Search This Blog

Tuesday, 15 December 2009

Prof Lorna Uden

Beliau merupakan antara pakar dalam bidang IS dan Service Science. Sempat bertemu dengannya dalam sesi ucapannya berkaitan dengan service innovation & knowledge management. Diakhir pertemuan aku ambil le sedikit kesempatan untuk berbual dengannya berkaitan dengan kajian. Beliau komen dengan bersahaja menyatakan kajian ini very difficult & imporsible. TERSADAI AKU. Aku kena fikir semula nampaknya.


Walau bagaimanapun komennya cukup bermakna dan sesi kuliahnya cukup bermanfaat. Selain pada tu beliau trigger satu persoalan.

Nak INNOVATION or INVENTION? Which one? Choose once only.

Tuesday, 8 December 2009

Perkembangan...

Alhamdulillah pada minggu lalu jumpa Fidah dan Baiey di PTSL. Cerita minggu lepas tak sempat nak dirakamkan. Pertemuan macam biasa, bincang perkembangan. Fidah tengah tulis lituratur. Baiey pun sama mantapkan lagi beberapa aspek penulisan. Aku pula tengah pulun siapkan satu artikel untuk conference.

Antara isu yang diutarakan pada sesi pertemuan itu:
1. Cara tulis lit review terlalu lemah. Aspek yang dikenal pasti adalah berfikir secara kritikal.
      i. Baca & tulis  idea orang & catat dalam penulisan anda : Lapor saja
     ii. Baca & tulis idea orang & kritik dalam penulisan anda: Lit. review  
    iii. Baca & tulis idea sendiri & biar orang lain kritik : Percambahan minda
    iv. Kritik penulisan sendiri & biar orang lain kritik juga: Refleksi
         (Kesemua proses harus dilalui sepanjang belajar ni!. Banyak sabar).

2. Buat latihan at least 1 para. dan bentangkan pada group:
     i. Tulis idea anda
    ii. Dapat sokongan
   iii. Ada tak yang menentang? Kenapa
   iv. Kesimpulannya, anda buat keputusan.

3. Kena kerja lebih keras. Jangan malas. Tumpuan semester ini adalah penulisan PROCEEDING sekurang-kurangnya 2 paper/semester.

4. Perlu clear dengan kajian. Jika tidak catat apa yang masih kabur.

Tuesday, 24 November 2009

Urusan Persekolahan & Berkhatan

Alhamdulillah, minggu ni rasa nak rehat sekejap lepas bentang proposal tempohari. Nak kena urus beberapa tugas keluarga.
1. Urusan persekolahan kembar yang baru lepas UPSR.
2. Anak yang ke-3 pula berkhatan

Salah seorang nak buat semakan semual UPSR.Saja nak check mungkin berubah kepada result yang lebih baik. Manakala yang ke-3 pula selamat berkhatan.

So esok Insyaallah akan mulakan pengajian baru dengan tajuk 'Actor Network Theory' atau 'ANT'. Apa tu....! Tunggu le baru nak mula. Ini merupakan satu daripada komen panel semasa pembentangan tempohari. Rasa up le sikit. Dalam belajar kali ni aku bahagikan kepada 4 fasa. Mudah - mudahan setiap fasa itu berlaku lebih cepat ataupun mengikut perancangan. Harap-harap jangan pula terlewat. Bukan apa nak bagi peluang orang lain pula sambung belajar.

Fasa 1 - Pembentangan Proposal --> 2009  ==> Komen: Alhamdulillah on target
Fasa 2 - Bentang tidak kurang dari 2 prosiding (Luar + dalam negara) --> 2010 ==> Insyaallah
Fasa 3 - Bersedia untuk lengkapkan penulisan + viva ---> 2011 ==> Insyaallah
Fasa 4 - Penyerahan tesis --> 2012 ==> Independence Day

"Maha Suci Allah yang mengatur segala perancangan".... Amin

Monday, 23 November 2009

Bentang Proposal & UPSR

Pada 19/11/2009 merupakan tarikh yang penting dalam pengajian.
1. Aku bentang proposal
2. Result UPSR 2009 diumumkan

Aku nak nukilkan satu persatu
Alhamdulillah pembentangan proposal berjalan dengan lancar. Aku peserta ke 4. Penilai luar dari UPM PM Dr Hasan dan pengerusi Dr Maryati Mohd Yusoff. Selain terdapat PM Dr Juhana Salim (KJ Sains maklumat), Dr Kamsuriah dan beberapa orang lagi pensyarah FTSM bersama selain dari itu adalah pelajar PhD.

Keputusannya panel meluluskan proposal dengan pembetulan. Di antara komen yang perlu aku beri perhatian serius
1. Apa nak buat? perlu fokus dan boleh tulis dengan betul
2. Fokus pada usability/ usage instead of interaction
3. 'glue' - perlukan research yang medalam, apa konsep terkini dalam teknologi
     i. customize
    ii. loyalty : verify melalui survey
4. cara penulisan RQ seolah-olahnya terdapat 2 framework.
5. Perlu jawab mengapa kena bina framework? Apakah yang tidak relevennya framework yang sedia ada
6. Perlu kaji beberapa model e-learning yang establish, banding dan keluarkan bebezaannya.
7. Tajuk perlu ubah, mesti beri sebab yang konkrit pada setiap patah yang terdapat dalam tajuk
8. Manage literature review dengan 3S ( story, structure, santence)
9. Methodologi :
    i. Social interaction analysis
   ii.  Author Network Theory
10.  Penulisan liturature review hanya dalam konteks Malaysia, Bagaimana diluar negara? supaya universal dan balance lituratur
11. Kenapa kena guna service sceince. Justify?
12. Apa yang lemah pada Blackboard, Moodle, WebCT dll


Demikianlah beberapa kelemahan yang perlu dibaiki lagi. A journey just started!!!

