. Siapkan perbandingan kerangka e-pembelajaran segera (Baiey: masalah ni tak selesai2 sejak tahuan lalu)
2. Siapkan penulisan Bab 1, 2 & 3 segera
3.Kejar 1 lagi pembentangan... kena siap sebelum bulan 10
4. Jangan lupa periksa PTK... 25 okt 2010, 11-1pm, di IPIK
Teruskan perjuangan sehingga tamat, hoi kawan-kawan tolong le sama-sama doa

Wednesday, 25 August 2010
Apakah erti nilai?
Setiap orang menggunakan perkataan nilai (value). Nilai moral, nilai tambah, nilai positif, nilai wang, nilai pesonal, cipta nilai dan pelbagai lagi. Oleh itu nilai merupakan satu konstruk yang boleh didefinisikan dengan pelbagai pengertian. Ia bersifat pragmatik iaitu berubah mengikut situasi, masa, bidang pengajian dan pelbagai lagi.
Dalam aspek psikologi Watson (1966) dan Rokeach (1973) menyatakan nilai ini menjadi kompas atau penentu kepada sikap seseorang itu (Levy 2006). Ramai pengkaji seperti Rafaeli & Raban (2003), Reynolds & Jolly (1980) telah mengenalpasti bahawa nilai merupakan konstruk kognitif yang memberi kesan kepada perlakuan manusia(Levy 2006).
Oleh yang demikian, takrifan secara umumnya nilai boleh dinyatakan sebagai budaya yang mempertimbangkan keutamaan/kepentingan/keyakinan/pangkat/harga/kuasa/ketahanan seseorang terhadap sesuatu sehingga mengubah tingkahlaku. Jelasnya, perubahan tingkahlaku seseorang itu dalam sesuatu ketika tertentu mempunyai kaitan rapat dengan pengaruh persepsi terhadap nilai (Robbins et al. 2004).
Selain itu kajian Beatty, Kahle, Homer, & Misra (1985) telah membuktikan terdapat hubungan di antara nilai, sikap dan tingkahlaku seperti di bawah(Levy 2006):
Nilai (Value) ==> Sikap (Attitude) ==> Tingkahlaku (Behavior)
Berasaskan hubungan tersebut, jelas bahawa konstruk nilai memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi sikap dan tingkahlaku seseorang.
Nilai juga sering dikaitkan dengan aktiviti perniagaan iaitu nisbah kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk berbanding dengan kos (harga) yang dikeluarkan(Sweeney 2002; Sandström et al. 2008). Dengan kata lain semakin berkualiti sesuatu perkhidmatan atau produk maka semakin tinggi harga yang dikenakan. Selain daripada itu nilai ini adalah nisbah keuntungan (benefits) yang diterima berbanding dengan tanggungan (burden) yang dipikul oleh pengguna(Ulaga 2001). Kedua-dua definisi di atas memperlihat konteks nilai dalam pertukaran nilai wang dan sesuatu yang patut diterima oleh pengguna daripada satu pihak lain yang telah menyediakan perkhidmatan atau mengeluarkan produk. Ini merupakan pandangan tradisonal terhadap nilai yang menggunakan pendekatan Goods-Dominant Logic (GD-L) di mana nilai itu ditukar dengan wang setelah sesuatu produk dihasilkan. Hanya satu pihak yang terlibat sepenuhnya dalam mencipta nilai terhadap sesuatu produk - lazimnya melibatkan pertukaran produk dan wang(Vargo et al. 2008). Mana kala pihak pengguna hanya perlu menerima saranan nilai (value proposition) yang disediakan oleh pengeluar.
Pada ketika ini, satu perspektif baru terhadap konsep nilai telah diperkenalkan dengan mengambil pendekatan bahawa sesuatu perkhidmatan atau produk itu akan dianggap bernilai sehingga ia digunakan oleh pengguna(Vargo S. L. & Lusch R.L. 2004). Kondisi ini dikenali dengan nilai semasa-guna (value-in-use); dengan erti kata lain sesuatu perkhidmatan atau produk tidak mempunyai sebarang nilai selagi mana ia tidak digunakan walaupun kualitinya baik dan harganya mahal. Oleh itu pengguna yang bertanggungjawab menentukan dan mencipta-sama (co-creation) nilai terhadap sesuatu perkhidmatan(Sandström et al. 2008). Pendekatan alternatif ini dikenali sebagi Service-Dominant Logic (SD-L) di mana kedua-dua pihak; pengeluar dan pengguna sama-sama berinteraksi dan cipta-sama produk atau perkhidmatan yang bakal disediakan melalui integrasi sumber dan keupayaan menggunakannya(Vargo et al. 2008). Sehubungan dengan itu pengalaman pengguna merupakan tunjang dalam menentukan nilai(Prahalad & Ramaswamy 2004) terhadap sesuatu perkhidmatan.
So how these information relate to my work???

Friday, 20 August 2010
Naib Presiden Kanan, OUM: Prof Dr Mansor Fadhil
Hari ini pertemuan yang agak bersejarah. Proposal yang dihantar tempohari diteliti orang no 2 OUM. Pada hemat aku pihak berkenaan berminat dengan kajian ini. Pertemuan itu lebih menjurus kepada untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat kajian di OUM. Namun aku boleh kata pertemuan itu dibahagi kepada 2 bahagian:
1. Pertemuan rakan lama..ada cerita disebaliknya... ini tak perlulah dikongsi... biar ia menjadi sejarah dan nostalgia hidup.
2. Pertemuan rasmi antara researcher dan pihak pengurusan.
Pertemuan itu berlangsung hampir 3 jam. Prof luangkan masa untuk discuss proposal aku ni. Apa yang sering kerap keluar dari penelitiannya:
1. Masih belum solid
2. Tak nampak gap
3. Mari lihat apa yang kami dah buat.
Nampaknya aku kena akur, masih jauh lagi perjalanan PhD ni. Terdapat beberapa isu yang masih kritikal belum terjawab. Antaranya in term of service, apa yang OUM dah buat
1. Bermula dengan printed module, kini digital module with interactive, colorful and recorded
2. Bermula F2F ~ (25 org/kelas), kini fully online with recorded video lecture.
3. LMS: sebelum ni tutor F2F control studentnya dalam LMS, kini ada tutor khas untuk online yang engage dengan ramai student > 50 orang. oleh itu conversation dalam online forum via LMS more interesting.
Ini merupakan antara perubahan dalam service yang telah dibuat sepanjang operasi selama 10 tahun.
So apa lagi yang kurang? Di mana signifikannya kajian ini. ... Apa contribution kajian ini....Ah banyak lagi yang kena teroka...Ilmu ni terlalu mahal.. LASTLY PROPOSAL AMEND!!!
DON'T GIVE UP....WORKHARD... NO DISAPPOINTED IN ISLAMIC DICTIONARY
Perjalanan PhD ini tidak sama bagi setiap orang. Sesiapa yang pernah lalui ia akan menikmati. Apa yang penting sekarang usaha lebih gigih. Tapi ingat masa berjalan dengan pantas, tempoh semakin pendek. Apakah tamat dalam tempoh @ tak tamat terus. Walaubagaimanapun masa masih ada. Gunakan basi masa yang tinggal ini sebaik mungkin. Peluang ini pasti tidak akan berulang lagi.
Keputusan ditangan aku sendiri. Ingat, ingat, ingat..... berusaha sedaya mampu.. itulah jihad.. selebihnya bertawakkal.

Wednesday, 18 August 2010
Prof Irene Ng, University of Exeter
Prof. Dr Irene Ng, merupakan pensyarah terlibat dalam penyelidikan berkaiatan dengan service. Lihat blognya: http://value-basedservicesystem.blogspot.com/
Banyak yang dikongsi pada hari tersebut iaitu minggu lalu. Beliau mempunyai beberapa orang student PhD yang hampir nak graduate. Antara perkara yang dikongsi:
1. Outcome-based Contract
2. How you identify good services?
Banyak lagi cuma tak dapat nak cerita semuanya dalam blog ni.

Tuesday, 10 August 2010
Langkah 1- Ujian Rintis
Alhamdulillah setelah bertungkus lumus, maka ini langkah yang pertama perlu dilepasi(kajian rintis). Kajian aku ni tak jugak senang. Aku kena kenal pasti 'value' kepada setiap pengguna sistem e-learning (LMS). 'Value' ini penting bagi menjadikan mereka 'sustainable' dalam sistem tersebut. Mengapa sistem itu perlu dipertahankan sedangkan keupayaan web masa kini, ilmu itu boleh berlegar tanpa melalui LMS? Ye, tapi investment yang telah dibuat oleh pihak institusi perlu diambil kira. Proses pembelajaran perlu dilakukan dalam proses yang tersusun dan teratur serta mendapat tunjuk ajar dari komuniti yang berautoriti.
Kini LMS tidak lagi digunakan dimanfaatkan sepenuhnya. Hanya untuk tengok annoucement, assignment dan forum sesekali sekala sahaja. Ini berdasarkan kajian lalu, temu bual dan pengalaman. Sebagai seorang pelajar, LMS ini perlu sentiasa 'associate' dengannya, sebagaimana apabila searching kita immediate ke Google, email ke Gmail,Yahoomail, Hotmail. Oleh itu perlu ada inovasi dalam sistem LMS? Apa dia? Sedang dalam pencarian?
So langkah 1 ialah membuat kajian rintis, agar soalan temu bual itu dapat dilihat validity & reliability. Pembentukkan soalan berasaskan Means-End Theory (MEC). Proses temu bual menggunakan Laddering Technique. Kenapa teori ini dipilih? Sehingga kini, ini sahaja teori dan teknik yang digunakan untuk mengenal pasti 'value'. Walaubagaimanapun pencarian akhirnya adalah 'value-in-use' atau nilai-semasa guna.
1. Mengapa nilai-semasa guna penting ? --> kerana ia menjadikan seseorang itu menikmati sesuatu servis/produk semaksimum mungkin (puas, lega, suka). Sesuatu produk/servis akan bernilai setelah ia digunakan that why namanya"value-in-use"
2. Mengapa nilai-semasa guna itu perlu dikenalpasti dahulu? --> Agar tidak timbul pembaziran(produk)/tidak puas hati (servis) setelah kali pertama digunakan.
3. So bagaimana nak jadikan sesuatu servis/produk itu ada nilai-semasa guna? --> kenalpasti nilai pada consumer.
4. Nilai ini tidak boleh dinyata? Bagaimana? --> Perlukan multiple approach untuk collect data.
5. Kecikkan skop? Kajian fokus pada e-learning --> LMS --> kumpulan pelajar tahun akhir (lead user & experience)--> lahir selepas 1980 (gen X,Y,Z)
6. Mengapa tak lihat need & want? --> keduanya merujuk kepada functionality, sedangkan 'value' mencari sesuatu yang bersifat emotionality. EQ>IQ
Pertemuan dengan Fidah dan Baeiy dijalankan minggu lalu di Coffee Village berhampiran Pinggiran Putra. Masing-masing dalam proses untuk siapkan protokol kajian. Supervisor dan Dr Muriati tak putus-putus beri semangat. Yang penting sekarang ni usaha yang berterusan.
Sekian