Selain itu pada hari ini juga aku terima berita result UPSR. Sebagai bapa aku hanya harap anak dpat yang terbaik. Namun dalam dunia ini bukan semuanya apa yang kita rancang akan dapat semua. Walaubagaimanapun aku pasrah. Anak-anak dah aku usahakan dan mereka juga berusaha. Tapi keputusan tidak seperti yang dijangka. Namun begitu sekurang-kurangnya ia jauh lebih baik masa aku periksa Penilian Darjah 5 dulu.

Apa-apa pun Alhamdulilah semoga aku, keluarga sihat dan dilimpahi rahmat. Mudah mudahan anak-anak menjadi penyejuk mata dengan akhlaknya yang mulia. Amin ya Rabbal  'Alamain

Saturday, 14 November 2009

Dr Muryati & Supervisor

Pada minggu lalu (Selasa) aku hanya sempat bertemu Baiey. Fidah kurang sihat. Baeiy baca penulisan. Ada beberapa komen. aku betulkan. Keesokkannya aku berjumpa Dr Muryati. Aku pernah bertanya kepada supervisor aku sebelum ini, jika aku bertanya dengan pensyarah lain adakah beliau akan terasa hati. Beliau mengulas 'Don't mind'. Duduk tak lama supervisor aku masuk. Alhamdullillah kami dapat berbincang sama. Supervisor aku nampak penat kerana baru balik dari Conference IVIC.

Di antara ulasan Dr Muryati;
1. Aku dah mula tersasar dari yang sebelum ini. Beliau minta aku kembali kepada yang asal
2. Aku terlalu tertumpu kepada implementation wah hal, PhD level mungkin tak perlu implement sepenuhnya. Perlu lebih tumpuan pada peringkat framework dan bagaimana nak proofkan
3. Kaji framework sedia ada dan keluarkan kekurangnya dengan keperluaan sekarang.
4. Buat table yang mana dah 'clear' dan yang mana masih 'confuse'
5. Untuk proposal : Fokus pada pernyataan masalah dan tujuan kajian.
6. Dapatkan ciri-ciri 'value co-creation' dan 'value-in-use', Pesannya: Kalu mu jupa tepi jale mu tahu bagimana nak bezakan
7. Kembali kepada pembacaan Prahalad dan lihat Building Block.
8. Buat PhD ni kena Firm & Asertif. Pastikan yakin bahawa di sini ada penyelesaiannya.
9. Kaji e-Learning --> Lihat Framework --> pastikan responden --> nyata masalah & kekurangan sedia ada.
10. Setakat ni dah baca,
e-learning sedia ada ==> orang kurang menjana interaksi
jika e-learning + value co-creation ==> ???
jika ??? == 'value-in-use' ==> ??? berjaya (Proof it)

Okaylah setakat ni yang dapat dikongsi minggu ni.

Friday, 30 October 2009

Pernyataan Masalah belum clear

Proses penulisan terus berjalan. Cuma hari ni kena cuti kejab kerana urusan di institut, masalah perjawatan & PTK. Alhamdulillah PTK lulus. Memadai dengan yang ada keran ia cukup untuk syarat kenaikkan pangkat. Satu lagi buku yang aku tempah dari British Library pun dah sampai. kali aku kena kerja lebih keras kerana tempoh pembentangan makin hampir. Dalam masa yang sama penyataan maslah masih belum cukup clear. Rakan-rakan yang lain juga membantu namun masih belum cukup jelas lagi.

Semalam bertemu Baiey dan Fidah. Baiey nampak ceria. Jelas kelihatan Fidah tension gaban. Aku pun tension tapi tak mampu nak buat apa. Aku dengar rakan-rakan di FTSM dah mula bergerak dengan smooth. Nampaknya aku yang tergedek-gedek. Insyaallah berkat doa dan usaha akan aku tempoh segala rintangan yang mendatang. Mudah-mudahan cita-cita tercapai. Amin ya Rabbal allamin.

Wednesday, 28 October 2009

Penulisan Proposal

Minggu ni aku terpaksa bertapa di rumah kerana hendak menyiapkan penulisan proposal yang bakal dibentangkan awal Nov 2009. Ini merupan pembentangan yang pertama samada kajian ini boleh diteruskan ataupun tidak. Terus atau sebaliknya bukan isu. Tetapi ini percubaan yang pertama yang perlu dilalui.

Masih banyak persoalan yang belum terungkai. Walau bagaimanapun akan usaha yang berterusan sedang dilakukan.Mudah-mudahan sihat dan tidak banyak masalah-masalah teknikal yang timbul. Pertemuan dengan Baiey dan Fidah insyaallah pada hari khamis ni.

Perkembangan penulisan masih lagi ditahap Bab 1 - Pengenalan dan mula bergerak untuk topik-topik yang berikutnya.

Tuesday, 20 October 2009

Design & Interaction

Pertemuan minggu ini membabitkan map yang aku serahkan pada supervisor minggu lalu. Kali ini mula menampakkan bibit-bibit cahaya yang bakal menyinar dalam kajian ini. Supervisor mula nampak kerelevenan dan meminta pencarian terus dijalan. Penekanan kepada teknik penyoalan WHY? design, interaction, motivation, value-in-use, Father of ... HOW? and so on. Pastinya sehingga kini aku gagal menjawab dengan cara ilmiah yang bersandarkan pada author yang berkeliber. Walaubagaimana pun ingin diucapkan terima kasih kepada Dr Shanuddin, Dr Salha, Dr Muriati, Dr Khatim, Dr Juzaiddin dan rakan-rakan lain yang sentiasa memeberi motivasi.