Monday, 19 July 2010
TEMUBUAL
Rasa lama dah tak menulis dalam blog ni. Tak macam masa mula-mula belajar dulu. Kadang kala belajar ni ada masa-masanya bosan juga. Namun bersyukur sangat-sangat kerana diberi peluang. Peluang belajar dengan dibiayai bukannya boleh diperolehi semua orang. Sementara peluang itu ada pada kita...manfaatkan sebaiknya nikmat ini. Esok kita tidak menyesal kerana telah mencuba. Walau bagaimanapun sentiasa kena berusaha dan ikhlas untuk menuntut ilmu., Insyallah Allah akan buka laluan. "Selagi kau ikhlas Zul untuk belajar, insyaallah boleh berjaya jangan lupa usaha dan berdoa"- masih segar dalam ingatan pesan PM Dr Khatim (rakan sejak di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.
Sepanjang menyepi terdapat kerja yang dilakukan. Temubual dengan beberapa respondan. Sekarang ni tengah rehat le kejap. Setelah record temubual nak kena transcribe le pulak. Naik bengkak le telinga. Pesan Dr Maryati Yusop" Want you dah record, terus buat transcribe... penat tu tak payah cakap le tapi nanti lupa. Terus transcribe... memang penat" . Semangat betul beliau menasihatiku sewaktu jumpa di UNIKEB.
Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah pun agak kurang lagi sem ni. Masing -masing tengah buat proses masing-masing. Baeiy tengah buat modul perkahwinan, Fidah pula perbetulkan bab-bab penulisannya.SSME meeting group pun asyik tunda. masih belum jumpa masa yang sesuai. Minggu lepas demam. Rehat le beberapa hari.
Kita doa sikit:
"Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim... sesungguhnya apa jua yang ada dilangit dan dibumi malahan diantara keduanya milik mu belaka, salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Rasul SAW. Ya Allah sesungguhnya tiadalah daya dan upaya ku melainkan atas kudrat dan iradat yang dikurniakan olehmu pada ku. Andaikata pembelajaran ku ni memberi keuntungan kepada agamamu dan ummah bantulah aku. Andaikata ia terpesong, perbetulkan lah aku. Permudahkan pembelajaran ku ini agar tamat pengajianku ini mengikut tempoh yang ditetapkan dengan kejayaan. Semoga kejayaan itu aku sebar-sebarkan ilmunya pada hamba mu yang lain. Jadikan diriku ini sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu. Ya Allah tetapkan hatiku dan janganlah dibolakbalikkan setelah aku berada dijalan mu. Berikan kejayaan untuk rakan taulan yang sama-sama dalam jihad ilmu ini. Doakan keselamatan untuk seluruh insan yang sentiasa mendampingiku keluargaku, keluarga penyeliaku, keluarga rakan taulan ku dan seluruh muslimin dan muslimat.. Amin ya Rabbal 'Ngalamin"

Thursday, 24 June 2010
Pembentangan Proceeding: ITSIM10 - 15,16 & 17 Jun
Ini merupakan pengalaman pertama bentang paper di peringkat international. Terima kasih pada supervisor dan rakan SSME serta semua pensyarah yang menyokong dalam menjadikan pembentangan ini berhasil. Bukan le pandai sangat tetapi tak sangka juga sebenarnya kita boleh buat kalau sungguh-sungguh. Pertemuan dengan Baeiy dan Fidah dah lama tak jumpa. Kita kena kerja lebih keras lagi. Group SSME pun bulan ni baru sekali jumpa.
Pembentangan Propasal : Kak Su (IPRM)
Semalam Kak Su bentang proposal. Ramai dikalangan kita yang hadir untuk support. Dari kiri (Norabeerah IBMM, Muniza-IPBA, Balkeese -BPG, datng dari Colorado, US, Kak Wan-IPRM). Alhamdulilah lulus. Kita semua ni kena kerja keras. Hoi, kekawan semua, kita ni dah diambang Sem 4. Buat kerja betul-betul. masing-masing tahu apa nak buat.
Sunday, 13 June 2010
Pembedahan Jantung & ITSIM10
Sudah lama tidak menulis dalam belog ini rasanya. Nak kata sibuk sangat lepas pertemuan dengan Baiey dan Fidah tempohari, tak juga. Namun akhir-akhir ni sibuk ulang alik ke HUKM, hampir setiap petang. Ayahanda telah dimasukkan ke hospital sejak 3 Jun yang lalu kerana sakit jantung. Penyakit ini telah dapat dikesan sejak beberapa bulan yang lalu dan dijangka akan melakukan pembedahan pada 10 Jun. Beliau sepatutnya perlu berada diwad untuk persediaan pada 7 Jun. Tetapi oleh kerana agak kerap serangan itu, maka ia dimasukan lebih awal.
Pasukan pembedahan telah menangguhkan pembedahan itu sehingga 14 Jun ini. Ia berikutan beberapa penelitian akhir yang perlu dipastikan. Insyaallah, pembedahan akan dijalankan pada hari tersebut selepas jam 7 pagi. Dr telah menemui keluarga dan memaklumkan prosedur pembedahan pada pagi ini. Semoga perjalanan pembedahan berjalan dengan baik. Mohon sama-sama mendoakan yang terbaik.
Walaubagaimanapun urusan research aku tetap berjalan. Walaupun akhir-akhir ini pertemuan dengan Fidah dan Baiey tidak dibuat namun aku teruskan dengan kumpulan SSME. Kumpulan SSME kini akan berdepan dengan satu pembentangan di ITSIM10, KLCC pada 15-17 Jun. Ini merupakan pembentangan paperku yang pertama. Gerun juga kerana ini merupakan pengalaman pertama dan perlu dibentang dalam bahasa Inggeris. Mudah-mudaha OK. Semoga aku mendapat input yang berguna supaya dapat meneruskna kajian ini.
Kadang-kala aku naik pening juga. Orang lain buat kajian daripada tiada benda untuk wujudkan sesuatu produk. Sedangkan kajian aku bermula dengan produk yang sedia ada dan mengkaji kenapa ia idak digunakan sepenuhnya. So pendek kata kena buat innovasi. Mudah-mudahan aku bertemu dengan innovasi yang ingin aku lakukan.

Monday, 31 May 2010
KLCC
Selepas pertemuan dengan supervisor, aku teru lakukan interview pada keesokkan harinya. Tujuannya jelas untuk melihat kesahan soalan dan sejauhmana soalan-soalan yang dimenifestaiskan dari satu teknik itu boleh digunakan.
26 Mei aku bentang dalam SSME group. Alhamdulillah nampaknya ada sedikit perkembangan cuma tak pasti sejauhmana matlamat tercapai.
27 Mei jumpa Fidah dan Baiey di KLCC. Saja ubah selera. Jalan di kedai buku Jepun tu kejap dan lepak kat food court RASA. Hampir 2 jam kami di situ.
Natijahnya:
1. Soalan temuduga perlu diubahsuai supaya lebih 'open ended'
2. Prepare powerpoint untuk bentang pada 2 jun dalam SSME group
3. Seterusnya prepare untuk ITSIM
4. Prepare penulisan untuk journal.
Baiey akan ke Terengganu, bentang di UMT dan Fidah ke UK serta melawat Europe. 2 in 1, makan angin dan ada majlis di UK. Aku kat UK juga tapi UKKKKKKM!
"Ya Allah sesungguhnya apa jua yang dilangit dan dibumi serta di antara keduanya milikmu yang abadi. Aku bersyukur di atas segala nikmat yang kau pinjamkan pada ku, keluargaku dan seluruh kaum kerabatmu. Di atas keberkatan mu, rahmatmu, pemurahmu, kasihmu dan sayangmu, aku memohon agar kau sempurnakan pengajianku ini dengan ilmu yang manfaat untuk aku sebarkan bagi memperkasakan Islam dan menyelamatkan umat Muhammad yang lain. Berikan kejayaan dalam pengajian untuk ku, rakan-rakan yang seperjuangan denganku. Peliharakanlah kesejahteraan keluargaku, rakan taulanku, pensyarah-pensyarah yang membimbingku, limpah kurniakan segala kemurahan rezekimu kepada kami semua, dan jadikan kami terus bertaqwa padamu mengikut sunnah Rasulmu.Amin Ya Rabbal Ngaaalamin"

Monday, 24 May 2010
Pilot Test
Minggu ni aku dah siapkan satu soal selidik. Supervisor dah menampakkan keceriaan diwajahnya. Beliau minta aku terus cari responden. Mulakan segera. kena cepat dan analisis hasilnya. Masa berjalan begitu pantas. Ni dah sem 3. tinggal lagi 3 sem sebelum mula bertugas. Pengajian ini pelu dihabiskan mengikut tempoh.
Insyaallah akan ku usahakan segera, Bae dgn Fidah senyap aje. Mungkin minggu ni kita akan jumpa untuk check perkembangan. Ada beberapa aspek untuk teliti dengan lebih kritikal.

Thursday, 13 May 2010
SSME Group meeting
Semalam sarat dengan ilmu yang dikongsikan oleh PM Dr Shanudin, Dr Yaz dan Dr Muriati. Pertemuan itu melibatkan pembentangan dari Cik Nora & Elle. Tak pasti aku punya turn bila pulak. Tapi kini aku tengah berusaha juga ni.
Intipati pertemuan, berkaitan performance objective, TOC dari Cik Nora & Elle. Nampaknya mereka makin yakin sdengan setiap kali pembentangan. Aku juga menyerahkan kerangka konseptual pada Dr Yaz. Dia nampak agree tapi aku tgah nak foce untuk masukkan ke dalam satu journal. Dalam kes aku pulak aku nak kenalpasti lagi performance objective...
Hari ni Dr Yaz temuduga untuk AP. All the best.

Thursday, 6 May 2010
Buli!!!!
Athar Saidina Umar Al Khattab AlFaruok " Andaikata sabar & syukur itu ditukar kepada 2 ekor unta, nescaya aku tak kesah naik yang mana-mana"
Ini paper ITSIM punya hal, dugaan betul. Aku dah hantar permohonan pada 26 Apr 10 lagi, tapi tiba-tiba namaku tak tersenarai dalam tajaan fakulti, yang lain hantar lewat daripada aku dapat. Sedih juga. Namun alhamdullillah, dengan izin Allah, Dr Azlina, Dr Juzaiddin , Dr Yaz, Pak Abu dan Kak Pora bantu, nama aku tersenarai dapat juga walaupun dah lepas tarikh.
Inilah pengalaman pertama hantar international paper. Banyak sikit dugaan. Lain kali mungkin lebih mudah. "Learn through experience"
Kita doa sikit " Ya Allah, sesungguhnya di sebalik penciptaan langat dan bumi, dan silih berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda kebesaranmu, bagi siapa yang mahu berfikir. Maka dengan rahmat dan kebesaranmu aku memohon permudahkan diriku, rakan-rakan seperjuangan ku menempuh badai, gelombang dan kesukaran dalam menuntut ilmu ini sehingga kami dapat mengecapi kejayaan yang kami inginkan. Piliharalah iman dan ketaqwaan, kesihatan dan kesajateraan untuk, kami sekeluarga, ibubapa kami, penyelia-penyelia projek kami, dan seluruh yang membantu kami dalam merentasi JIHAD ILMU ini, Amin ya rabbal alamin"