Hari ini pertemuan dengan Baiey & Fidah macam biasa. Baiey menyediakan slaid untuk bentang proposalnya pada 24 okt ni. Dalam perbincangan kali ini Baiey dikehendaki memberi penekanan kepada aspek konseptual framework, hipotesis, dan teknik penghasilan slaid yang berkesan. Manakala Fidah pula menghadapi sedikit masalah keyakinan dalam membuktikan kajian ini sah dan boleh dipercayai. Sepanjang perbincangan hari ini jelas isu 'bias' begitu nketara dalam kajiannya. Kali ini kami membantu bagimana untuk mengawal pembolehubah yang menyumbang kepada 'bias'. Pelbagai pandangan seperti checklist pre & post, Rausch Analysis dan sokongan pemerhati tambahan.

Alhamdulillah perbincangan begitu teratur dan banyak kepada isu hipotesis, teori, konseptual framework. Antara kami terdapat kelebihan setiap orang. Dan aku rasa bangga bersama mereka. Jumpa lagi.

Thursday, 15 October 2009

Re...Search

Hari ni pertemuan aku, Baiey dan Fidah macam biasa. Cuma pertemuan kali ini tidak di kabin atau pun library. Asalnya kami nak lunch di UPM tapi malangnya, tempat yang biasa kami mentah kedarah tu tutup sebab renovation. So kami buat decission untu ke UNITEN. Pekena kuey tiaw kerang dengan air teh o limau. Sambil tu kami meneruskan perbincangan tentang research.

Baiey nampaknya agak selesa kerana beliau akan bentang usulan pada 24 okt 2009. Fidah yang pada asalnya bentang, tetapi tarik semula proposal dan membetulkan sekali lagi. Nampaknya beliau kelihatan lebih ceria setelah berjumpa dengan Dr Saedah (USIM). Sepanjang perbualan itu kami membincangkan soal psycology behaviour. Aku makin tertarik kerana sepanjang pagi aku membaca topik yang sama.

Hari ini aku telah berjaya melakarkan pelan iLearning, iaitu kajian yang bakal aku terokai. Aku terangkan pada Baiey dan Fidah. Mereka optimis. Aku akan melakarkan sekali untuk submit pada supervisor. Di samping itu aku juga cuba menyiapkan Matrix Kajian. Perbincangan kami tamat hampir jam 2.30 pm.

Aku rasa puas pertemuan ini kerana ia memberi aku peluang untuk meluahkan idea yang berkecamuk di dalam kepala. Selain dari isu research tidak lupa juga kita membincangkan urusan keluarga masing-masing. Sebelum tamatkan penulisan blog hari ini, ingin akau doakan
"Ya Allah aku mohon kau tetapkan imanku dan ahli keluargaku, permudahkan segala urusanku samada yang bersifat keduniaan mahupun akhirat. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim aku mohon, kau tetapkan iman sahabatku dan keluarganya, permudahkan segala urusannya, berikan kebahagian kepada seluruh keluarganya, murahkan rezeki yang dia perolehi, dengan rezeki yang halal lagi berkat, jauhkan yang haram lagi subahat. Jadikan kesihatannya dan ahli keluarganya sebagai rahmat untuk dijadikan bekalan sepanjang pengajiannya. Berikan ketabahan dalam meneruskan liku-liku pengajiannya. Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, ya Zaljalaal liwalikram, makbulkan dan perkenankan doaku ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat terutama : anak-anak yang beribukan dan suami yang beristerikan
"RAFIDAH KASTAWI"
SELAMAT HARI LAHIR

Monday, 12 October 2009

Syawal & Puasa 6 serta Research

Salam Aidul Fitri Semua.
Rasanya lama dah tak menulis dalam blog ni. Cuma kali ni nak kongsi cerita. Alhamdulillah ibadat puasa dan kegembiraan hari raya dapat disambut dalam keadaan yang baik dan penuh harmoni. Semoga Allah memberkati semuanya. Pada hari-hari syawal yang masih berbaki ini diharap disusuli dengan ibadah puasa 6. Puasa ini mempunyai ganjaran yang besar. Mudah-mudahan apa jua amalan yang dilakukan sebelum ini diterima dan dipohonkan semoga segala kesalahan dan dosa yang dikerjakan diampunkan. Telah menjadi lumrah manusia biasa kesilapan/dosa yang berlaku moga-moga kita segera bertaubat. (Allahumaj a'lnaminhum).

Berkaitan dengan research pula, masih lagi diperingkat pembacaan. Insyaallah berkat kesungguhan dan doa serta dibimbing oleh penyelia, mudah-mudahan ia berjalan seperti direncanakan. Aku bersyukur banyak-banyak kerana dikurniakan kesihatan, masa lapang dan penyelia yang sering membantu. Mudah-mudahan dipermudahkan dalam menyempurnakan pengajian ini mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Nya.

Wednesday, 9 September 2009

iLearning & Malam Lailatul Qard

Minggu 10 Sem 2: Pagi tadi macam biasa ada pertemuan dengan Baiey & Fidah. Mereka berdua masih pulun gila untuk sumbit cadangan thesis mereka sebelum Hari Raya Aidil Fitri kali ni. mereka insyaallah akan bentang bulan 10 nanti.