Wednesday, 5 May 2010
Banquet, UPM
Sudah lama kami tidak bertemu di Banquet, UPM. Fidah, Baiey dan aku mengadakan pertemuan seperti biasa. Agendanya sama aje, makan bincang masalah peribadi, perjalanan hidup seketika setelah sekian lama tidak berjumpa dan perkembangan research. Di sini perbincangan kami agak privasi.
Fidah ke Pulau Perhentian, ambil Sijil Diver sambil bercuti dengan keluarga. Baeiy pula apa haaa... lupa. Aku sibuk dengan kemas rumah, abah masuk hospital, kad kredit kena block (bukan tak bayar, haa) dan pelbagai lagi.
Sesi kedua lepas makan kami mula membincangkan perkembangan research untuk Sem 3 ini. Masing-masing memberi tahap pencapaian masing-masing. Fidah dan Baeiy memberi komen yang cukup bermakna berkaitan dengan hasil kerja aku untuk next step...
Perkara yang masih ketara untuk kes aku adalah pendefinisian istilah 'nilai' masih lagi belum clear. Perlu sediakan soal selidik 'nilai' untuk tujuan pengukuran. So next step...
1. definisi nilai
2. soalan soal selidik.
Walau bagaimanapun tahniah pada semua kerana masing-masing mempunyai peluang untuk bentang ke seminar yang bersesuai dengan bidang masing. Cuma dalam kes aku ni sehingga selepas tempoh tamat masih lagi belum dapat upload manuskrip.
"ALLAHHUM MANGASSIR, WALA TUNGASSIR, WATTAMMAT BIL KHIR WAL BARAKAH'

Wednesday, 28 April 2010
Memperkasa motivasi
Hari ini bertemu Kak Su dan Muniza di Restoran Anja. Pertemuan kali ini selain dari makan bersama kami membincangkan soal research dan pembentangan kertas kerja di ITSIM10. Kertas kerja aku dipilih untuk dibentangkan manakala Muniza turut dipilih tetapi untuk Poster presentation sealin daripada dimasukkan dalam prosiding. Pertemuan kami bermula jam 12 hingga 2.30pm.
Banyak kami perkatakan terutama perkembangan research yang kini kami merasai jalan buntu. Aku buntu setelah aku memperolehi definisi value, so next step.... Kini walaupun demikian aku terus membaca. Aku cuba lihat dan kembalai ke proposal. Well, kini kami semua telah meninggalkan semester 3. Ada yang sudah bentang proposal, ada yang sudah mula give up, samapi nak jumpa supervisor pun takut dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun aku sentiasa bersyukur dengan ALLAH SWT kerana perjalanan PHD aku ni walupun banyak rintangan namun aku sentiasa mengingatinya.
Esok group SSMEakan buat pertemuan. Pertemuan-pertemuan ini menguatkan semangat untuk aku terus belajar. Terima kasih kepada PM DrShanudin, Dr Yazrina, Dr Muriati, Dr Salha (malangnya beliau kini berada di luar negara namun aku percaya jika beliau berada di sini beliau turut aktif dalam group SSME). Pembentangan hari ini oleh Muhammad Tamimi al Iraqi.
Next step... aku akan bincang dengan group pada hari ini insyaallah.
"Ya Allah, cerdaskan mindaku, kuatkan ketabahan dihatiku, jauhkan masalah peribadiku, peliharakan kehidupan diriku dan keluarga, supervisor dan keluarga, pensyarah-pensyarah yang menyokong kerja-kerjaku dan rakan-rakan yang sama-sama belajar ini semoga kami semua memperolehi apa yang kami cita-citakan---- Amin ya rabbil a'lamin"
Sebelum tu sebagai peringatan: Pada hari sukan sekolah anak kembarku aku telah bertengkar dengan guard sekolah. Kesan pada itu aku menghantar surat ke pengetua sekolah dan YDP PIBG. Tindakan mereka positif. Dan pengalaman yang hendak dikongsi, tak perlu beradu kekuatan dengan golongan yang berbeza mentaliti. Sebaliknya gunakan pendekatan yang lain yang lebih profesional. Panjang lebar dalam surat tu aku maklumkan namun sekadar ini untuk coretan pagi ini.

Monday, 19 April 2010
Bulan Urusan Peribadi
Bulan April ni penuh dengan masalah peribadi. Akhir bulan 3 pindah rumah baru, sampai hari ni pun tak siap-siap kemas. Lat 2 hari ayah masuk hospital kena serangan jantung. Seminggu juga kat hospital. pagi uruskan anak-anak sekolah petang ke hospital. Buat masa inimasih lagi jadi 'driver' buat anak-anak. 4- 6 trip sehari ulang alaik sekolah - rumah.
Anak kecil masih lagi tak stabil di sekolah buru. Dia macam tak suka aje sekolah barunya. Esok cadang tukar sekolah lain. Jauh dari rumah tapi sehala dengans sekolah abang dan kakaknya. Minggu pertama April terlibat dengan pembinaan ABM untuk JAIS. Oleh kerana anak sekolah JAIS maka korban sedikit masa untuk cikgu-cikgunya semoga mereka perihatin dengan anak-anak kita.
Minggu ni, baru nak uruskan untuk ITSIM 10, masalah peribadi masih tak settle-settle lagi. Jadual belajar pun terpaksa diubah suai, supaya tempoh pembelajaran masih lagi sama. Sebelum ni seminggu study untuk PTK. Itu satu lagi hal. Kalau tak kerana nafkah keluarga nescaya aku pun buat tak layan PTK ni. Oleh kerana jawatan aku ni memangku, study hanya untuk dapatkan III aje. Mudah-mudahan aku tak ulang lagi.
Ok sekarang ni, kena FOKUS! FOKUS! FOKUS!!! MASA BERJALAN, RESEACH ASYIK SLOW AJE, STRAGGLE

Tuesday, 6 April 2010
Antara Dugaan dan Kesabaran
Sudah hampir lebih sebulan tidak menulis dalam blog. Selepas pembentangan bulan 2 yang lalu, rasa ini kali yang seterusya saya menulis. Dalm tempoh ini pelbagai perkara yang berlaku. Melalui pembentangan tersebut Dr Shanudin dan Dr Muriati berkali-kali bertanya 'value' apa yang hendak diperolehi dari pengguna elearning. Alhamdulillah selepas 3 minggu aku menulis lagi dan aku menemui beberapa konstruk yang berkaitan dengan 'value'. Peluang itu aku ambil kesempatan untuk berbincang dengan supervisor. Macam biasa proses menulis ini memerlukan percambahan minda.
Alhamdulillah kerana supervisor tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar malahan kata-kata semangat untuk aku mencari. Di antara kata-kata yang perlu aku ingat:
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi, kini akau telah berpindah ke rumah sendiri. Dengarnya memang sedap tetapi proses sebelum pindah dan selepas pindah mengambil masa yang banyak. Sehingga kini line telefon dan internet masih lagi tak settle. Dua hari lepas tu Ayah pulak masuk hospital kena serangan jantung. Mana nak buka kotak-kotak barang yang pindah rumah, gi hospital lagi, nak study lagi, anak-anak tukar sekolah baru. Bingung-bingung betul. baru-baru ni curi masa untuk berbual dengan Ms Neilsen dari Greenwich University.Itupun tak boleh fokus sebab, pihak hospital dah telefon untuk bincang situasi ayah.
Akhir-akhir ni pc pulak rosak,. Fidah dan Bae pun aku dah lama tak jumpa.Itulah dugaan. Walau bagaimanapun aku sentiasa bersyukur di atas segala nikmat.Namun aku bertekad untuk menyempurnakan , pengajian ini sehingga tamat. Soal tempoh itu tak penting tetapi nilai pengajian itu yang utama.
Jumpa lagi, sentiasa doa yang terbaik.
Alhamdulillah kerana supervisor tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar malahan kata-kata semangat untuk aku mencari. Di antara kata-kata yang perlu aku ingat:
1. Jangan melapor tetapi kritik kemudian keluarkan idea sendiri.
2. Lihat kajian orang lain yang seiringan dengan kajian sedang dilakukan.
3. Dapatkan metodologi bagaimana untuk capture 'value' dari pengguna.
Walau bagaimanapun perlu banyak lagi pembacaan. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi, kini akau telah berpindah ke rumah sendiri. Dengarnya memang sedap tetapi proses sebelum pindah dan selepas pindah mengambil masa yang banyak. Sehingga kini line telefon dan internet masih lagi tak settle. Dua hari lepas tu Ayah pulak masuk hospital kena serangan jantung. Mana nak buka kotak-kotak barang yang pindah rumah, gi hospital lagi, nak study lagi, anak-anak tukar sekolah baru. Bingung-bingung betul. baru-baru ni curi masa untuk berbual dengan Ms Neilsen dari Greenwich University.Itupun tak boleh fokus sebab, pihak hospital dah telefon untuk bincang situasi ayah.
Akhir-akhir ni pc pulak rosak,. Fidah dan Bae pun aku dah lama tak jumpa.Itulah dugaan. Walau bagaimanapun aku sentiasa bersyukur di atas segala nikmat.Namun aku bertekad untuk menyempurnakan , pengajian ini sehingga tamat. Soal tempoh itu tak penting tetapi nilai pengajian itu yang utama.
Jumpa lagi, sentiasa doa yang terbaik.
Saturday, 27 February 2010
Value, Value, Value....
Pertemuan Baiey dan Fidah seperti biasa setiap minggu. Minggu selepas pembentangan itu aku bertemu Baiey sahaja di library. Fidah tak datang. Perkembangan pada hari tu ialah mengulas semula apa yang dibincangkan semasa pembentangan tempohari. Hasil dari itu aku cetak beberapa buah buku yang dicadangkan oleh Dr Shanudin. kini proses pembacaan bermula semula.
Selapas itu kami bertemu sekali lagi di Cafe UPM , selepas CNY. Fidah ajak jumpa. Usrah kami seperti biasa. Kami akan mulakan proses meluahkan segala masalah supaya masalah sampingan seperti rumah tangga, kereta, jiran dan lain-lain hal ditangani segera. Lepas aje makan kita fokus kepada perbincangan kumpulan.
Nampaknya kita masihlagi lemah dalam penulisan lit.review dan masih tercari-cari lagi mental model kajian. Fidah, Baeiy dan Aku dah bentang proposal alhamdulillah. namun cabaran selepas pembentangan itu lebih besar.So kami membina target. Pada kali ini kita semua dikehendaki menulis.
Aku fokus pada persdoalan Dr Muryati. Senak dada aku tempoh hari bila dalam sesi soal jawab, beliau kata sehingga kini "..patut dah tahu definisi value yang hendak digunakan dalam kajian, list of value yang hendak difokus...". Kata-kata itu memberi peransang yang kuat pada aku untuk teru mencari makna 'value'. Ye pada pembacaan aku kini berkaitan dengan value dan list of value.
Baru-baru ni jumpa Asmady dari Poli Jitra beberapa hari selepas pemergian rakan kami JAZMI (Al-Fatihah). Beliau memberi semangat bertubi-tubi pada aku malam tu supaya tulis dan terus menulis. Semua yang lahir dari kata-kata tanpa ditulis tidak akan memberikan makna dalam kajian. At least 3-4 muka surat 1 hari. Good Luck.
Aku kena habiskan belajar ni kalau tidak aku malu. Walaupun ia bukanlah matlamat akhir dalam hidup tapi ia memberi makna dan sebagai salah satu jalan untuk aku tinggalkan bahan jariah kepada umum dan menambahkan nafkah untuk keluarga.
Kadang-kadang jiwa aku tertekan pasal rumah yang baru siap tu. Boleh dikatakan duit habis tapi tak puas hati dari hasil kerja. Namun aku kena akur, itulah jiwa aku sebenarnya, jika aku belajar, benda lain aku akan tolak tepi, rumah asal siap dan selamat. Soal nak cantik, kemas, orang komen tak cantik le, tu jangan hirau. Kalau aku kerja rela tinggalkan pejabat kerana nak pastikan urusan keluarga nombor 1. Di sebabkan belajar urusan lain kena tolak tepi malahan Tok Saudara meninggal pun aku tak jengah. Pasal Belajar No 1. Yang pergi teruskan pemergian, yang belajar esok lusa orang tanya bila nak bentang. Lagi stress!!!
Belajar ni aku punya urusan dan hanya aku yang kena selesaikan. Urusan lain jika orang lain boleh buat, suruh aje orang lain buat.
OK