Berkaitan dengan research aku pulak, aku dah hantar pada supervisor. Tapi masih belum ada respon. Umumnya pernyataan masalah masih lagi belum jelas kot. Tak pasti sesuai tak perkonsgian idea diblog berkaitan dengan pernyataan masalah. Tapi secara amnya aku akan buat kajian berkaiatan e-learning. Pembacaan kini sekitar
1. Architecture in modern e-learning
2. Educating the Net Generation
3. Design the Digital Experience
4. Advance in Service Innovation

Boleh dikatakan aku sedang mencari solusi kepada bagaimana membina 'magnet' supaya menjadikan e-learning itu selalu dikunjungi.

Tidak ketinggalan juga ingin diperingatkan bersama tentang kelebihan malam-malam akhir Ramadhan ni. Dikatakan mengikut kajian yang dibuat oleh Imam Ghazali beliau menghasikan dapatan berikut untuk menentukan Malam Lailatul Qard dengan mengambil kira hari mula puasa:

Jika mula puasa Ahad & Rabu ==> 29
Jika mula puasa Isnin ==> 21
Jika mula puasa Selasa & Jumaat ==> 27
Jika mula puasa Khamis ==> 25
Jika mula puasa Sabtu ==> 23

Walau bagaimana pun yang lebih tepat, Nabi suruh kita mencari pada 10 malam Ramadhan yang terakhir terutamanya malam-malam ganjil


Sekian

Saturday, 29 August 2009

Tahniah Baiey & Fidah

Minggu 9 Sem 2, Rabu: Pertemuan mingguan macam biasa. Pada kali ini perbincangan tertumpu kepada komenter terhadap Seminar Siswazah yang kami dihadiri pada 1 Ramadhan yang lalu di FP. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
1. Pastikan kajian relevan dengan bidang yang dipilih.
2. Pastikan pernyataan masalah cukup jelas
3. Perlu beri perhatian kepada conseptual framework

Dalam pertemuan ini juga kami berpeluang untuk diskusi perkembangan masing-masing. Baiey memulakan membentang kajiannya terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Beliau lebih maklum. Fidah pula bentang. Saya dapati Fidah cukup clear dengan apa yang hendak dibuat tetapi timbul persoalan apakah ia mencapai level PhD? Walau bagaimanapun mereka berdua tahniah kerana akan membentangkan cadangan proposal mereka pada bulan 10 ni.

Pada petemuan kali ini aku diberi cadangan tajuk "iLearning - Ekosistem Pembelajaran Digital". Ini merupakan satu cadangan yang baik, setidak -tidaknya aku dah mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam penulisan aku ada mengariskan beberapa persoalan kajian. Namun masih perlukan perbincangan lanjut.

Monday, 24 August 2009

PTK

Minggu 7 & 8, Sem 2 - Pada minggu ni tiada perjumpaan formal dengan Baiey & Fidah. Aku juga turut mohon cuti salama 7 - 10 hari dengan Supervisor ekoran daripada peperiksaan PTK yang bakal akau duduki pada 25/8/09. Semua orang berusaha agar dapat cemerlang atau setidak-tidaknya lulus. Bukan apa supaya pada tahun berikutnya urusan PTK ini selesai.

Walau bagaimanapun sesekali aku jeling juga dengan bahan bacaan research. walaupun masih belum ada tajuk yang spesifik tetapi temanya dah mula ada. Antara usaha aku yang dibuat minggu ini:

1. Kendalikan ceramah untuk Service & Innovation Group oleh Dr Shanudin.
Terima kasih kepada Dr Shanudin yang sanggup berkongsi idea. Pembentangan beliau masih lagi berkisar dalam soal menstrukturkan semula cara berfikir dari analitikal (part by part) kepada holistik. Beliau membuka minda betapa sistem maklumat yang telah banyak dibina hampir sebahagian besarnya gagal berfungsi seperti yang sepatutnya terutama dalam kementerian pendidikan.

Beliau juga memberi penekanan gap antara kehendak manager dan IT specialist serta sebaliknya. Beliau juga turut membincangkan betapa pentingnya innovasi pada ketika ini. Beliau akan berpindah ke Pusat Pengurusan Siswazah dalam tempoh terdekat ini. Selamat bertugas ditempat yang baru agar sentiasa menyumbang idea dan kepakaran dengan sebaiknya.

2. Mencetak e-Book untuk pembacaan tambahan.
1. Contents : Architecture Solution for E-Learning
2. Designing with Video
3. Designing the Digital Experience
4. Web service architecture

Masih belum baca lagi sepenuhnya kerana hendak beri tumpuan pada peperiksaan PTK.

3. Seminar Siswazah di Fakulti Pendidikan
Aku turut hadir pada seminar siswazah yang dianjurkan oleh FP. Aku nak tengok bagaimana mereka membentangkan usulan dan apa-apa yang dititik beratkan serta soalan-soalan yang bakal ditanya/ Di antara rumusan yang diperolehi
1. "Match with your area"
2. Samada sampel ataupun populasi mesti ada justifikasi konkrit
3. Setiap persoalan kajian perlu mempunyai metod yang jelas
4. Pernyataan masalah mesti jelas.
5. untuk IT : Pastikan sumbangan kepada IT perlu jelas.

Peringatan: Kena lebih aggresif kerana semesta ni mesti bentang proposal kajian
Fokus : Kualiti interaksi, nilai kongsi-cipta sama

Okay, jumpa lagi " Doakan semoga PTK ini dilalui dengan kejayaan cemerlang" & "Jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik"

Tuesday, 11 August 2009

Semoga segera sembuh!