Monday, 8 February 2010
Progress Report
Minggu lalu pertemuan dengan Baeiy dan Fidah berlansung seperti biasa pada hari Rabu. Aku perlu jumpa mereka kerana aku akan bentang progress report pada 5 Feb 2010. Aku nak mereka lihat slide powerpoint dan perbincangan pada keseluruhan perjalanan research. Kami jumpa di cafe upm dari jam 2.00 -4.00 ptg.
5 Feb 2010 - Aku memulakan pembentangan pada jam 9.20 pg. Kumpulan SSME sehahagian besarnya hadir. Dr Yaz tidak dapat hadir tetapi Dr Shanuddin dan Dr Muryati bersama. Terima kasih kerana kehadiran anda semua merupakan titik perbincangan bagi menentukan halatuju seterusnya.
Semasa pembentangan tersebut, banyak perkara yang ditegur (Alhamdullillah) terutama pada Dr Muryati dan Dr Shanudin
1. Definisi 'value' masih belum ada. Apa senarai 'value'?
2. Bagaimana nak kenal sesuatu value, kemudian nak ukur/nilai?
3. Isu gap : macam tak nampak gap. Kenapa kajian ini perlu dilakukan.
4. Objektif kajian masih luas
5. Isu pragmatik.
6. Apa kekurangan approach lain yang memerlukan approch ini?
Ini merupakan komen yang dapat aku senaraikan. Namapak sikit tai semuanya itu big issues yang harus akau tangani. Berbanyak terimakasih sekali lagi pada Dr Shanuddin dan Dr Muryati serta rakan-rakan SSME. Kalau nak katakan semangat pada ketika tu 'down' betul. Tapi itulah proses belajar. Semua teguran mereka itu bukannya untuk menggagalkan aku tapi merekan nak aku berjaya. Biar akau'down' sekarang, dan bukannya masa viva. Selain itu mereka cadang buku, bukan tu aje, downloadkan, AKU cuma print dan baca.
Cuba fikir beginilak
Outcome <= objective <-- criteria <- feature <- strategi (survey, prototaip, dll)
Bersyukur aku menerima kalian sebagai group. Aku rehat 1 - 2 hari. Release tansion. Kesiah juga kat isteri dan anak-anak. Jadi mangsa baran aku ni. Okaylah sekarng ni dah lega, itu yang boleh tulis dalam blog ni. Sekarang aku kena bermula semula.
"Aku bukan orang yang kalah, orang yang kalah adalah mereka yang berhenti mencuba"
Cuba lagi, cuba lagi sekali lagi.
Semangat jangan berhenti.
Cuti masih panjang. Teruskan perjuangan.