Mingg 6 Sem 2 , Selasa ni tiada perjumpaan dengan Baeiy & Fidah. Aku demam dan anak ke 2 turut demam malahan suspek denggi kerana platlet darahnya di bawah 150. Hari ni anak kena ambil darah sekali lagi. Aku pun badan sengal-sengal dan lemah. Walaupun demikian aku ambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa selagi mampu bergerak research PhD tetap menjadi first priority.

Walaupun tak bertemu mereka aku telah lakukan beberapa perkara
1. Organisekan meeting pertama kumpulan Services & innovation
2. Call Azmi Nasir untuik urusan tempahan bilik meeting tersebut
3. Call Pak Iwan untuk urusan rumah
4. Research PhD : Mengkaji peranan Web Services dalam membantu e-learning
5. Prepare PTK untuk 25 Ogos 2009 di SMK Cheras Jaya

Thursday, 6 August 2009

Kenapa ni!!

Minggu 5 Sem 2, macam biasalah bertemu Fidah dan Baiey. Breakfast bersama di Pusanika dan terus ke kabin. Cuma pertemuan kali ini aku betul-betul tersentak. Baiey kata ia nak luahkan sesuatu, dia cuba tarik perhatian aku. " Nazul sekarang ni dah berubah, tak seperti awal-awal dulu, dulu bila nak jumpa macam ni kami risau betul, kerana apa? Nazul akan tunjukkan progress pembacaan, penulisan dan macam-macam. Tapi akhir-akhir ni tak ada apa pun, nampak betul-betul down". Fidah sampuk "Aaah la awak kenapa? Tak kan definisi pun tak boleh tulis"

Pertama kali aku nak ucapkan terima-kasih banyak-banyak pada Fidah dan Baiey. Kau berdua teman belajar cukup baik dan ikhlas. Aku akan cuba menulis mulai saat ini. Bukan kau orang aje tegur tapi Dr.Muriati Mokhtar dengan perasaan keibuan dia "Mu tulih Nazul, biar guana pun, mu kena tulih. Mu baca sikit mu tulih ideamu lagu ni pulak, betu ke tak betu ke mu tulis. Jange bereti, mu tak pehe mu mari tanya" (slang Kelate). Hampir menitis air mata aku.

Sebenarnya untuk progress minggu lalu aku buat kerja. Cuma tak tulis

1. Aku dah rakam seorang pelajar yang guna LMS (e-learning), hampir 20 minit. Pastinya banyak le kelemahan dari sudut teknikal, cara perbualan dan pelbagai.
2. Aku dah gi Pusat Teknologi Maklumat, UKM dan telah berjumpa dengan pegawai Cik Ashraf, untuk mengetahui tentang penggunaan SPIN. Punyalah hebat orang yang ada kat UKM ni tapi SPIN tu mereka beli dari MMU, So beberapa soalan yang aku nak tanya perlu melaluinya untuk diforwardkan ke MMU.
3. Aku dah hubungi Prof Dr Latifah OUM untuk aku dapatkan maklumat berkaitan dengan penggunaan myLMS.


Minggu ni aku berada pada fasa ke 2
1. Rakaman yang aku buat tu, aku dah buat ulasan malahan dah emel ke supervisor
2. Aku tengah rangka soalan untuk MMU & OUM kerana ada yang mengatakan bahawa rakaman aku buat tu tak sah disebabkan pelajar tu berlakon. Mereka cadangkan dapatkan data melalui server provider. Dengan itu dikatakan data lebih valid. Atas nasihat itu aku pun menghala ke arah itu.

Pertemuan pada kali ni lebih kepada kerja masing-masing.
Jadi itulah sedikit perkembangan . APA YANG PENTING MINGGU NI. TULIS!!!!

Tuesday, 28 July 2009

Sembang-sembang

Minggu 3, Sem 2 (Selasa), sepatutnya aku, Fidah & Baiey ada discussion tapi kereta Baiey masuk workshop jadi kita tunda minggu depan. Macam biasa datang UKM, sebelum tu singgah ke kawasan rumah yang aku baru beli tapi tak tahu bila nak duduk. Sampai di UKM breakfast denga Dr Khatim, Ibrahim, Zaharudin UiTM. Dr Juzaiddin dan isteri. Sambil sembang sambil bual pasal research.

Jam 10 aku pun masuk ke kebin dan senaraikan tugas yang aku nak buat
1. Hantar e-mel pada Prof Latifah Abdol Latif-OUM untuk dapatkan beberapa maklumat tentang LMS. Tak tahu le bila akan balas.
2. Cetak bahan yang diberikan oleh Dr Shanudin
3. Cetak bahan 'The Myth of Innovation" oleh Scott Belkun.

Hari ini 2 daripada target dapat dilaksanakan. Cuma yang ke 3 tak dapat buat. Aku jumpa Dr Shanudin hari ni kejap maklumkan tentang perkembang buku yang dipinjamkan tempoh hari. Yang best lagi aku dapat berbual Dr Muryati Mokhtar. Macam biasa bual fasal research cuma ringkasnya aku boleh katakan
1. Menulis - mulakan dengan literature review, letak idea disitu
2. Holistik - berfikir secara menyeluruh tentang LMS yang akan dibincangkan. Aspek sahsiah, bagaimana nak tingkat value-in-use dalam LMS

Tindakan yang aku kena buat
1. Call student - capture behaviour while using LMS
2. Dapatkan data dari server UKM (SPIN), myLMS(OUM), dll berkaitan LMS
3. Baca dan tulis dan kali ni mula tulis Literature review

Thursday, 23 July 2009

Sabar dengan ujian Allah

Pada hari Selasa Minggu ke 3 Sem 2 ni kami kami (Fidah & Baiey)tak ada pertemuan seperti selalu. Wife tak sihat dia kat rumah tapi aku kena ke UKM juga kerana ada temujanji dengan Dr Shanudin pada jam 2.

Alhamdulillah selamat sampai ke UKM hujan pun turun. Agak lebat juga. Aku study aje kat kabin. Pada kali ini aku cuba buat konseptual framework. Sampai jam 12 aku call Baiey nak dapatkan semula MP4 yang dia pinjam tempohari. Dia ada kat library. Aku tengok dia beli netbook Toshiba baru. Cantik juga. Aku tak lama keran kena balik ke fakulti. Keluar aje library, hujan turun semula. Aku terus naik motor bergerak ke kabin. redah juga hujan kerana nak kejarkan zohor dan appointment selepas tu. Habis lencun separtuh badan (depan le kena hujan, tapi belakang tak pun)/ Elok masuk zohor terus aku ke surau engineering dan solat dengan keadaan basah. Nasib baik tak jadi iman. kalau tidak makmum pun kena basah juga (sebab niat mengikut imam).

Tunggu hujan reda jap. Alhamdullilah dalam jam 2.30 pm hujan reda sikit dan aku terus ke fakulti. Jumpa Dr Shanudin. Perjumpaan ini bertujuan untuk setup satu group Science service. Buat jadual penggiliran untuk pembentangan. Aku telah dilantik oleh Dr Yazrina (supervisor) untuk mengetui group tersebut. Terasa rendah diri betul sebab aku ni bukan le pandai English. Tapi apa boleh buat. Redah pi!!! Sampai jam 4 pertemuan tersebut sambil aku berkongsi idea dengan beliau tentang research. Beliau very supportive & helpful.

Keesokannya aku dapat maklumat kesan hujan lebat semalam menyebabkan ada sedikit musibah yang aku dengar. Nak tahu! Aku ada membeli teratak kecil sebagai menunaikan tanggungjawab ketua keluarga. Aku dapati kawasan tersebut mengalami pergerakan air bawah tanah. 2 buah rumah terkesan. Akibatnya 2 buah rumah tersebut terpaksa dirobohkan dan dibina semula. Aku percaya sebuah rumah tu tak kurang RM350K. Rumah aku pun tak jauh. Stress juga. Namun alhamdulillah setakat ini rumah aku tak terkesan. Tapi itu sekarang, bagaimana akan datang, itu yang merisaukan. 10 tahun lalu kau lesap hampir RM100k, sebab beli rumah terbengkalai, kali ni gitu pulak jadinya. Kena la menyewa lagi.

Itulah ujian Allah terhadap aku dan ahli keluarga. Moga Allah beri kekuatan untuk hadapi ujian demi ujian.

Saturday, 18 July 2009

IKEA lagi

Lepas Jumaat minggu ni aku ke IKEA untuk kali ke-2. Kali ni aku gi dengan isteri dan anak-anak. Solat Maghrib di IKEA dan makan bersama anak jap dan terus melawat bahagian showroom. Bermula dengan ruang tamu sampai ke ruang kanak-kanak. Memang kami sekeluarga pergi ke sana namun dengan tujuan yang berbeza. Aku pergi kerana research. Isteri dan anak-anak nak cuci mata dan mencari idea untuk rumah baru kami.

Di IKEA aku suruh seorang anak untuk ambil gambar dekoratif yang diminati. Aku berjalan sambil menemani isteri , tetapi aku sentiasa berfikir tentang customer behaviour. Apa yang aku dapat di IKEA :
1. Ada ruangan yang semua perlu lawat (showroom) dan ada bahagian jika keperluan sahaja perlu pergi (markethall)
2. Ia menyediakan bahan yang tak perlu pengguna sediakan dari rumah spt alattulis, tali tape dan borang senarai barangan.
3. Layanan mesra dengan barangan yang boleh customise iku kehendak dan kesesuaian rumah
4. Menyediakan cadangan susunatur untuk rumah, ruang tamu, dapur, bilik tidur dan bilik air.
5. Menyediakan pelbagai alternatif barangan yang sama seperti meja tulis, meja makan dengan meterial yang berbeza. Yang pasti harganya berbeza.
6. Pelanggan boleh merasai pengalaman menggunakan barangan sebelum membeli.

Sepanjang aku di sana aku tidak melihat dari sudut harga kerana dalam kajian aku important keyword : Price what ever you pay, value what ever you use. So dalam kajian aku kena lihat dari sudut value bukan price. Macam orang kaya lak. Yang penting berapa banyak value yang boleh diperolehi berbanding dengan harga (price)

Prinsip hidup : Money no problem, no money problem. Alhamdulillah sepanjang pengajian aku ni aku tak banyak fikir soal duit, bukan sebab dah banyak tetapi aku lebih banyak fikir bagaimana nak sempurnakan pengajian ini sebagaimana yang diamanahkan. Aku belajar ni guna duit 26 juta rakyat Malaysia. So aku kena lebih berhati-hati.

Masa belajar buat master dulu tak pernah aku fikirkan soal amanh ni. tetapi sekarang lain benar. mungkin faktor usia dan pengalaman hidup. Oklah dah masuk zohor. ALLAH MAHA BESAR. Bolog tak besar, phd tak besar so stop lu. insyaallah sambung lagi nanti. Insyaallah. Sentiasa harap doa semoga berjaya.