Thursday, 28 January 2010
Perkembangan Mingguan & ALTIMA
Salam semua, rasanya lama dah tak menulis dalam blog. Sesekali teringin juga nak laporkan perkembangan supaya tidak leka dengan persekitaran. Pada minggu lalu hari Jumaat, pertemuan group SSME buat pertama kalinya diadakan pada semester ini. Pembentangnya adalah Mari & Nurul Huda. Suatu pembentangan yang baik dan berkongsi pengetahuan. Di akhir pertemuan itu aku serahkan cadangan soalan temubual pada Dr Muryati & Dr Yaz untuk meneliti soalan-soalannya. Berdasarkan raut wajah mereka nampaknya soalan-soalan yang dicadangkan perlu diperbaiki. Aku akan perbaiki.
Kemudian, minggu ini pertemuan dengan Baiey di PSTL, UKM untuk cadangan penambahbaikan soalan-soalan tersebut. Fidah tak dapat datang kerana ayahandanya uzur di Hosp. Tawakkal.(Sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh). Sebelum tu jumpa Kak Su, Kak Hjh Rosni dan Norabeerah. Sempat bual kejap. Minggu ni aku kena siapkan 2 penulisan
1. ITSim2010 yang akan berlangsung pada Bulan Jun 2010, KL
2. Doctoral Colloqium bulan Mac 2010 di Stanfordshire, Uni.
Kedua-duanya dah submit. Cuma masih perlukan pembetulan kepada beberapa perkara lagi.
Hari ni nak rehat kejap. Aku gi Sek Teknik Melaka, atas kapasiti ALTIMA. Sekolah lama. Jumpa pelajar baru masuk. Kami serahkan jessi bola sepak untuk team sekolah. Hasil sumbangan dari ahli ALTIMA.
Target minggu ni: Siapkan prototaip & perbaiki soalan temubual, hantar full paper ke Stanfordshire
Thursday, 14 January 2010
Perkembangan Kajian
Alhamdulillah minggu ini nampaknya agak tenang berbanding minggu lalu. Urusan anak-anak pun sebahagian besarnya dah selesai. Isteri pun dah mendaftar di UKM serta kursus yang diikuti pun dah hampir terurus. Urusan renovation rumah pun hampir selesai, mungkin hujung-hujung minggu ni dah boleh masuk untuk basuh sikit-sikit. Tinggal lgi grill dan cat sahaja.
Minggu ni pun ada pertemuan dengan Fidah dan Baiey. Isteri pun join sama. Kami bertemu di cafe UPM. Setelah beberapa minggu menyepi berkaitan dengan research, kali ni kena kerja lebih keras untuk menjadikan ia lebih terurus. Nampaknya rakan-arakn lain lebih maju dan dah mula menampakkan hasil. Sedangkan aku masih lagi terpinga-pinga dengan permasalahan kajian. Pernyataannya msih lagi belum konkrit dan tujuannya masih lagi boleh dipertikaikan.
Namun begitu, bukan dalam keadaan berdiam diri tetapi sedang mengatur langkah demi langkah. Di antaranya
Tak pasti tarikhnya tapi aku jumpa Dr Salha dan Dr Muryati ketika makan tengahari. Mereka mencadangkan aku kaji tentang SPIN. Cabaran sedikit aku tidak boleh log in ke SPIN UKM kerana aku tidak mendaftar sebarang kursus.
31 Dis 2009 - Aku jumpa dengan Prof Abtar Kaur dari OUM. Beliau profesor di bidang e-learning. Beliau memberikan galakan yang baika supaya aku meneruskan kajian ini. Beliau juga sedang melakukan kajian yang hampir sama tetapi lebih kepada pedagogikal aspek.
Semalam ajak Dr Juzaiddin untuk bincang berkaitan kajian ini. Beliau nampak kajian ini tetapi masih lagi perlukan kekuatan baru. Beliau cadangkan aku teruskan dengan membina framework dan prototaip segera.
Hari ini dalam proses aku nak 'disect' SPIN aku bertemu dengan Prof Muhamad Amin Embi. Bagus orangnya. Beliau yang terlibat dengan e-pembelajaran di UKM. Banyak maklumat yang diberikan. Beliau juga menyatakan kajian ini mempunyai contribution dan perlu diteruskan. Beliau juga mencadangkan beberapa keyword dan beberapa pembacaan yang perlu ditelaah.
Aku juga berbincang dengan Dr Khatim. Biasalah, beliau ni orang yang tenang. Setiap kali pertemuan aku dengan nya beliau akan beri tahu "TAK APA, Baru 2 semester, 3 semester" cold aje. Kalu stress pun tak boleh buat apa. Mana ada orang buat PhD tak stress. Stress is normal. Learn! But don't let your head demage.
Apa yang penting "DEFINE PROBLEM STATEMENTS AS WELL"

Thursday, 7 January 2010
Keluarga Thaliban
Kini dah masuk Minggu ke 3 Sem 3 dalam cuti belajar. Secara kasarnya urusan reseach agak terlalu slow atau hampir tak bergerak. Buat masa ni 1 hingga 3 minggu kena urus keluarga supaya berada pada track yang betul dulu.
Isteri pun sambung belajar di FPI, UKM
Anak Sulong Twin 1: Di SMK Segambut Jaya dalam Aliran Agama
Anak Sulong Twin 2: Di SMK Sungai Besi sedang buat rayua untuk ke SMK Segambut Jaya untuk aliran yang sama.
Anak ketiga : Tahun 6 UPSR lagi
Anak keempat : Tahun 3
Anak kelima : Masuk Tadika 5 tahun.
Semua ni dah jadi Thaliban dari ayah sampai ke anak. Yang peningnya pergi dan balik masa tak sama. Dalam kepala ni macam-macam fikir. Insyaallah harap perkara ni akan segera stabil.
Insyaallah rumah yang baru renovate akan siap. Kini urusan mosaic yang masih lagi tak seattle. Kejap ada yang cukup dan ada yang kurang. Harap minggu ni siaplah daha letih ulang ke kedai mosaic.
Lama tak jumpa Baiey dan Fidah. Nampaknya kalau tak jumpa reseach pun kurang perkembangan. Nanti kena set semuala agar lebih cepat pergerakannya.

Lit. Review & cipta framework
Semester 3 bermula. Pada semester ni banyak perubahan yang berlaku. Bermula urusan harian sehinggalah research progress. Walau bagaimanapun target reseach semester ni adalah present paper di conference. Ke arah persediaan itu, target penulisan perlu menjurus kepada lit review dan pembinaan konseptual framework
Subscribe to:
Posts (Atom)