Thursday, 16 July 2009

Gi UPM ubah selera!!!

Pertemuan mingguan antara aku, Baiey & Fidah. Kali ni kami pilih UPM. Masa bincang Baeiy mulakan dengan pengalamannya mengikuti bengkel sebelem ini di Seremban. Beliau membincangkan soal potensi seseorang berdasarkan tarikh lahir. Dekat sejam juga. Lepas tu Fidah mula bincangkan hasil pembacaannya berkaitan dengan Research Design : Qualitative, Quantitave & Mixed Methods oleh John S.Creswell.

Atas nasihat si John nilah aku menulis panjang dalam blog hari ni. Lepas tu aku cerita tentang research aku pulak. tapi kali ni aku memang down. Aku hilang fokus kajian. Walau bagaimanapun atas nasihat dan gurauan rakan-rakan semalam hari ni aku kembali bersemangat. Aku akan kaji berkaitan quality of intractivity in LMS. How the whole system interact & intergrate each other.I'll look on existing LMS frameworks.

IKEA...Oh..IKEA!!!

Minggu ini merupakan minggu ke-2 semester 2 bagi aku. Aku mempunyai tanggungjawab yang lebih berat terhadap pembelajaran aku ini. Aku bercadang untuk bentang proposal pada semester ini. Itu TARGET! TARGET! STRIVE TO ACHEIVE THIS TARGEEEET!

Atas tujuan itu aku bertemu sepervisor sebagaimana yang dijadualkan. Aku pergi bukan dengan tangan kosong. Aku bersedia dengan beberapa cetakan powerpoint (tajuk, pernyataan masalah, dan bebeberapa perkara lagi), soal selidik untuk buat need analysis. Seperti biasa aku gagal lagi menemui isu yang sepatutnya. Supervisor aku bagus. Dia banyak bagi aku panduan, bahan bacaan dan malah dia nak buat group study untuk team yang sama kajian dengan aku. Aku bersyukur bangat punyai supervisor yang sedemikian. Alhamdulillah.

Salah satu cadangan aku kena lepak kat IKEA. Study sistem jual-beli di IKEA. So keesokannya aku gi IKEA. Sebelum tu aku jumpa KJ Ilmu Pendidikan, Haliza Hamzah (aku panggil Kak Za). Masa kat maktab lu aku selalu usik dia dengan membernya Joy. Tak perlulah aku ceritakan apa yang aku suka usik. Tapi mereka cukup menawan dimataku dan membuat aku ceria sentiasa. Dua-dua tu aku memang suka usik. Tapi pertemuan kali ni dengan Kak Za melibatkan perbincangan yang serius sikit. Aku tanya dia tentang LMS. Aku bincang tentang kelemahan LMS dari sudut ahli dalam bidang pegagogi. Aku mengambil LMS yang disediakan oleh OUM & OLL BPG. Antara ulasan:
1. bosan dan begitu textual
2. gagal untuk attract student & pensyarah
3. bukanlah satu yang penting, masih lagi face to face yang diminati
4. teknikal support yang very slow
5. pengurusan assigment kurang cekap especially OLL BPG

Dia cadang jika aku kaji tentang perkara itu, dia minta wujudkan suatu aplikasi yang menjadikan student nak ke tak nak mesti masuk LMS, biar ada kerja dalam LMS tu, jadi mereka akan rasa kena masuk dan interaksi. Aku tanya dia tentang IKEA. Kak Za cukup semangat. Aku tak pernah pergi manalah tahu. Dia kata dia dah pergi, Persoalannya bagaimana orang yang pertama kali masuk ke IKEA boleh follow sistem tu. Cukup mudah dan menarik. Aku pun mohon diri dan ke DBP kejap untuk check istilah dan terus ke IKEA.

Boring juga gi sorang-sorang. Tapi apa nak buat itulah kerja kau sekarang. Aku lihat customer behaviour yang ada dalam IKEA. Bagaimana IKEA memberikan experience kepada setiap pelanggan sebelum pelanggan itu membeli. Wah! layanan tip-top. Malahan IKEA boleh decorate ruang mengikut impian pelanggan. Aku call Fidah sebelum tu. Fidah macam bengkeek sebab aku tak maklumkan kalau tidak dia pun nak join. Lepas tu aku balik dan tidur. Penat bawa motor.

Tuesday, 7 July 2009

LMS - IPGM

Hari ni hari Selasa. Macam biasalah aku, Baiey & Fidah akan berkumpul untuk kita melaporkan progress penyelidikan. Tapi hari ni Fidah jumpa kawan di FSKK, aku dengan Baeiy sahaja yang ada. Pertama sekali aku melaporkan
1. Setelah 2 minggu aku membaca berkaitan dengan LMS; so hari ini aku melaorkan beberapa soalan untuk Need Analysis yang akan aku jalan. Baiey meniliti hasil kerja aku dan menambah beberapa item.
2. Aku memaklumkan tentang Literiture Review Table yang telah aku buat.
3. Pada pertemuan akan datang; aku akan murnikan lagi soalan-soalan dalam Need Analysis itu dan mula diedarkan. Aku akan cuba dapatkan pendapat supervisor untuk tentukan jenis sampling yang akan diambil
4. Aku perlu menulis Bab 1 & Bab 2 untuk pertemuaan akan datang.
5. Aku harap dapat jumpa supervisor minggu ni.

Wednesday, 24 June 2009

Personalization

Semalam ada perbincangan dengan Baiey & Fidah. Best betul. Aku rasa mereka pun begitu. Kami senaraikan kekurangan yang perlu diperbetulkan untuk kajian kami pada minggu depan. Dalam kes aku ni aku kena pastikan lebih detai tentang 'personalise' dalam context LMS.
1. Dapat kriteria dan takrifan yang jelas
2. kena mahirkan pendekatan teknologi yang aku makudkan dalam brainstorming tu
3. Visualiasasikan aspek screen interface LMS
4. paling penting Litriture Review Table

Akan ku teruskan pengajian ini sebaiknya dan berkat doa kawan2 semoga boleh berjaya sebagaimana yang diharapkan

Thursday, 18 June 2009

Data Mashup & YAHOO Pipes

Ini memang benda baru lagi yang kena belajar. Aku pun tak pernah ambil tahu sebelum ini harap ia membantu dalam pembelajaran ini. Sebelum ini aku baca berkaitan dengan service science. Aku dah mula faham. Antara terma- terma penting seperti value co-creation, value-in-use, value proposition, value-in-exchange, teori pula service-dominant logic di mana sebelum ini teori yang digunakan adalah good-dominant logic. Antara prinsip yang penting adalah DART (Dialog, Access, Risk agreement & Tranparence).

Asalnya kajian melihat dari aspek kualiti dalam Learning Object. Untuk lihat kualiti perlu ada penyukatnya (Penunjuk Kualiti) so aku akan kaji aspek kualiti dalam LO. Namun supervisor buka lagi ruang yang lebih luas menjurus ke aspek ICT.

Dengan menggunakan pendekatan 'service science' bagaimana ICT Tool boleh diwujudkan untuk meningkatkan lagi kualiti Learning Managemant System (LMS).

So isunya "customize" & "personalize"kan LMS mengikut pengguna. Pengguna ada peluang untuk memilih fitur yang bersesuaian dengannya. Oleh itu LMS perlu menyediakan seberapa banyak fitur, tetapi bukan semuanya akan diaplikasi oleh pengguna serentak dalam satu-satu masa.

Ia agak berbeza LMS sebelum ini di mana pengguna akan menerima paparan/aplikasi yang standard untuk semua pengguna. Untuk mengetahui perkara ini lebih lanjut mungkin aku perlu memahami pula tentang teknologi web 2.0 & pendekatan mashup.

Sunday, 31 May 2009

Service Science & Value Co Creation

Perkembangan seterusnya ialah sedikit perubahan dari aspek pengkhususan. Sebelum ini nak buat berkaitan dengan 'Evaluation of Learning Objects'. Namun demikian agak kurang tepat dengan fakulti dan bidang kajian kini. Bersyukur betul kerana supervisor aku cukup knowledgeble. Beliau minta aku 'corner' sikit ke service science & value co creation. Mula - mula aku ternganga bila dengar perkataan tu. tapi sekarang ni dah mula nak faham dan cukup menarik. Akan ku teruskan perjuangan ini. Doaku " Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim di atas namaMu dan sifat-sifatMu yang Maha MUlia & Maha Tinggi aku bertawasul, aku mohon kau berikan aku kekuatan dan petunjuk untuk aku sempurnakana pengajianku sebagaimana yang diamanahkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sesungguhnya kepadamu aku berserah"

Sunday, 26 April 2009

PhD !!!

Setelah 4 bulan semester 1 pertama berlku begitu singkat. Hari demi hari sebagi berlari mengejar sewaktu yang tak pasti. Sehingga kini masih belum ada apa yang dijadikan bahan perkongsian.

Namun demikin aku terus mengorak langkah secara longlai tapi masih bersemangat. Kini Aku mula akag menjurus iaitu aspek penilian fokus pada kualiti objek pembelajaran digital. Masih banyak persoalan yang terbuku dalam benak yang masih perlu dijawab satu persatu. Aku kira rakan-rakan lain pun sama juga.

Monday, 9 March 2009

Perjalanan PhD

Nampaknya perjalananku masih jauh. Sebelum ini aku telah mencadangkan kajian yang bakal aku kendalikan dalam PhD ni. Namun nampaknya buntu. Sebab apa???
(1) Kajian itu telah dibuat di US dan telahpun complete pada 2007 & 2008.
(2) Aku perlu menyatakan dengan jelas apa sumbangan dalam bidang IT.
(3) Kajian aku ini perlulah lebih menjurus kepada penjanaan ilmu baru dalam IT.

Walau bagaimanapun aku masih bersemangat untuk membaca dan mencari idea-idea baru dalam perkembangan IT. Walaubagaimanapun diharapkan rakan-rakan blogger dapat memberi komen dan input yang berguna supaya perjalanan Phd ini akan segera ditamatkan dengan jayanya.

Dalam pada itu suka aku nyatakan bidang yang aku ingin terokai adalah "Learning Objects" Sehingga kini aku telah membaca isu-isu berkaitan rekabentuk, penilaian, kecerdasan buatan dan pedagogi dalam "learning objects".

Suka aku nak kongsi bawa kajian kini lebih tertumpu kepada sesuatu yang bersifat automatik. Contoh jika kau nak belajar dengan open universiti, bahan-bahan pengajaran (learning objects) yang kau perolehi sesuai (personalize) hanya untuk kau sahaja setelah input mengenai gaya pembelajaran, minat, sikap dan lain-lain maklumat diperolehi.

Jika nak diukur sesuatu learning object itu berkualiti atau tidak pun ia dilakukan (dinilai) secara automatik.

Buat masa ini hanya sekadar itu dapat dikongsi. Namun begitu perlu input rakan-rakan lain.